Aku telah keluar meninggalkan ladang peternakan ikan sang dewair di Bukit Tinggi.
2 faktor penyumbang yang membuat aku bertindak sedemikian.Pertama kerana
sahabat aku Mr R telah di “Kencing” oleh dewair,pelaburan beliau sebanyak
Rm 70 ribu liau.lazimnya begitulah berlaku di dalam dunia dagang ini.Benang
jujur amat rapuh dan mudah betas bila akal telah terasuk haloba.
Tak mengapa persoalan itu biar di uruskan sendiri Mr R dengan rakannya yang belot itu.
Alasan ke2 juga merupakan penyebab besar aku keluar.Sebab amalan2 deme
di situ yang aku tidak berkenan.Saban malam jumaat pasti membakar kemenyan
sebagai menghormati ruh2 leluhur yang datang beziarah.Paling ngeri pada malam
jumaat terakhir aku di situ mereka membuat kenduri arwah bertahlil kepada arwah
sahabat mereka si orang bunian.Aku akur yang entity jin itu wujud tapi apa jadahnya
manusia harus sebegitu intim dengan jin.Sesungguhnya lah Sang dewair dan kuncu2nya melayu mistri nusantara yang tradisi penuh khurafat dalam diri.
Aku tak mahu terjebak dalam cult mereka juga tak tahan makan asap kemeyan
tiap malam jumaat makanya aku chow….
Demi meredakan kusut masai jiwa,aku dan Mr R,bercuti pergi membuang lara di
rimba,menungkah arus merentas jeram memburu masser atau Torr atau bahasa
mudahnya Kelah….ha..ha..ha(sori aku masih weng mabuk asap)..
Menatap langskap tebing sungai Tembeling yang berhiaskan pepohon Jadur lebat
berbunga dan pucuk2 Perah yang memerah aku rasakan diri Tarsan yang pulang
ke rimba.Ini dunia ku yang bebas dan lepas…AAAAAAAAAA!!!!!
Lebah2 madu pun giat membiak,aku berencana jika ianya menjadi di musim
Lebah tualang besarang nanti aku hendak bersama rakan2 aku suku Batek pergi
mendaya madu istimewa itu..insyAllah.
Jari hantu Mr R tersengat lebah,biarpun sakit dan sedikit membengkak aku
tenangkan dia.
“Sengatan lebah seekor itu ada baiknya untuk memulihkan urat saraf kita yang
tak aktif,bisa dari sengatan itu boleh merangsang kembali perjalanan darah kita
insyAllah….lebah serangga yang amat istemewa hatta kisahnya menghiasi halaman
Al-quran.”
Percutian aku kali ini di maniskan dengan peristiwa kail yang aku pinjam dari Mr R
berjaya menewaskan kelah si hulubalang sungai itu.Kelah seberat lebih 1 kilo dapat
aku naikan…ha..ha..ha..aku bukan pengail tegar, mengikat mata pancing pun aku
serabut sebenarnya…tetapi rezeki ini mungkin untuk ibu Pan sekeluarga,mereka
sudah amat lama tidak menjamah ikan sungai.Maklum saja tinggal nun di kotaraya
memang sulit mendapatkan ikan sungai kelas atas ini untuk di jadikan menu…
AAAAAAAAAAAA!!!!!! Suara kemenangan seorang Tarsan…
Special Info:
Bunga-bunga pokok Jadur menjadi tarikan kepada sejenis sepsis serangga riang2.
Riang2 jenis ini orang-orang kampong ulu tembeling panggil Dian.Pada masa musim
bunga Jadur orang2 kampong akan membuat ungun api behampiran pokok2
Jadur di malam hari bagi menagkap riang2 Dian ini,kerana serangga ini boleh di jadikan
makanan yang enak.Ianya enak di goreng kunyit,rasanya seakan-akan udang cuma ia lebih lemak rasanya.(kepada kawan2RTM yang buat documentri tu..rasanya ini subjek menarik
