Kelompok anan-anak sekolah yang menaiki bas dan gemar berkumpul di kerusi bahagian belakang,lazimnya di bilik darjah pun posisi itu jua lah tempat kegemaran mereka. Mereka kelompok murid-murid lelaki yang berperangai Rabel dan nakal-nakal.Gemar membuka butang baju bahagian atas biarpun bulu dada ada Cuma 3 helai. Melipat kaki seluar agar diketahui orang yang dia tidak Memakai setokin ke sekolah. Itu senario kurang lebih 30 tahun sudah.
Bus Lipis-Jerantut jam 1.30 jumaat yang lepsa,sendat sarat dengan penumpang.Diramaikan oleh anak-anak sekolah yang hendak pulang ke kampong sempena cuti hujung minggu yang panjang,bersambung dengan cuti hari buruh.
Mujurlah saya ini lelaki tua yang manco perkasa persis Indiana Jones.Jika tidak membeli tiket kelas berdiri bagi perjalanan memakan masa selama 1jam 20 minit bukanlah sesuatu yang selesa..Had muatan penumpang yang tetera tulisanya 40 orang sahaja,tetapi hari itu angka had muatan itu ditambah lagi 30 orang..
Di hati saya terkenangkan saranan Meor,kehidupan dan pengalaman yang anugerahkan hendaklah kita raikan.Maka moment itu saya raikan secara berlapang dada.Di layar kepala saya dendangkan irama lagu “Cotton Field”dari ClearWater
Gadis pengacip tiket itu juga agak menghiburkan sebenarrnya.Biar bukanlah secantik Maya Karim namun dia ada cirri-ciri “A Girl Next door”. enak dipandang mata…dengan izin “Phiwwiiiittt”
Kondisi kerusi bas yang ini saya lihat sangatlah aduhai… 2-3 buah darinya telah roboh bahagian penyandarannya. Saya memdapat jawapan kepada kejadian ini dengan membuat rumusan sendiri bersandarkan kepada cara kenderaan awam ini di pandu. Anil derebar itu samaada kakinya ada penyakit Untut yang memberat atau helakang tapak kakinya telah Terikat 3 lapis batu bata.Bebanan itu telah menyukarkan beliau untuk meredakan tekanan pada bahagian paddle minyak.
“Tinggggg!!” loceng isyarat berheti berbunyi. Saya tersentak dari lamunan.Seorang anak sekolah dari kelompok barisan bangku belakang meluru membolosi saf-saf penumpang yang berdiri. Rambut nya disisir tacak-tacak bagai duri landak. Tubuh nya cekeding saling tak ubah Apek Sinario.
“…Bas ni kalau tak berhenti aku terajang karang” Hamburan suara radang beliau mengertak.
Hati kecil saya tak putus berdoa,agar bas ini segera berhenti di posisi yang tepat.Saya sangat risau jika anak sekolah rambut tacak-tacak itu mengamuk. Saya yakin tendangan beliau pasti akan membuatkan bas ini tunggang terbalik paling kurang pun 7 kali pusingan.
Saya tahu sangat anak-anak sekolah yang suka duduk bahagian bangku belakan, handal-handal dan brutal. Kurang lebih 30 tahun dulu saya pun dalam list kelompok itu.Buckle tali pinggang siap lambang tengkorak kering.Kelompok yang sangat handal dengan temberang dan angan-angan.
Setelah lebih 30 tahun berlalu saya menjangkakan anak-anak sekolah semakin bertambah bertamadun. Rupanya emmm alahai…..
LIPIS SUATU KETIKA
-
MALAY BAZZAR: Taring King Kong
________________________________________________________________________________
Wajahnya cemas dan gelisah.Perasaan ser...
TUNGGU PELUANG, CARI PELUANG..
-
Tunggu peluang, cari peluang..dapat peluang, ruang pun dibuka. Tunggu
peluang, payah le sikit sebab kita tunggu je, entah dapat entahkan tidak..
Saya berbu...
Catatan 16 September 2015
-
SELAMAT hari ulang tahun Malaysia kesayangan.
Hari depan Malaysia adalah hari depan anak-anak kami.
Hari depan anak-anak kami adalah hari-hari kami tidur...
ALMARI KACA UNTUK SEMUA
-
*almarikaca.blogspot.com *
*Merupakan sebuah platform perniagaan atas talian milik Usahawan Bumiputra
yang membantu para pelanggan dalam usaha mencari pro...
5 tahun sudah.
-
Goblog genap 5 tahun semalam. Semoga mood menulis kembali. Sebenarnya
banyak yang aku nak cerita. Tapi disebabkan banyak sangat, aku jadi tak
tahu nak ...
puasa sepanjang hayat
-
The fasting prescribed by the religion is to abstain from eating and
drinking and sexual intercourse from dawn to sunset, while spiritual
fasting is, in ad...
PROMOSI RAYA | POTRAIT KELUARGA
-
//// PROMOSI RAYA ////
..............................................................................................
*POTRAIT KELUARGA (DARI RUMAH KE R...
Rehat Panjang
-
Tali Gitar dah putus..
Tali Violin dah putus..
Tali Gambus dah mati..
Dah lama tak mengadun muzik..
Dah lama tak rakam muzik..
Dah lama tak tulis skor..
Dah ...
Salam Eid ul Fitr
-
Assalamu alaikum.
Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger.
InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi.
Take care. Pegi open h...
penyataan
-
*assalamualaikoum.*
*mungkin ini tulisan terakhir saya disini untuk tahun ini. insya ALLAH saya
akan berehat dari menulis sehingga hujung tahun.*
*tadi sa...
Umor..
-
aku dah jangkau 51.Tahun ni dah nak masok 52 tahun.Kira tua lah dah tu.Dah
masok kategori warga emas.Ini lah kita ni sebagai makhluk, Maha Pencipta
sediak...
Pujukan Hati
-
Kisah hidup aku berbeda. Kisah hidup aku serba tidak sempurna. Ada saja
kekurangan dan tidak kesampaian. Sepanjang perjalanan hidup, ada saja
roadblock, ad...