Wednesday, June 27, 2012

Touching The Void

19.06.02- Tanah tinggi Cameron sudah banyak kehilangan“Englandnya” berbanding dengan era awal tahun 80an semasa saya tinggal di sini. Air tasek dan sungai-sungainya keruh likat berlumpur serta tercemar. Rimbun teduh hijauan hutannya banyak sudah yang rebah,bukit-bukau ditarah punah.Semua atas alasan sangat klise rakyat perlukan pembangunan. Apa yang dibangunkan saya pun tak tahu,tetapi yang sangat pasti ada pihak yang rakus mengejar mewah.Maaf saya meminjam kata-kata hikmat Ah Jib Gor puak-puak pemusnah alam ini adalah HARAM JADAH. Putaran kipas angin ditahap kuasa dua serentak dengan pendingin hawa terpasang,Mail Serau sudah lena diulit mimpi.Badannya dibungkus baju sejuk dan dua helai baju biasa.Bersarung tangan serta bersetokin,selimut tebal bilik hotel Jasmin membungkus badan beliau bagaikan buah nangka bersalut kemas.Saya bercelana pendek,selimut sekadar membungkus paras pinggang ke bawah.T Shirt lengan panjang saya memadai sebagai perisai kepada kesejukan hawa yang tidak dingin itu.Mata terkebil-kebil menatap langit-langit bilik hotel 118.Liat untuk tidor walau pun angka jam sudah hampir pukul 1.00 pagi.Racau fikiran saya bukan sekadar sedihkan nasib yang menimpa Cameron Highland tetapi ada yang lebih daripada itu.Hati kecil saya dijentik cuak.Cuak adakah saya masih berupaya melakukan tugasan esok hari.Pada takah usia sekarang lasak lagi ke saya,sebagaimana dahulunya?.Saya memanjatkan doa semoga diberikan keupayaan oleh Allah.Irama lagu country This Old Road nyanyian Kris Kristofferson menjadi runut menghantar saya ke alam lena setelah berhempas pulas memujuk mata supaya berehat. Bersambung.....

No comments: