Showing posts with label Pilem Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Pilem Sejarah. Show all posts

Friday, October 10, 2008

Ghaib


Mulai esok panggung ini akan tutup buat seketika...bukan gua jeles sebab pelakun Hindi tu tetiba dapat pangkat Dato...tidak sama sekali...tapi gua heran gak pelakun benua Keling itu boleh dapat darjah kebesaran Tanah Jawi ni...mungkin dia ada titis darah keturunan Parameswara...maaflah gua tidak maklum akan hal itu...gua sekadar rakyat jelata yg naif.
Lagi mengherankan atuk Mat Kilau,Bahaman dan sesiapa jua prajurit
menentang penjajah yang sezaman itu tak pernah pun orang nak bagi darjah tertinggi...oooo..mereka bukan orang seni barangkali...seni bela diri
tak aci...lagi pun mereka dah mati..ha..ha..ha.

Sebenarnya mulai esok gua ke Tamaan Kayu Suci,ke Padaang Pemburuaan.
Bertemu zombie,serigala jadian serta para buniaan di sana.So gua akan
ghaib buat beberapa ketika.Sayonara

Wednesday, September 10, 2008

Alompak ago-go II


Shuk
Kini jenaka rakit Mek Sepiah tu telah hilang ditelan terowong masa
Blok E,Sekolah Menengah Clifford.Orang2 tua lama K.Lipis
menyebutnya “Kelipat skol””.Lagenda rumah rakit Mek Sepiah
telah berkubur,Begitu juga rumah-rumah rakit yang lain,termasuk
juga rakit pengkalan bot jabatan kerajaan,tidak lagi menghiasi
langskap Sg.Jelai.Perahu-perahu bot yang dulu meriah hilir mudik
di dada Sg.Jelai bukan lagi warna senario hari-hari di Kuala Lipis.
Meriah aktivitinya telah mati,Sg,Jelai dan Jelai street nya juga
usang dan lesu…demikianlah juga kedai runcit Kunci Koya.

Shuk
Yang memeriahkan dunia kita ketika itu element-elementnya ialah
Aiskrim tikam,apam balik,bermain getah gelang dan main
tepuk gambar.Di atas segala kemeriahan itu ialah Paradise
Theater dan tayangan Cheap Matnee nya.Filem koboi ada
lah hiburan kita nombor wahid.Kenangan paling manis aku
ialah bila abang kau Kemar belanja aku tengok cerita Hatari
lakunan John Wayne.(klik sini).Kau ingat lagi tak pada Satu
karektor yang sinonim dengan Paradise Theater? Apek gila
bintang…ha..ha..ha apek tua yang selalu mundar madir
di situ,baju dan topi nya di penuhi penutup botol oren.Beliau
jadikan penutup botol ini sebagai lencana kebesaran.

Shuk
Those were the day that we are so young and free.
The moment that I missed so much.Paling-paling pun yang mengecutkan
perut kita cuma momokan emakayah kita tentang kling penyabit kepala.
bila ada dengar jambatan baru hendak di bina maka gempar lah kita
dengan cerita ini. Tetapi seingat aku tak ada pun kes budak hilang di zaman
tu.Kes-kes rogol dan bunuh adalah sesuatu yang boleh kata tak didengari langsung…barangkali kita masih terlalu mentah untuk ambik pusing tentang segala.

Shuk.
Baru baru ini aku bergurau dengan seorang kawan.

“Nina kalau u masih layan lagu dari Westlife,u da di kira klasik tau..”

So Shuk bayangkan lah kita ni yang masih layan Carpenters,
Bee Gees paling karat Ahmad Jais dan Sanisah Huri..gamaknya
kita sudah boleh dikira manusia purba dari Taman Jurasic..ha..ha.
Tapi Shuk aku masih rindukan dan selesa dengan Kuala Lipis
yang dulu.Kuala Lipis yang masih ada Malay Bazzar.Kuala Lipis
yang cool,aku ingat lagi bila musim sejuk disini aku suka tengok
minyak masak yang membeku di botol kaca.Arwah mak aku namakan
fanomena minyak beku itu dengan istilah minyak tidor.Anyway
kita manusia kena akur dengan reality kehidupan.Tiada keabadian di sini
Aki Kawi,Tok Siak Zahari,Makcik Sa’ellah,Bedah Latik hatta Mek Sepiah
itu antara watak-watak unggul di Kuala Lipis dulu.Tetapi mereka semua sudah
tiada lagi,telah pergi kepangkuan Ilahi.

Shuk
Kalau kau tanya aku,dengan pasti aku katakan bahawa daerah kelahiran
kita ini telah melepasi Golden Era nya.Biar pun sekarang ia kelihatan pesat membangun,tapi seri wajah ayu nya telah sirna ditelan kemajuan.
Pembagunan “moden” ini telah memunah ranahkan coolnya.
Kuala Lipis semakin panas.Panas alam dan panas manusianya.

Shuk
Pakcik Man pun dah tua dan mula dimamah keuzuran.Menantap
hari-hari Kuala Lipis ini sama lah seperti aku menatap wajah tuanya
yang semakin berinsut senja.Kuala Lipis sekarang banyak di singgahi
burung-burung hijrah dari Denmark.Aku suka mengkiaskan:
kalau Kelantan merupakan serambi Mekah,Kuala Lipis pula terkenal
sebagai serambi Denmark…ok kawan lain kali kita nyembang lagi.


Kepada lu orang yang tetido sila bangun..sebelum keluar sila layan
lagu runut filem ini….

Selesai

Monday, September 8, 2008

Alompak Ago-go

Gua khuatir lu orang akan tertido dlm ini panggung,kerna tayangan hari ini Pilem sejarah.Tido bole asal jagan terlalu banyak air liur basi kluar juga jangan bedenkor..teristimewa kpd En kamarul ...:)

Ceritanya bermula bila gua terima SMS dari seorang teman sepermainan dan sepersekolahan.

SMS 1:
“Aku tringat dulu time pose,klu hari Ahad,byk bot2 org2 dari K.Medang dan K.Lanar sampai kat lipis. Dia org mebli brang2.Kedai Kunchi Koya pun sibuk..Aku selalu jln2 kat kaki lima deret kdai gunting ayah kau Ayah aku pulak bawa songkok gi niaga ke Raub naik bas Lin Siong."

SMS 2:
“Msa nk rya msti mak aku srh g gnting rmbut kat kdai pk cik Man,msa tu cuma 20sen. Layout kdai msih dlm fikirn aku; Klendar Cina,Gmbr YDP Agong kat dinding.Palang kayu letak atas kerusi gunting.Tali pinggang hitam terpaku pda kabinet sbg pengasah pisau cukur,ketam yg x guna lektrik. Bila ddk atas krusi nampak Sg,Jelai dari tingkap yg tak ada cermin.Bila tengkok di ketam aku terasa geli.tiap kali pak cik Man akn tgur agar dduk diam2.Sambil rambut di gunting mata asyik tgk klndar dan hati berkta,tak lama lgi pose nak abis, smbil mnghitung hari..”

Bermalankolik dan bernotalgia gua bila menrima kirman SMS itu.Kenangan mengimbau ke zaman lampau.

Shuk!
Bagi aku itulah Period mulusmurni Kuala Lipis Waktu Duhanya yang penuh ria.Period yang belum banyak mecemar alam dan manusianya.Sg.Jelai yang masih bersih, Kelah,Lampan masih banyak mediami lubuk-lubuk.Hilir mudik dengan cergas menongkah arus-arus jeram.Masa tu Kelah yang di jaja kat pekan sehari 2-3 ekor sekadar baru dalam 5 ringgit harganya.Duit pun masih cap kerbau tenggala dan kapal layar.

Shuk!
Tentu kau masih ingat pada rakit Mek Sepiah.Kawasan lampu merah yang tersohor .
Aku kira cuma itu vice yang ada di Kuala Lipis Tentu saja kita tidak pernah menziarahi Red light District itu. Namun walau usia kita masih di bawah 18,kita telah pun tau di situ tempat pempuan2 pekerja sex menjual tubuh.Dalam kesamaran rembang senja sambil menyedut asap rokok menthol,melontarkan aroma bedak Cauticura mereka bertenggek di tepian rumah rakit itu sambil mengamit pelanggan…

“Abe…abe…demo tok sei ko…bole la abe wei..sepulo rial jo…”Rayu mereka demi mendapat kat ringgit untuk survival hidup.
Cerita-cerita 18sx ini sekadar menjadi bahan lelucon mengisi perbualan tenggang masa rehat kita di sekolah…

Bersambung…….