Showing posts with label Pilem Kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label Pilem Kanak-kanak. Show all posts

Monday, June 15, 2009

Children Of Heaven Part II


"ello...asalamualaikum..uBi!! i nak bagitau U
Pan jatuh basikal semalam,i bawak dia gi klinik."
Ibu Pan gundah memberikan khabar.

"Ya Allah teruk gak lah kalau sampai ke klinik"

"Dekat idung dia luka n bengkak..!anyway tadi
sebelum masuk opis I da bawak dia dressing
kat klinik tu..tahan sikit da..uBi semalam
dia kata nak becakap dengan U!"

"Ok..malam karang saya call insy.."

Lepas Magrib

"Ello..ello..asalamualaikum Pan!! ni uncle cakap!
so macamana ok da ke?!!!"

"Walaikumsalam ok sikit2 je tapi sakit lagi" suara
Pan serak nak bermanja.

"Letak ubat la...orang lelaki mesti kuat tahan sakit
nanti macamana nak kerat kote..he..hee.suruh mak
letak minyak gamat..cepat baik luka tu.."

"Ok..tapi muka Pan comot lah uncle...!!"

"tak pe nya...sembuh esok elok balik..lain kali
elok2 kayuh basikal tu..Pan jagan merempik ok!"

"o.k"

Selang 1 minggu

"Buntat saya macamana?"

"Ok da luka kecik tinggal parut2 jer"

"Alhamdullilah"

"tapi saya kesian ada,nak tegelak pun ada bila
tengok dia berdoa depan cermin:YA ALLAH BERSIHKAN
LAH MUKA PAN NI...!"He..he..he

"Bagi saya cakap dengan dia..."

"ello Pan sihat da?"

"Sihat da tapi muka Pan masih ada itam2 tapi Pan
dah minta Allah tolong bersihkan.."

"Ha..ha..ha..ha. Smart boy"

"Uncle cuti sekolah ni kita orang nak balik Kampong
tau...nanti uncle bawak gi mandi sungai macam aritu
bole?!!!"

"Boleh..no problem..lagi pun uncle dah rindu sangat
kat Pan lama tak jumpa.."

"Tq uncle...luv u!!!!"

"Luv U too!!!"

Sabtu itu semasa saya bawa Pan berkelah di Pulau Cekas
Ulu Dong,parut muka Pan dah tinggal sedikit.Allah da
bersihkan muka dia.Saya berdoa semoga Allah sentiasa
serikan wajah dia dengan nur keimanan.Semoga hidup
dia penuh dengan keberkatan dan jadi lah dia insan
yang solleh.

Ayuh kita raikan kasih sayang.Walaupun dengan cuma
cara rabak2 seperti saya.Hidup ini terlalu singkat
serikan lah ia dengan kasih dan sayang.Kasih dan
sayang itu memberi tanpa mengharapkan balasan.

Monday, June 8, 2009

Children of Heaven(Part 1)


“Uncle makan sorang je…!?”

anak manis 6thn itu menyapa saya.Hari ini saya makan

tengah hari beseorangan,tanpa Ben.Kelihatannya keluarga

anak manis ini orang luar dari Pekan koboi kami .Mereka

duduk menjamu selera tengang 1 meja dengan saya.


“Ya…uncle makan sorang2 je..!! adik ni sape nama?”


“Kita kakak lah uncle..itu adik kita..!”

sambil menunjukan kearah ibunya yang sedang meriba

kanak2 yang saya kira baru berusia 1 thn lebih sikit.


“Nama kakak Syaqilla…adik nama Syafiq..”

keletah sungguh ini anak.


“Kakak jgn kacau uncle mari sini…maaf encik…

anak saya ni nakal sikit…”

suara si ayah memanggil Syaqilla sambil tersenyum

kepada saya memohon maaf.


“Kakak nak borak2 je dengan uncle ni.”


“Tak pe encik saya tak kisah”…saya mengizinkan


“Ok kakak borak elok2 jgn kacau uncle…”si emak mencelah


“Kenapa uncle makan sorang,uncle tak ada anak ke?”


“Ha..ha..ha..ya uncle tak ada anak,kakak datang dari mana

datang sini buat apa?”


“Rumah kakak kat Maran,semalam kita orang pegi tengok

sedara kawin kat Kg…emmm kenapa uncle tak ada anak?

anak uncle gi mana?..”


Perghhh!!!!..ha..ha.ha.


“Uncle tak kawin,so uncle tak ada anak lagi!!!!”

“Ooooo..orang tak kawin tak boleh ada anak ya uncle?!

Uncle kawin la..nanti uncle boleh ada anak.”


Tu diaaaa aihhhhh anak zaman milinia nih..ha..ha..ha.

Hari tu saya makan free ayah Syaqilla belanja.he..hee..hee.

Uncle doakan Syaqilla sejahtera dan hidup dalam berkat.

Monday, November 17, 2008

Cuti


This story I dedicate it special to my beloved Pan,his Bros n Sis…

above of all his wonderful and beautiful mom..


Cerita ini dalam bahasa orang Lepih dengan loghat Itali ulu yang pekat.

Jika ada yang tak paham sila rujuk nota kaki.


Bebudok zaman blutuh2 ni kalau Keh sebut pasal Gumbe,Dapur semawo,Gobek

Emping hatta Piring hitam pun mau chika otak demenye,Pelik menatang mende lah tu.

Usoh kabo bebudok urban,bebudok pekan koboi ni pun 2x5.


Bebudok zaman siber ni lain amat weh dengan kome dulu.Nak pulok musim cuti2

sekoloh ni.Bebudok sekarang tak advencer macam kome dulu2.Deme la ni handal

dengan playstation je,duduk teperap dalam ghumoh.Paling advencer pun deme gi main

bolo petang2 atau yang handal bodo sikit gi willi gi wekang,buat punoh reta mak aboh.


Kome dulu huh! tak cukup tanah lah kome rayau.Xplor sanasini.mende permainan

kome masa tu?…kome main polih sentri,kondang kondi,cop botol,gasing,layang2

tuju getohgelang,tepok gambor,tarik upih banyok lagi lah kalau nak cerita tak abih.

Yang bebudok pempuan main masok2,batu seremban,congkok tapi kekadang ada

juge deme join main ngan bebudok lelaki.Yang dah tentu wajib bagi kome anak2 Itali

ulu ni ialah mandi sungai.nak pulok musim kemaro,tengoh ari lengit tu lah kome syok

berendam jadi kerebo balau…qah..qah..qah..sampai bekurai kulit kena daki air.


Tapi ade dua permainan kome masa bebudak dulu yang tak berapa molek di

lakukan,menjebok burung dan main lawan speder.Deme tau menatang mende speder tu?

…Speder tu lelabe cakap orang Lepih orang urban panggil Labah2.Tetapi kome orang

Itali ni doh tebiasa cakap omputih cuma sebutan je pelik sikit.Ade sejenis lelabe atau

speder yang akan kome tangkap dan simpan dalam kotok mancih.Nak dapat speder

jenih ni mudoh je dalam kebun kiri kanan gumoh banyok.Kome akan potong daun2 pandan

letok dalam kotok mancih tu untuk jadi sarang kepada sang speder kome.Makanan nya

kome bunuh semut2 alus jamu kat speder tu.Untuk minuman menatang tu kome bagi air liur

je.Bila jumpe dengan gu,kome pakat pelagakan speder tersebut.kalau agak speder kome

tak berapa melawan,kome amik letak dalam gemgaman lepas tu tiup,konon nya nak

bagi power kat Sang jaguh..ha..ha..ha..pandir sungguh kome dulu.Yang paling lawok

kalau yang kome pelagakan tu speder belainan jantina,instead nak tengok speder belaga

kome akan tegok menatang tu buat bluepilem atas kotok mancih.Kalo keh pikir2 balik

sekarang, ini lah permainan yang amat melanggor etika konservasi…ha..ha..ha kerana

menzalimi haiwan.


Pun gitu keh ralat juge si Pan keh tak dapat mengalami advencer2 ini.Tamboh pulok dia

dilahirkan sebagai budok Urban.Ia lah la ni ada lelaki kucing yang suke tangkap

bebudok comel macam Pan..bahaya kalau merayau2 main macam kome dulu2.


So pada Kak long,abang2 uncle ucapkan selamat becuti tapi jagan cuti mengulangkaji

pelajoran pulok.Jangan menyakat adik tu sangat…dia tu budok hebat dah berenti

sekoloh pun..ha..ha..ha.jangan lupa tolong2 Mok deme juge.Jage diri baik2.


Sarikata:

Keh: Saya

Kome: Kami

Deme: Mereka

Chika: Mabuk/mual

Weh: ungkapan bagi mengambarkan sesuatu yang melampau.

Reta: Harta

Lengit: Terik