Warna Kemerdekaan.
Detik menghitung hari menyambut ulang tahun
kemerdekaan negara saya merenung fikir.
Mencari dan cuba memaknakan erti kemerdekaan
itu.Akal fikir saya buntu dan kandas.
Sekian lama
yang jelas erti kemerdekaan itu
boleh dikatakan sifar.Kita-kita ini masih
terjajah dalam kerangka kebodohan dan kerakusan.
Hendak didiamkan salah tidak bersuara,jiwa
meronta.Dalam keadaan sekarang jika suara kita
bernada lain dengan aliran pemerintah,chop derhaka
terus.Kalau boleh rakyat jangan berbunyi
main ya belaka.Namun begitu dimana ada ruang saya
akan terus berbunyi bagi pihak alam
yang semakin tenat sakitnya ini.
Memperjuangkan alam sekitar itu jurusan saya.Catatan
ini cerita warna sakit alam sekitar
dalam kontek kemerdekaan negara.Hari demi hari dan
tahun berganti alam hijau kita semakin
punah.Kita slogankan kita negara maju,apa ertinya
bila lestari alam kita punah.
Saya ambil contoh persekitaran saya.Sungai Lipis dan
Sungai Jelai dulu airnya jernih dan
mewah dengan hidupannya.Dua batang sungai ini merupakan
denyut nadi kehidupan
Kuala Lipis.Sungai-sunga ini nilai estitikal landskap anugerah alam.Pada tahun
60an membawa
ke akhir 80an dua batang sungai ini hidup dengan
akitiviti manusia.Di samping tempat mencari
rezeki ia juga menjadi tempat beriadah.Ketika itu
Kuala Lipis menjadi sebuah pekan tumpuan
ramai pelancong.Sangat lebat dengan kunjungan
pelancong-pelancong dari saentero dunia.
Sebagai seorang pemandu pelancong alamsemulajadi
kehidupan saya agak selesa dan lumayan.
Sekarang setelah air sungai itu tercemar dan hutan
persekitaran digondolkan bagi tujuan
pembangunan,watak dan wajah Kuala Lipis yang charming dulu pun mati.Industri
pelancongan
disini merudum nazak kalau pun tidak mati.Paling tenat
lagi dua buah sungai ini sekarang
terpaksa mengangung lumpur selut kesan hakisan
tanah.Di bahagian hulunya akitiviti
perlombongan,penerokaan hutan dan pembinaan empangan
sangat rancak.Paling ngeri
menambah kepada kesakitan ini ialah apabila
kawasan-kawasan berpaya pun ditimbus.
Dijadikan tapak-tapak projek pembinaan estet
perumahan juga rumah kedai.Secara
sinisnya saya guraukan ‘Kuala Lipis pekan sejuta
kedai’.Kesan dari penimbusan paya-paya
ini akan membuat laluan air hujan tiada sekatan dan
terus ke sungai.Sungai yang banyak
menerima hakisan tanah akan menjadi cetek.Bila musim
tenkujuh penerimaan hujan yang lebat
akan memudahkan berlakunya banjir kerana eco system sudah
terganggu.Kerakusan
dan kebodohan merupakan kata kunci.Untuk memenuhkan
nafsu kita gunakan lesen
‘Kemajuan’
dan ‘Pembangunan’.Kuasa penentu
adalah ‘Ringgit’.
Alam kalau kita sakiti ia akan membalas.Kita sudah
banyak menderhaka.
Mungkin saya
ini terlalu berkhayalkan novel Stephen King.Faktanya
sekarang orang hendak mandi manda disungai pun dah
cuak takut kena kencing tikus.
Ikan dan lokan tidak boleh makan sembarangan kerana
ada kandungan racun arsenic.
Hatta anak-anak kita sekarang ini tidak boleh
dibiarkan bermain tanah kerana ada penyakit
Melioidosis.Kegalauan ini tahun-tahun kebelakangan
ini baru munculnya.
Merdeka ini apa sebenarnya?.Kita giat merubah warana
hijau segar syurga kepada warna merah
neraka.Merdeka sangat kah kita bila di masa
mendatang anak cucu memaki hamun kita.
Pada ulang tahun kemerdekaan,mereka kencing
beramai-ramai di kuburan kita.
Impian kemerdekaan saya kecil sahaja.Saya impikan
Kuala Lipis ini menjadi sebuah pekan yang
teduh. Redup di bawah naugan pohon-pohon jati yang
rimbun menghijau.Aliran sungai sejernih
airmata.Menjadi kunjungan sekelian bangsa dari
segenap benua.Ini sebenarnya yang
menarik pelancong datang bukannya nilai ringgit yang
susut.Ya ini mungkin khayalan Mat Jenin.
Tak mengapa,sekurang-kurannya saya punya impian yang
mulus.Tidak bangang dibius
rakus.Izinkan saya melayan mimpi pada hari
kemedekaan ini.