Showing posts with label Pilem Bencana. Show all posts
Showing posts with label Pilem Bencana. Show all posts

Monday, July 20, 2009

Munich

AWAS DUA EKOR INI BAKAL MERABAK RABANKAN ANDA.DI JANKA MUCUL AWAL OGOS.CHECK IT OUT

SIFU INI LUKISAN BELUM SIAP BETUL.WA ADA PROBLEM UTUK TOUCHUP DETAIL BAHAGIAN JARI TANGAN....OIL PAINTING MANYAK SUSAH CONTROL LEH...opps date kat gambar tu aku tak set betul..ha..ha..(Msg ini utk sifu gua SOS sama dia)



Mengapa hilang kewarasan
mengapa buangkan pertimbangan
hingga tega meledakletupkan kemanusiaan

Bukan penyelesaian
cuma mecalar aibkan wajah murni agama
yang tinggal sekadar hiba dan rawan
Jantan kamu jangan di tunjuk secara tak keruan.

Kamu sekadar percaya
tetapi kamu tidak mengenal tuhan

Allah itu Al-latif.
Bersama kita pohonkan kesejahteraan.

P/S segala buah pandangan komen2 di sini tidak semestinya mewakili
pendapat saya secara peribadi.sekadar kita berkongsi.Yang baik jadikan
tauladan yang buruk jadikan sempadan.Segala kesilapan dan kesalahan
tutur kata saya pohonkan ribuan ampun maaf

Monday, November 24, 2008

Bah


Hubaya…hubaya,Tuan Imam telah menitahkan kami pacal2 yang hina ini

untuk melakukan sholat hajat.Sholat hajat menolak malapetaka banjir

dari melanda kampong kami yang makmur ini.

Ambe pacal yang hina dina ini termenung memikirkan titah sang Imam

itu.Tisk..tisk…tisk…lojik ke saranan ini.Kenapa ambe ragu dengan titah

sedemikian…tak Islamic ke ambe?..sebenarnya ambe ada hajat yang lain

amat bercanggah dengan hajat Imam…

Ape faedahnya Imam tuan menitahkan kami bersholat hajat sedemikian?!!

sedangkan tuan dalam masa yang sama berlaku rakus terhadap alam

demi memenuhi kehendak mewah duniawi tuan.Tuan rebahkan

belentara kerana tuan mahu bermandi ringgit,ambe tahu Kampung Makmur

ini milik tuan sedari tok nenek tuan dulu lagi kunun nya ,tetapi tuan lupa

alamnya yang permai adalah milik Allah,tuan cuma pemikul amanah.

Imam!!! tahukah tuan,bahawa alam ini kalau kita berkasar,menceroboh

tak tentu hala,dia pun pandai untuk bertindak balas.Ledakan banjir itu

salah satu tanda yang alam mulai murka dengan tingkah tuan.

Namun yang tak sedapnya kami para pacal yang hina ini turut bergelut

payah akibat onar dan durjana tuan terhadap alam.

Maka itu maafkan ambe jika mempunyai hajat yang sadis lagi brutal.

Jika boleh biar lah ada bah besar,biar air melimpah ruah masuk sampai

ke ruang2 mewah rumah tuan.Semoga buaya2 di air dapat menyelinap

hingga ke bilik peraduan tuan…ha..masa itu tahu lah tuan langit tinggi

rendahnya…harus terkicit-kincit dalam kain tuan dan ahli2 tuan.

Ooohhh..alang kah seronoknya jika ambe tapat menyaksikan temasya

itu..qahh..qah..qahh…katanya buaya pun macam biawak suka makan

telo…maka tuan jaga-jaga lah telo tuan itu..agar tidak di mamah buaya.

Satu selingan metafora:

Sudah tiba musim hujan,musim yang sejuk dingin.ramai yang naik

pelamin,maka di sana sini air akan melimpah ruah pada aras empat kaki

naik di kamar peraduan bulan madu.…Selamat Pengantin Baru kepada

mereka2 yang melangsungkan perkahwinan.Kepada yang lelaki selamat

menjadi IMAM..(wink)