Wednesday, May 6, 2009

Hell Raider

Gambar:Keratan akhbar the Star


Needless Death:

Jamilah Selamat was only 31 and two month pregnat when she died at the hand of snacth thief.
the Star 6 May 2009

Duhai anak2 manis bermata jernih
Pucuk usia mu masih di tunas muda,naugan kasih,teduhan sayang
kamu telah di ragut musibah.Si peragut durjana menyempurnakan
kejahatan rakus nya lantas mengorbankan nyawa ibu mu yang
sedang sarat mengandung.BANJINGAN!!!!!

Termampu saya lahirkan cuma Al-Fatihah buat arwah dan doa
mulus untuk kamu manis,semoga Allah melindungi kamu dengan
rahmat kasih sayangnya.

Tidak saya ragukan tentuan takdir,apa yang di musykilkan
ialah kepada ketua2 negara yang lagi asyik melolongkan
slogan onemalaya,sedangkan kemanusian di bumi malaya
ini semakin melayang hilang.

Kamu bapak2 polisi,dalam kamu lena bedengkur di bantal
rasuah,tidakkah pernah kamu di usik mimpi?
Mimpi ngeri yang musibah ini juga bisa tertimpa ke atas
anak isteri kamu.

Alangkah tidak berakalnya ucapan penghulu kamu tadi malam

"Orang ramai tidak boleh mengharapkan pihak polis sahaja... pihak kami tidak mampu untuk berada di setiap tempat bagi menjaga keselamatan orang ramai setiap masa....."

Sebenarnya kamu memang sudah tidak berapa boleh di harap.
Badi aminah binti abdullah telah melekat di badan kamu.
Kamu2 semakin lemah dan punah.Kamu cuma nampak sedikit
wira bila kamu beraksi menyembur pemedih mata kepada
sasterawan negara.Ha..ha..ha wira kah kamu?

Kepada penonton pilem ini kalau anda bersetuju dengan saya ayuh rapatkan saf,sila gengam jemari tangan kiri anda kemas2 julur keluarkan jari hantu.Kita angkat tangan itu hala kan ke muka mereka...itu lah tabik hurmat yang paling layak kita hulurkan...

Kredit ucapan terimakasih kepada:
1.Usupselam Production,kerana menyediakan mat2 rempit dan bohsia2.
2.Majalah Mempelam kerana turut mempromosikan pilem ini,terutama menyiarkan gambar2 artis bertelanjang bertujuan mengambil hati pembesar negeri.Kalau tak ada dana kerajaan pilem ini tak bole bikin loooo...

3.Juga kepada rancangan terjah melodi kerana menyiarkan berita dalam kain artis2 kami.

end.

20 comments:

Pyanhabib said...

onemalaysia kepala bapak dia!

benludin said...

bapak segala bapak yg hampeh

Anonymous said...

ini terjadi kepada rakan sepejabat saya berbangsa Cina. Semasa mengeluarkan duit dari bank pukul 6.30 pagi, sekumpulan mat rempit telah menyamunnya tanpa belas kasihan. Budak2 melayu kita yg buat kerja tu.

Selang beberapa hari semasa menunggang motosikal hendak pulang dari rumah seorang kakitangan pejabat saya berbangsa Cina juga telah ditendang oleh 2 orang mat rempit meLAYU dan telah meragut h/fon dan dompet.

Persoalannya, kenapa remaja meLAYU makin biadap?

shuk

Lily Abdullah said...

Pemimpin adalah bapa/guru. Kalau guru dah kencing berdiri,anak muridnya biasa-biasalah.

kes budak hilang tak selesai2; kerana yang hilang bukan anak cucu mereka.

Yang jadi yatim pun bukan anak2 mereka.

Di Malaya,kau boleh bikin apa saja pilem atau tulislah apa saja. Janji,tak sekeh kepala 'orang atas',semua lulus saja.

INTAN RH said...

Mana fungsi / peranan mak bapak?

Anonymous said...

mase kome kecik2 duleh ade juge merempit tapi dengan basikal. Taklah sampai nak ragut beg tangan. Paling kuat curi jambu atau mempelam. Budak2 sekarang tak mcm tu...Kecik2 dah pandai merompak, meragut dan merogol.

shuk

Anonymous said...

mase kome kecik2 duleh ade juge merempit tapi dengan basikal. Taklah sampai nak ragut beg tangan. Paling kuat curi jambu atau mempelam. Budak2 sekarang tak mcm tu...Kecik2 dah pandai merompak, meragut dan merogol.

shuk

Insan Bokoh said...

Bro...
Memang sedih dengar cerita sebegini. Kalau di terapkan agama dari kecil, tentu ada batasan dalam hidup. Kalau mak bapak pun serba tidak tahu, anak2 jadi mangsa keadaan. The only way forward is to choose the easiest way out. Dan, easiest way out tidak semestinyer jalan yang baik.

Kadang2, kalau ibu bapa serba tau pun... easiest way out adalah cara penyelesaiannyer. Tak kira ranking ke berapa kita dalam masyarakat, tak kira education background.. Tapi kalau tiada keikhlasan menerima Islam as a way of life, yours choice in life is questionable.

IKRAB family said...

mat rempit,mat rampok,mat theif, mat kakai pukul, mat kaki buli, asalnya baby yg lahir bersih dan dibesarkan dalam sebuah keluarga....mengapakah begini jadinya?adalah sebabnya kan.....

U.b said...

ha..ha..ha..terima kasih semua.

Kepada persoalan Intan saya serah kepada khalayak untuk memberi komentar...saya amat bebesar hati jika sis Umzaid dan sis Vy yassmin dapat memberi ulasan.Ibu kepada sis vy yassin punya pengalam besar dalam membangunkan,meyempurnakan tugas membesarkan anak2..jerih perihnya si ibu itu telah hadapi.Saya sgt berbangga dengan ketabahan ibu puan.

jawa peranakan said...

org pilem kata,pilem adalah cerminan masyarakat..justeru itu kisah dalam pilem adalah kisah dalam dunia sebenar juga..

sehubungan itu saya amat menyanjung tinggi polis..kerana pilem2 kita menggambarkan mereka laksana malaikat..

dan kepada anda2 yang tidak senang dengan polis baik umpama malaikat ini,andalah sebenarnya yang jahat..

jawa peranakan said...

intan..
mana peginya mak bapak?

mak bapak sibuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemilih dan pengundi dalam AKADEMI FANTASIA, ONE IN A MILION, GANGSTARZ, PILIH KASIH, BINTANG KECIL dan sebagainya..perkhidmatan tersebut disediakan oleh syarikat 1 MALAYA BERHAD..

PS-JOM HEBOH-HEBOH pun antara lokasi yang jadi tumpuan mak bapak..juga merupakan salah satu rangkaian perkhidmatan syarikat 1 MALAYA BERHAD..

ummzaid said...

terkedu kome..siapalah kome nak mengulas...anak2 kome pun dalam proses membesar..

tapi memang sedih bila 2 hari berturut2 baca berita yang sama..terdetik juga hati (bila tengok gambar anak menyiram air yasin kekubur mak dia)..anak2 itu lebih kurang sebaya dgn anak2 kome...

kome setuju dgn tulisan bro ubi sendiri, juga komen sis insan bokoh dan bro jp.. batasannya adalah agama yang biasanya dtg sekali dengan adab. Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w itu amatlah penting. Ibubapa kena tegas dan prihatin dengan tingkah laku anak2.

Teringat semasa Shaykh Ali al-Halabi dtg berceramah di sini baru2 ni.. ada dia berkata, berdakwah ini bukan lagi hanya tjwb ulamak/ustaz/zah tapi tjwb kita semua kerana masalah sosial di dalam masyarakat lebih teruk dari masa dahulu.

jawa peranakan said...

bro..
jangan sebut2 terjah..ben sensitip.. beliau minat abg rambut ketak yang suka singkap kain org tu..

benludin said...

jp,
aku minat terjah bini aku jeh

jawa peranakan said...

ben..
please..
too much information..
haha..

kulupSakah said...

kita selau salahkan mat rempit tanpa kita sedari siapa yg produce mat rempit?
siapa yg galakkan pengeluaran motosikal dan mempamerkan kehebatan merempit?
orang tua2 perlu disumpit!!

a.b geldofg said...

kalaulh anak menteri yg kena bencana tu...sudah tntu rempit akan diperang hbis2an......malah siapa yg mrempit akan di ISA kan


malangnya jadi hamba

Anonymous said...

Pagi Ahad yg hening dan damai. Aku dlm perjalanan nak beli nasi lemak. Bila berhenti di lampu trafik merah, ada sebuah motor menghimpit kereta sambil penunggangnya menjenguk dlm kereta sebelah kanan seat belakang. Aku sedar mamat tu berniat jahat utk mencuri barang. Dengan tangkas aku capai steering lock utk jadi senjata andaikata dia cuba buat sesuatu yg buruk. Menyedari aku ada senjata dia lantas memecut motor walau lampu merah. Malangnya motornya mempunyai plat pendaftaran yg sengaja dipecahkan...

Aku tahu dia bangsa Melayu dan beragama Islam. Tapi kenapa bangsa kapir tidak sebiadap dan sejahat itu. Fikir....

shuk

Anonymous said...

Di suatu malam yg damai dan tenteram. Aku lapar dan keluar dari hotel menuju ke Clark Quay di Singapura (macam esplanade lah kat sini). Sambil menikmati juadah pada jam hampir 12 mlm itu, pandanganku tertarik pada seorang budak perempuan yg leka melukis di tebing sungai. Dia bersendirian. Mungkin ibubapanya pun ada somewhere that area. Tapi mereka rasa selamat meninggalkan anak perempuan bersendirian ditengah malam dlm cahaya neon yg malap lagi romantis.

Kalau kat sini!!???? Dah lama budak tu jadi Nurin Jazlin!!!!

Fikiran ku : Malaysia negara Islam dan S'pura negara kafir. Tapi lihat persekitaran, S'pura lebih selamat.

Ustaz2 kat luar tu... pikir2lah. Tak guna cakap pasal Islam the way of life tapi hakikat adalah sebaliknya.

shuk