Purnama mengambang namun ozon tetap bocorStesen Keretapi Jerantut 12.45 tgh hari
'Train to Wakaf Baru will reach here at 3.00pm"
Aku terdengar kerani kaunter itu memaklumkan kepada
pasangan mat salleh di depan aku.
Oh banyak masa lagi!..maka aku amik keputusan lepak
kat cybercafe azmi yg terletak lebih kurang 200meter
dari stesen.
Wah..panas betul cuaca hari ni.Kemarau!.Seminggu
sebelum hari ini aku ke Taman negara dengan harapan
nak buat guiding.Alas!!! kat sana pun kemarau pelawat
sekarang.Barangkali akibat outbreak H1N1...atau juga
sebab tempat itu dah hilang berkat sebab banyak maksiat
yang membiak macam kata Ben.Guide2 setempat pun
mengeluh dengan kemarau itu.Freelancer macam aku
lagi2 lah pulak perit dan runsingnya dengan poket
yang semakin mengering.Pehhh..kena cari alternatuf
lain sebagai sumber rezeki ni..tapi apa aku boleh buat
dalam usia yang dah asar nak masuk magrib ni...
selama ini itu je kerja yang aku tahu dan selesa...
rabak..rabak
2.00ptg
"Apek...ini surau kunci ke? aku bertanya pada apek
penjaga toilet stesen.
"Kunci"Apek
"Mana mau angkat itu kunci?"
"tak tau loooo"
Ooo..sekarang malaya bukan negara Islam Hadari lagi
aku lupa.Apa khabar Islam Hadari sekarang?!
2.30ptg
"Kuala Lipis 1"
"4 ringgit"
Aik..!!!! jadual train berubah..tambang pun naik...baru
sebulan aku tak naik train...cepat betul berubah.
Depa tak tahu ke aku semakin rabak..rabak..
3.00ptg
Bayang rene train pun tak muncul....aku tengok
mat salleh dua orang tu dah resah.
Welcome to malaysia my friends..ha..ha..haa..
nak buat macamana KTMB itu sendiri telah membawa
maksud Keretapi Tak Tentu Masa Berlepas.
Aku cabar pak2 menteri jom ikut aku berkelana
dalam dunia orang rabak2 tak yah lama 1 minggu
cukup...ada berani ka? Go deep into the society
bro kalau mahu tahu senang susah nya rakyat.
4.30
Dalam train berselang dua seat di depan aku
seorang ibu muda bersama anak perempuan
yang manis seusia Pan aku jangka.Anak cilik
itu tersenyum pada aku.
"Pan beban rindu ini uncle galas dan ianya
amat menyengat lagi ngilu...."
Barangkali...ya barangkali kita tidak lagi dapat
bertemu bagai dulu.Tidak mungkin uncle dapat
merangkul kamu dengan kasih sayang,tidak lagi
dapat uncle merasa lembut nafas mu di dada sewaktu
kau lena di sisi uncle...namun itu takdir yang uncle
kena redha dan akur.Pun begitu saat semalam waktu
bersama kamu ada lah momment paling bahagia
buat saya.Kamu akan terus bersemadi di hati hingga
ke nafas terakhir saya di dunia ini.Sentiasa setiap
detik hidup yang saya lalui akan saya iringkan doa
agar kamu berbahagia dunia dan akhirat.Kamu akan
menjadi kenang-kenangan dalam doa saya.
"Tiket En."Inspektor tiket
"opppss...nah"Lamunan aku terhenti.
"Gua Musang!.."
Hah patut lah harga Rm 4.00.Kerani tu silap dengar
dan aku pula tak tengok2 dah tiket tu tadi...!!!
Chissss!!!! rabak..rabak...
Rumah 9.30 malam
Berus dan warna2 arkrilik aku palit2 di dada
kanvas buat melayan rasa racau aku.
PURNAMA MENGAMBANG NAMUN OZON
TETAP BOCOR..aku lahirkan di dada kanvas.
Aku semakin rabak dan blues