Showing posts with label Pilem Purbawara. Show all posts
Showing posts with label Pilem Purbawara. Show all posts

Monday, October 6, 2008

Belada Lelaki Flintstone


Gua lelaki Flintstone dari taman Jurasic.Lelaki yang masih kuno
pada alam stoneagenya.Menatap wajah2 hari era moden ini
gua jadi buntu dan keliru.Akal fikir terkadang bagai seekor rusa
liar terlepas ke Dataran KLCC.Keliru amat keliru.

A visit to several villages reveals
the prevalence of sexual abuse since the advent of
commercial logging.(the STAR 6 October 08).


Kesian gua kat kekawan gua kaum Penan tu.Wanita mereka
jadi mangsa rakus si gondrong banjingan penebang balak.
Demikian juga nasib yang sama terjadi kepada warga-warga
pribumi di pendalaman Semenajung.

“Guane bole dapat cucu mata
sepet kulit cerah ni Batin”

“..tu lah payah nak cakap encik…anak saya tak bagi karang
dia cakap kempunan pulak..di hempap balak karang payah…
anak saya kesian…emm..bagi lah, lagi pun bukannya luak…
dah selalu nya menjadilah pulak..itu la dapat budak ni”


Gua tak bole nak nyalahkan mereka,mereka tu lurus bendul.
Kira2 penjarah ini bukan sahaja mengondol hutan
tetapi,hutan dara kaum asli itu pun turut di sondolnya.
Mereka betul2 pemusnah alam.Bangsat!

Macamana lah pencinta alam seperti gua ni tak pilu,tak sayu.
Eh..wanita itu sebahagian dari alam juga..alam yang indah…
semestinya lah gua amat cinta pada wanita macam gua
sayangkan hutan…ha..ha..

Duhai wanita !!! Gua amat sayang sama kamu…kamu sebahgian
dari alamku…meski setengah dari kamu mendakwa sudah amat maju..
tetapi ketahui lah di luar sana masih ramai jantan-jantan dungu dalam
mengawal nafsu…paling paria bila menyamakan zina sebagai
sedekah…alangkah serakah nya si bedebah itu.

Gua lelaki Flintstone taman Jurasic,ada ketika jadi jenkel dengan
idea kemajuan yang kamu bawa.Kamu wanita mulia sudah pandai
Womans lib..sudah pandai gig-gig.Yang urban so-sial kamu amat seram
memang kamu tahap berani paling bangang…Berani tayang dada tunjuk
pusat.Biar pun pusat kamu tu hodoh macam siput bunting…tetapi kamu
tindik sangkut anting2.Entah bahagian mana lagi tubuh kamu yang
bertindik aku tak tahu sebab aku tidak mengidap sindrom Peeping Tom.
Terlihat ranum puting-puting kamu lelaki Flintstone separa wali pun
bisa pening.Oleh itu kasihani lah mereka dan sayangi lah diri kamu.

Gua katakan ini semua sebab gua amat sayang sama kamu.Kamu
adalah alam…alam yang indah.Namun lelaki Flintstone ini masih
merindui gadis batik sarong.Gua rasa gadis itu sudah sejahtra
di alam bunian…kesian gua..he..heeee