Auranya amat menyakinkan bahawa dia bakal
menjadi bintang terkenal.Satu lagi hero pilem
melayu bakal lahir.Itulah ramalan saya.Makanya
dengan tujuan untuk eksen-eksen,ya sememangnya
melayu tidak boleh lepas daripada elemen eksen
dalam hidup
serta Dino bersetuju kami menukar nama dia
kepada C.D Jay…oh ya nama di dalam I.C
beliau ialah Sedi Bin Jantan..
“Abang aok tolong lah keh…bagi lah keh kerja”
“Keja mende?”
“Keje mende2 je la…kalau aok tolong keh,nanti di akhirat
orang yang baik dengan keh…aok lah yang tolong keh..”
Terlanjur dah sampai ke Lepih,saya rasa elok
juga rasanya PM mengziarah sedara kita ni.
Mudah-mudahan PM juga bakal mendapat
credit dari tuhan .C.D Jay ini jejaka keramat
Oh ya sepekara lagi saya lihat tandas
CD Jay tersangat uzur,pintunya roboh sudah.
Sewaktu qadarhajat barangkali dia cuma melindungi
bahgian malunya dengan baldi,tidak mungkin
dia tega menutup dengan tangan,itu menyukarkan
dia hendak merokok.Ramai perokok memaklumkan
pada saya merokok sewaktu membuang air besar
adalah masa paling nikmat…lupa pulak saya nak
bertanya pendapat Dick Tracy.
“Bapok sedare keh kejam abang…!!! Rumah pesaka tu
dia kunci..tak bagi keh duduk..keh terpaksa tido
di beranda jer lah”
Melihatkani habitat CD Jay,kita yang waras ni pun
akan menjadi gila…
“Keh nit tok sakit abang
“Tok..tapi aok kena rajin makn ubatlah”
“Tapi mok keh skit bang..kesian dia!”
Keh boleh belakun abang…keh bole bawok
watok hero macam Awie tu…keh peminat
Awie sebeno eh…lagu dia semua keh afal!”
Alamak!!! Dia tidak tahu menjadi artis itu
susah..silap haribulan sengsara.Pakaian
Glamour nak selalu digosok tak boleh lusuh.
Percuma saja nanti mental dia semakin
terbeban.Makin banyak ubat kena telan.
Kecuali..ya..kecuali kalau dia sanggup
bikin kilang dadah mini sendiri..
Malam itu saya tak lena tidor..terkenangkan
nasib bakal hero pilem melayu ni yang
terpaksa tidor di lantai simen bertemankan
agas dan nyamuk.Dia sering diketawakan
namun sengsara batinnya siapa yang tahu.
Sayang Salmah
