Wa amat setuju dengan pendapat mengatakan bahawa
sekolah tinggi sahaja tidak mungkin menjamin sesorang itu
boleh menjadi bijaksana dan berakal baik.
Terlebih dulu wa minta maaf, cerita kali ini bukan tujuan nak
mengumpat tetapi sekadar nak berkongsi pengalaman.Maka dengan
sebab itu nama2 watak dalam cerita ini ditukar,menjadi lebih
Glemer.Cerita ini memang ada kena mengena dengan mereka
yang masih bernyawa di muka bumi ini.Mereka ada lah proksi
Dewaair I di tempat saya meraih rezeki sekarang.
1.Jim Morisson
Si rebel melulu (rebel without a cause),hatta arahan Dewaair I
pun sering di sanggah.Penyokong tegar Barisan Alternatif yang
selalu jamak takyah akan sholatnya.Berusia 46tahun dan
sudah bermenantu tetapi awek masih keliling pinggang.
Bekas pegawai IT di sebuah syarikat telekomunikasi.
Dia memang rebel gilerrr,perangai ini makin jelas terserlah
tika dia nonton berita tv,terutama tv3.Ada je menda tak kena
dihati dia.Siap lah makin hamun sumpah seranah dia akan keluar,
terutama slot berita politik.Hingar bingar la telingga.
“Kiiiyamakkk yahudi ni,patut di hapus je dari dunia ni,bangso
jahanam botul,dapat kek den,den radak jo porut montori nyo.
Negaro2 arab ni pun 1,takut bonar ngan Amarika..bodoh..
*@%..#$#@”
Itu contoh maki hamun dia yang paling mild bila megadap
tv..sambil tu tangan dia dok asyik sibuk balas SMS
girlfren dengan mengunakan talipon jenama NOKIA.
Kalau dia tahu siapa di sebalik syarikat yang keluarkan
talipon NOKIA tu…barangkali di humban kot talipon siri N
dia tu…ha..ha..time gini wa masuk bilik baca buku lebih
aman,so dah lama wa tak tgk berita.
2.Mal Gibson
Sudah lama besara.Bekas kerani Bank.Beristerikan seorang
bomoh.Dia kawin janda,anak tiri pun dah besar2.Menurut
isteri beliau Mal Gibsson telah di kenakan ilmu guna-guna
oleh ibu kandungnya.Ilmu hitam ini macam akan
memuja-muja agar Mal selalu balik dan ingatkan ibunya.
Lantaran ilmu hitam ini Mal telah menjadi seorang yang
Absent minded.Wa doubt betul ke ibu dia macam tu.
Mal Gibson akan selalu menerjah wa dengan soalan yang
pelik2 dan berulang2.Kekadang wa menjadi amat rimas
dan juga kesian dengan dia.
8.30 am:
“Ubi…u rasa ada berapa ekor ikan lampam betina dlm kolam
ni?”
8.35 am:
“Ubi…Crocodile Hunter da mati kan?”
8.40 am:
“Ubi… u rasa ada berapa eko ikan lampam betina dlm kolam
ni?”
8.45 am:
“Ubi….Crocodile Hunter da mati kan?”
Emmmm…alahai sabo jer la…
3.Sean Pen.
Graduan lulusan L.A jurusan arkitek.Usia 40 thn.Bujang
Punyai personality monotonous, lurus dan sehala.
DewaairI: Sean ikan Kerai ni kena jangkitan,air
dalam kolam tile dah ada Bactria…so u
amik garam 11kilo masukan dalam kolam
ni.
(Dari awal dah wa ingatkan supaya pindahkan ikan2 tu semenjak
ada construction works kat situ tetapi Dewaair I buat tak endah,
so dia tokey wa ve no say..ha..ha..)
Dewaair I: So u cuba rasa air tu Sean,masin tak?Kalau belum
Tambah lagi setengah baldi,tapi make sure jagan
Sampai masin macam air laut pulak.
(Wa terkejut lihat si Sean betul-betul merasa air kolam ikan Kerai
tu,gluppsss,yulkkkkk….air kolam tu for sure dah bekeladak dengan
taik ikan…alamak bodo makan taik betul dia ni..main pakai ikut je
Arahan si DewaairI yang celaru tu..ha..ha..)
Sean: I rasa masin dia dah cukup lah
(Muka dia selambe land je…perghhh)
Macam-macam ragam hidup ni….