Catatan ini akan berbentuk Chronicle kisahnya.
Mudah-mudahan anda tidak akan jemu.
Bermulanya kisah, saya di minta oleh pihak UNDP bahagian
Pembangunan Taman Laut untuk sama beserta Team
Xplorasi RTM menjayakan pengambaran rancangan itu di
Pulau Redang,Trengganu.
Kelaziman bermusafir secara
Backpacker telah agak lama
tidak saya lakukan.Namun kegiatan itu bagaikan badi
yang telah melekat di jiwa saya.Pada kesempatan yang ini
semangat cinta lama itu saya nyalakan kembali asyiknya.
Beg di galas langkah di ayun..cool beb….
16hb Jun 09Perggghhh..ini hari tren betul2 tepat pada waktu,sedang elok
saya dapatkan tiket ke Mentakab,train pun sampai.12tgh hari.
Hari yang panas,di luar tingkap pemandangan nya terik
berbahang menyilau mata.Makanya perjalanan ini agak bosan.
Pejam mata tido.
Mentakab di restoran kenalan saya Abg Dollah,saya makan nasi
berlaukan masakan Pahang citarasa Indon.Saya tak salahkan
Abang Dollah barangkali dia amat sibuk bersama beruang dia
SiMuda dan rusa2nya di Kuala Gandah,maka terpaksa dia
mengunakan tenaga kerja orang dari seberang di restoran beliau.
Barangkali kerana jam sudah 2.15 ptg tentu saja perut saya kelaparan
jadinya santapan itu mampu juga saya habiskan.Terus terang
masakan neng2 dari indon itu tidak serasi dengan tembolok
saya.Biarpun biasanya saya tak begitu cerewet dlm bab makan.
Belas dengan seorang pemandu teksi yang mengantuk menanti
pelangan saya mengambil keputusan menyewa teksi beliau
dengan kadar rm 10 untuk ke Temerloh.
“Susah bang,la ni nak dapat penumpang…orang da bekereta
belaka…tambah pulok perebet sapu pun melambok…!!”“Bersyukurlah kerana tuhan masih menyediakan kamu dengan
watak2 orang seperti saya.Watak orang yang tak mampu
bekereta.Melalui watak itu jalur rezeki kamu” saya sekadar
bermonolog…saya tahu pemandu teksi itu sukar untuk faham
bab2 hakikat..ha..ha..ha.
bersambung
15 comments:
intro yang menarik..tidak sabar untuk menantikan kesudahannya..
Bro, lain kali singgah Mentakab, helo kat koi. Blh mkn nasi citarasa Mentakab...hehe..
1)JP...citer ni panjang...tapi kena tunggu lepas wa balik taman negara lah..sibuk weh la ni...tapi citer perjalanan Ben lagi trill bro...
2)Intan tq...insy
dah lama sangat tak naik ketapi. Masa dulu mee goreng Ah Kow famous kat setesen ketapi lipis.
Shuk
shuk..
halal ke mee goreng ah kow tu?
Jp, rasa2 halal kot... sebab ramai gak orang Islam makan kat situ sementara tunggu ketapi sampai.
Masa kat sekoloh Clifford dulu tu pun yang niaga kat kantin orang China juge.
Masa tu mee kari 50 sen semangkok. Karipap seposen satu.
Sedak amak weh komeh makan...
lama tak jenguk sini.setiap yg berlaku ada hikmahnya kan ;)
shuk..
kedai nombor pun ramai org melayu masuk..haha
JP,
Pada tahun2 70an dulu, sebelum tv start program pada hari Ahad, ada cabutan TOTO.
Keh ingat lagi, pengacara pompuan tu pusing "globe", pastu tu..ketekuk..jatuh bola sebesar bola tenis dari globe tu.
Pengacara tu pun kutip bola tu lantas di pulas2 utk tahu apa nombor didalamnya.
"Nombor 24..." katanya.
"Alamak, miss lagi !!! "
shuk
tak jauh dah stesen ketapi Mkab tu dgn rumah mak aboh keh, bro ubi...
bro..
blog AJ ada askor trojan..2kali keh masuk, 2 kali kena serang..
Sambung juga. Potong stim betul haha!
ps:Tentang novel yang Encik Ubi nak tu,insyallah nanti saya tanya MPH. Selalunya ada, tapi kena order dulu.
Shuk!!!
TOTO=Tolong Olang,Tipu Olang..ha..ha
Umzaid nanti saya bagitau AJ insy.
La kat beloh mana rumahnya...ha..ha
Lili air terima kasih...Insy sambungannya dalam minggu ini..maafkan saya saya lagi sibuk mencari rezeki..ha..ha
rumoh mokboh keh atas bukit bendera teh..
seronok juge kalau kita semua dapat duduk minum2 kopi O, ye.
shuk
Post a Comment