Showing posts with label Drama Berat. Show all posts
Showing posts with label Drama Berat. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

Langit Petang


Wajah beliau saya tatap,telus dan mulus.

Raut nya kelihatan lesu diratah keuzuran.

Pada takah usia 61 ini,ubat-ubatan telah mula

menjadi ulam yang perlu ditelan saban hari

demi mengawal tekanan darah tinggi dan kencing manis

dari giat menular.Penyakit itu bagaikan bom jangka

yang sudah terpasang di dalam tubuh prempuan ini.

Dia yang dulu senang bercanda,tak kurang juga tersangat

gemar dan acap meleteri saya.Namun buruk dan baik pada dirinya

dia lah saudara sepupu yang sangat akrab dengan saya

bagaikan saudara kandung mentelah pula saya tak punya

saudara tua yang sedarah.

Belas hati saya yang melihatkan dirinya yang kelelahan

di pembaringan,sesayu ketika menatap nazak arwah ibu

4 tahun yang lalu.

“Kak! Kelmarin saya pun telah di kesan punyai percikan

penyakitan yang menuntut saya menjinakkan diri dengan hospital”

Hidup,sementara seterusnya fana.Takdir itu takdir...!!!

Fragile....

Wednesday, May 27, 2009

Kramer vs Kramer


Pada malam jumaat kaliwon yang itu.Ketika itu dia isteri kamu

ada lah Pamela Andresen yang kamu tatap dengan renungan

gahirah.Kamu ingin menyatukan puncak nikmat duniawi

menyempurnakan sunat malam jumaat.Tanpa doa mahu pun

Bismillah hatta kamu pun tak sempat menyempurnakan sholat

isyak terus saja kamu megauli dia dalam 3 kali pusingan.Sunat

malam jumaat yang itu pun usai.

Berselang 3tahun selepas malam jumaat kaliwon yang itu

kamu pula telah bertemu dengan penyanyi gurun pasir

yang ayu pandai bergelek.Zakiah namanya.Pesona lirikan

matanya membuat kamu majnun.Kamu tinggalkan Pam

bersama anak kerjasama kamu pada malam jumaat kaliwon

yang itu.Tanpa nafkah.

Pam kamu sasau tertekan jiwanya.Hari yang dia lalui berikutnya

negeri dan sengsara.Bayangan wajah kamu bagaikan sang syaitan

merah yang selalu meracau benaknya.Dalam racau selalu dia

mengamok,anak lelaki kamu itu menjadi mangsa,pelepas sasar.

Puncing Bag bagi Pam untuk melepas geram.

Setelah bibir manis anak kecil itu pecah tiga,cuping nya sobek

rabak di gigit,raungan jerih si kecil terdengar keluar.Lantas

bantuan ibu Maryam pun tiba.Namun cuma 2 bulan dia mampu

di asuh rawat,luka dalaman amat parah.Si anak akhirnya ke

pangkuan Allah jua sudah nya.Yang menjadi belas di hati

ucapan terakir si kecil:

"Saya sayang mak tapi mak pukul, mak pukul rotan besar "

Pamela Andresen kamu sekarang mediami rumah pesakit mental

kerana meroyan.

Pagi ini aku menatap wajah kamu di halaman 3 sebuah akhbar.Kamu

yang berwajah cengkung kurus,terantai di saluran paip

besebelahan mangkok tandas,lokasinya di dalam sebuah tandas restoran.

Kamu menjadi tawanan Along di bumi Malaya yg permai ini.


P/s titipan doa kecil ini untuk kita kongsikan bersama:

YA ALLAH JAUHI KAMI DARI BEBAN HUTANG DAN PENINDASAN ORANG"

Monday, March 30, 2009

Menanti Hari Esok


Maut yang kamu larikan diri itu pasti disuatu saat akan mendapatkan

kamu.Hiidup ini tunangannya mati.Mati bagi kebanyakan orang ia

satu subjek ngilu yang mengerunkan tetapi tidak bagi Meor..haa..ha

Ya aku pun sering terkesima dengan bebelan dia tentang mati…menarik.

Manusia rata2 amat liat henndak bertemu tuhan mereka Bro…

sedangkan Allah itu maha baik.he..heh..heeee..


Selamat hari ulang tahun kelahiran,semoga panjang umur,murah rezeki

Bla..bbla..bla….segala macam ucapan yang sewaktu dengannya..

He..he…hheee..terima kasih,terima kasih…

Panjang umur?!!!..mana mungkin…hakikatnya saban kali kau menerima

kalungan ucapan itu,umur kamu semakin menyingkat..he…heee…

itu pesan aku pada aku….ha….haa…haa

Pun demikian handai dan taulan terima kasih kerana kamu ingat dan

mengingatkan aku.Doa2 suci kalian aku hargakan dengan tadahan amin.

Di antara kamu ada yang mendoakan agar aku kaya..ha..ha..mungkin

kalian belas melihat jalanan hidup aku yang rabak…hhe..heee.ha..haa

itu sudah di peranankan kepada watak aku(Meor sori wa pinjam falsaafah

lu lagi…kena tax ka.?.ha..ha)


Setulusnya aku katakana bahawa aku lebih gumbira jika kamu doakan

agar aku di kayakan dengan sifat sabar,qanaah dengan apa yang

di peruntukan,lebih mulus jika aku di piillihnya untuk mendapat

anugerah jiwa yang mutamainnah.haa…he..heh..


Kaya emmmm…menarik!!!!...tapi terima kasih,terang cakap aku tak

mungkin boleh lulus dengann ujian itu..darjah upaya iman aku

amat tipis,mudah amat aku tenanar dengan lazatnya lendir duniawi..hi..hi.


Kalau lah ada keajiban mahu kah aku jika dikembalikan muda?..haa..ha..ha..

Tak nak aku..!!!.Muak dengan terjahan kemelut gejala "so-sial" semasa.

Jelek bangat.Semalam Ben dia terbaca di laman blog seorang muda

sanggup memaki seorang tua berkopiah dengan carut nista

“KISS MY ASS”…

hanya kerna manusia tua itu terpandang dia mecium pipi montok kekasih.

Aduhai….ada kah antara kamu beniat nak mendoakan orang muda ini cepat

menjadi tua…ha..ha…atau apa kah yang lebih layak untuk dia?