Showing posts with label Pilem aksi komidi. Show all posts
Showing posts with label Pilem aksi komidi. Show all posts

Sunday, July 25, 2010

Hanyut



HANYUT...
bagi orang-orang Lepih kami selalu mengunakan
perkataan ILIR(HILIR)namun maksudnya tetap sama.
contoh ayat:
"Ujian memandu si DON SONGKOK ilir,sangkut Parking"
(Ujian memandu si DON SONGKOK Kandas
sangkut ujian Parking")

Begitu juga dengan CD JAY!!
Dia ni ilir budaknya...

Kalau Uwei sinonim dengan Wak KHalid
Saya pulak akan tetap terkesima dengan
bakat semulajadi CD Jay...
biar pun ilir tapi tetap dia
mewatakan hidup dia dengan jujur

Sunday, May 23, 2010

A Few Good Man



10 tahun dulu rambut lurusnya lebat dan panjang

Hingga mencecah paras bahu.Ranggi sungguh dia

masa itu,keterampilan dia bagai adiwira pilem aksi.


Namun setelah hidupnya semakin terbeban dengan

tanggung jawab berkeluarga rambut lebat beliau itu

pun semakin meluruh gugur,

Kini bila anak sulung beliau sudah menjadi dari sunti

dan telah menduduki tahun 2 di UITM,kepala Bedu

pun menjadi padang jarak..fesyen rambutnya pun

tidak boleh digayakan lagi selain berfesyen ala Kojak.


Lantaran tuntutan hidup menyara keluarga dia juga

telah menjadi tersangat “Handy”.

Bukan sekadar Pemandu Pelancung Alamsemulajadi

dia juga guru kelas KAFA,malamnya dia menjadi

Jaga sekolah yang sama dan terkini dia merancang nak jadi

penternak landak

.Gasak lah Bedu...handset anak bini

nak kena “topupkan” juga...ha..ha..ha..


Di kalangan kita!!

Lu lah Nature Guide paling mesra pelancung...

mana ada guide bergurau sampai ketahap mengagau

Telo Punai pelancung...!

Lu saja yang berani bikin itu hal...

Walaupun gurauan itu nyaris2 lu mendapat benjol di dahi...

Lu tetap selamba sadin je..masin boleh buat dono...

Wa tabik spring sama lu kawan


Selamat menjalankan kehidupan...


Staring: Bedu

Cameo Aji kwn baik PIPIYAPONG

Bintang2 ini bakal bergemerlapan di layar

Panggung Kail Panjang Sejengkal.

Pilem ini telah dialih bahasa ke dalam bahasa

KENONG RIMBA PARK.

Monday, September 7, 2009

Ragging Bull



Salam oneMalaya,Salam oneMalaya,salam oneMalaya

kah..kah..kahh....Betul ke kita akan bersalam
kalau gini caranya..ha..ha..ha

Ini bulan Ramadhan ubi...kamu sebagai orang Islam
hurmati lah bulan mulia ini
Kamu jaga lah puasa kamu,puasa bukan sekadar menahan
lapar dan dahaga.Islam itu ugama sejahtera...
belajarlah untuk menjelaskan makna sejahtera.

Jangan kamu gemar Berbangang-bangang (sila lihat aksi
Steve Segal dlm video klip diatas) sedarlah diri kamu
cuma pelakon tambahan didunia ini.

Ubi siapkan SKRIP kamu yang itu..banyak lagi yang belum
selesai,SKRIP itu skrip kasih sayang,skrip tatasusila
untuk beradab.Shhhhhh...diam kamu ubi.

INI MASIH LAGI PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI YG
JAHIL


YA ALLAH AMPUNKAN AKU YG SELALU MEZALIMI DIRI