Showing posts with label Pilem Perang. Show all posts
Showing posts with label Pilem Perang. Show all posts

Wednesday, June 9, 2010

UNDER SEIGE



Syukur Alhamdullilah sukarelawan misi kemanusian ke Gaza
telah selamat.12 + 6 orang ini saya ucapkan syabas dan tahniah.

“emmm... regim zionis ni memang kejam abang...
Keh tak nye pelik doh...dalam Quran pun doh
Cakap deme-deme ni memang zalim”
CD Jay pemuda sekerat tiang itu menghujahkan
pendapatnya pada saya.

“Ye lah...alangkan nabi deme bunuh...walaupun
nabi tu kaum deme sendiri.”
Biar pun otak WENG betul juga cakap
CD Jay ni...ha..ha..ha...saya nampak
sekawan rama-rama berterbangan di atas kepala
CD Jay yang telah mula berkilat itu.
“Ni...hok terjerit-jerit tengoh jalan
menyalok sampai nok keluor anok tekok
Rasenya keje bodo je abang...tok soh lah
sampai keluor muntoh ijau kita maki
Zionis tu gelok je kat kita ni...keje pandir je...
keh yang sakit otok ni pun tak nok buat keje bodo tu...
yang pentingnya kita kalahkan zionis hok ada
dalam diri kita ni dulu,baru kita boleh kalahkan
Zionis di sana” sambil dia menepuk-nepuk
dada kirinnya dan tersenyum

Cheh!!!...
Mau kena tampor dek YB Beraim Pekasa
Si CD Jay ni karang...
Tak pun di lukuk kepala oleh Ustaz Syariat..
terus luruh licin rambut si mamat ni....
Ha..Ha..ha...
Rama-Rama semaki banyak berterbangan
dengan warna kilauan perak menawan di atas
kepala CD Jay....
Ha...ha..ha..ha..

P/S CD tolog kau jentik cuping APCO ada berani!!

Wednesday, January 6, 2010

lion of the desert

Jeng..Jenng.....

PARADISE THEATER
MEMBERSEMPAHKAN:

MESIR



IKLAN:

tuan/nyonya
semalam saya menyarong
Baju T gelap
(katanya hari minggu elok
berpakaian gelap
di khabarkan baik untuk
kesihatan diri)
bertulis BIRD WACTHING disakunya
serasi dengan aktiviti saya
pada hari libur itu
ya saya ben dan pak hashim ke temerloh
melihat sang RAJAWALI
membuat sarang hinggap.

Tahniah dan terima kasih En.Jones.
Insyallah saya behajat juga untuk menyidai
kanvas di sini.

Nasib baik Pyan menahan
kaki saya yang bergodek
semasa nik menyanyi...
kalau tidak Sinar Harian
ada berita tambahan
selain kisah RAJAWALI
bersarang hinggap.

Maaf biasa lah dalam
dunia kapitalis

ceritawayang kena
banyak iklan (Wink!)

Thursday, January 22, 2009

Three Trees and Falling Leaves


Kezaliman binatang zionis itu betul2 bikin saya racau dengan emo dan radang.Dalam pada itu saya terkenangkan sahabat akrab saya pasangan Oscar dan Sybile warga Jerman di Kerrsel.Sudah lama kami tidak mengirim khabar lewat email sibuk bangat dengan urusan hidup barangkali kami ini..ha..ha..ha.

Pasangan ini bedarah keturunan Yahudi.Datuk nenek mereka barangkali mangsa yang terselamat dari keganasan ciptaan Hitler.Oscar Bosman nama itu nampak sangat pure Jew nya..he..he..!Opppsss bagi anda semua yang tengah panas dengan api kemarahan tolong jangan mengengam buku 5 membuka langkah silat atau yang paling ngeri mengacukan keris kontot anda kepada saya lantaran saya bersahabat akrab dengan anak bani Israel.Terutama kepada Along2 PERKUDA tolong jangan belasah saya.Anda handal pergi lah ganyang Zionis nun...

Sebenarnya Oscar dan Sybile juga amat anti dengan kezaliman zionis.Malahan kepada mana2 juga pihak yang suka mencetuskan huru hara dan bencana di bumi ini.Maka demikianlah juga saya.Macamana kami bole akrab?!..ianya bermula delapan tahun yang lalu,ketika itu mereka adalah tourist saya yang saya bawa trekking ke Kenong Rimba Park.Semenjak itu persahbatan kami berlangsung hingga sekarang.

"...kau tahu kenapa kami senang bersahabt dengan kau?" suatu waktu Oscar melontarkan
soalan itu kepada saya.

"Tak"

"Pada pertemuan kita yg pertama,sesuatu yang kau lakukan membuatkan kami percaya
kamu lah orang yang boleh kami percayai untuk di buat kawan.Pekara kecil yang kau lakukan
tapi amat berkesan di hati kami,ia itu sewaktu kau melepaskan anak ayam yang terkial tersangkut di jaringan jala.

"ha..ha..ha.. ahhh ada2 saja kamu Oscar"

Oscar lelaki yang deep serta rabak macam saya,minatnya kepada unsur2 falsafah.Dulunya tidak
percayakan tuhan tetapi sekarang sudah free thinker,cuma belum meganut mana2 ugama tetapi amat tidak minat kepada Kristian.Semoga Nur dari Allah mendatangi mereka suatu hari,kerana
Dia yang maha berhak dan maha memberi.Dia memilih siapa yang Dia suka.

"Mahu tahu fantasi aku apa?!...aku mahu jadikan dunia yang tiada wang,wang bikin manusia rumit,dan mahu bumi ini bebas cemar dan perang dengan alamnya flora dan fauna tepelihara."
:-OSCAR,Tioman 2007.

Ya cerita2 berkisar tentang impian sejahtera untuk planet bumi dan isinya sentiasa menjadi bahan bualan bila saja kami bersama.Kami warga bumi yangrindukan kedamaian.PEACE