Showing posts with label Pilem Komidi. Show all posts
Showing posts with label Pilem Komidi. Show all posts

Monday, January 3, 2011

Lucunya Negara Ini




A: Waduh...Waduh aku kasihan sekali sama Ratna
saban hari aku dengar rintihanya "Aduh Bu,ampun Bu!!!"
lantran di dera oleh majikannya..dipaksa kerja terus-terusan

B: Ah...nasib dia tidak seburuk aku!! penderitaan aku lebih perit
... Saban malam aku beteriak "Ampun Pak...Jangan Pak" kerana
gara-gara di kerjakan majikan aku terus-terusan
See More

Monday, May 11, 2009

Cast Away


".......90 hari sudah berganti.....Boria Pulau Pangkor mengundur diri...eh waahhh!"
(Boria ni tak jadi balik ke Pulau Pangkor,sebab orang2 Persekutuan amat gemar dengan persembahan mereka.)

Dalam keadaan cuaca dan suasana panas-panas ni...mari kita
sejukkan kepala dengan sebuah jenaka orang lepih.
Saya sering di tanya oleh rakan dari luar Pahang apa makna
"KEH NAK KEH SEBET". Sebenarnya di sebalik ungkapan itu
ada satu cerita jenaka sebenarnya.Kisah berlaku di dalam
sekitar tahun 70an.Zaman itu Kuala Lipis masih lagi sebuah
pekan koboi yang tepinggir.Zaman ni susah nak jumpa kedai
kopi milik orang melayu.Tak macam sekarang.Zaman tu orang2
melayu makan minum di kedai kopi cina tak menjadi hal.
Pada sauatu hari seorang pak cik dari kampung pendalaman
telah memasuki sebuah kedai kopi cina dengan hajat hendak
melepaskan dahaga.

Setelah beliau duduk,tauke cina itu terus bertanya.

Taukey: Lu mau minum apa

Pak cik masih bengong tentang apa yang hendak di minum.

Pak cik: eeemmmm Bior la dulu...Keh nak keh sebet!

Tauke itu menghilang seketika,kemudian membawa sebotol
Carlsberg untuk pakcik itu.Taukeh itu ingatkan pakcik itu
nak minum Beer Carlsberg.

Pakcik: Ptuiihhhhh,uweeeekkk..apa punya air ni pait.
keh tak akan masuk dah kedai ni,jual air pait...

Seranah Pak cik tersebut lalu meninggalkan kedai itu.
Nasib dia tak minum habis......

*Keh Nak Keh Sebet bermaksud Saya Nak Saya Sebut.