Showing posts with label pilem epik. Show all posts
Showing posts with label pilem epik. Show all posts

Monday, October 4, 2010

Magika Bhg 1






Atas nama ibu maka segala kehebatan akan menyertainya
Para remaja Negara 1 wajiblah kalian bersyukur kerana
mempunyai Sang ibu yang hebat ini.
Arakian Ibu Sanggul Siput Longgok atau nama
begelarnya:
"Ibu Agong Sanggul Siput Longgok Payudara Besar Gunungan Ombak."

Demi kasihnya kepada remaja2 di dalam Negara 1 maka
berangkatlah beliau ke negeri jauh,negeri di atas angin.
Di negara orang yang mendakwa diri mereka berasal dari titisan
kera gua, sang ibu mengandu nasib mencari geliga penawar bagi
penyakit sosial yang melanda remaja Negara 1.Mendambakan
penawar bagaimana menjaga ibu remaja supaya tidak membuang
sepah anak-anak tidak sah taraf.

Gelojak nafsu remaja usahlah di bendong,Ibu sangat mengerti akan
kehendak jiwa remaja yang gemar berfoya,maka itu di dalam ini
negara pesta suka-suka selalu diraya,berlaga pusat amalan biasa
orang muda

DOSA?!..BALA?! itu usahlah di ambil kira
nanti ibu akan kerahkan ustaz pentas perdana berdoa dan negotiate
sama tuhan...
Sementara itu anak-anak semua teruskan saja pesta suka-suka kamu
tunggu lah kepulangan ibu membawa ulas geliga penawar dari Indera Brussel

Bersambung

Wednesday, April 21, 2010

Mummy Return





Senaskah buku kumpulan puisi Pak Samad
dan sebuah lagu lirik wa..
adalah buah tangan cenderahati dari Meor
In return wa tak membalas apa2..
Ha..ha..ha..badwi bukit sungguh..
rugged semendang je wa,ni..
tidak pandai untuk berbahasa basi..langsung
Sori bro...ha..ha..ha..

Malam di lembah Firaun itu hujan turun
tersangat lebat...namun dinggin hawa
aircon wa tidak betah..ditambah pula
oleh aroma asap bernakotin,menyesakan
paru-paru dan memedihkan biji mata wa..
memang badwi bukit sejati wa..

Rimas,wa tinggalkan pembaringan empuk
mengheret selimut wa, pindah ke lantai.
Lebih enak di sini..Bukan wa orang yang
zuhud..tetapi wa teringatkan CD Jay...
sebagai seorang kawan tidak elok wa
terlalu leka dengan keselesaan,sedangkan
di sana CD Jay..tidurnya bertempias hujan.

Bagi mendapatkan mood untuk berdengkur
wa kenangkan Pan berbaring di sisi..
mamat ni sebelum lena dia membaca doa tido..
kemudian merangkul wa..dan becerita sebelum
lena...

"Uncle...monyet jahat..dia bawak lari
penutup botol susu adik...sekarang adik
dah tak bole nak milked..!!


"Tak pe lah..adik dah besar...adik kena
stop milked da...bagi chance anak monyet
tu pulak nak milked..."

zzzzzzzzzz....zzzzzz...

Dalam mimpi wa malam itu wa lihat
khadam-khadam istana mesir purba sibuk
meniup nafiri.
Cleoptra sibuk bertitah dalam bahasa hebrew.
sepatah haram wa tak faham.

Lantaran tak reti bahasa,wa telah disumpah
menjadi gagak hitam.Lalu wa terbang ke lembah.