Showing posts with label pilem fantasi. Show all posts
Showing posts with label pilem fantasi. Show all posts

Monday, April 5, 2010

Si Gondrong


Dia menghayunkan langkahnya dengan goyah

serta terumbang ambing

Menelusuri lorong yang gelap suram itu.

Kepalanya amat meberat lantaran

kemabukan alcohol ditambahi tebal dan

kusut rambut gondrongnya


Setiba pada 1 tong sampah,dia berhenti,lalu

menyenglonkar isi kandungan

tong tersebut.Reje-reje dan sisa makanan

yang terbuag dia kutip dan himpun.

Hasil kutipannya itu dia bawa pingiran longkang

pada tembok dinding batu dia menyandarkan

sambill duduk melunjurkan kaki.Sisa makanan yang

dikutip mula dia memamah,kunyah-kunyah

dengan nafsu selera yang amat.

Dia menelan tanpa rasa jijik dan geli.Telah lama

dia mepersetankan rasa

mual sebagaimana layaknya manusia “normal”.

Segala masam dan hanyir telah sebati dengan hidupnya.

Bau-bau masam dan tengik telah mejadi

pakaian basahan riwayat dia.


Matanya tertangkap pada satu gumpalan

kertas royok terbuang kira2 sehasta dari kanannya.

Kertas itu dicapai,pandangan tertumpu pada

tulisan di kertas nan itu.Awalnya perlahan namun

terus meninggi kemudian menjadi keras suaranya

yang dihambur keluar melalui mulut berlejehkan

air liur pelat likat.


“Arggghhh,,,,siapa aku di mata kamu..

Aku tidak peduli hiraukan lagi…

Aku lelaki warga lorongan gelap..

Biarpun terbiar membuang diri…

Tetapi aku juga ada nafas yang keluar masuk..

Aku ini juga dari DIA…akan kepada DIA

Arggghhhhhh……!!!!


Usai raugan itu,nafasnya pun terhenti.

Sejenak kemudian beberapa induk tikus

mula mendekat megerumuni jasadnya,

sedikit-sedikt Sang tikus mengigit dan mencarik-carik

kepingan daging dari jasad si lelaki gelandangan itu

Kini tidak bisa kedengaran lagi jerit teriaknya.


Pada keesukan harinya seorang bayi terbuang

ditemui di longgokan sampah sarap

yang berserakan.

Wednesday, December 30, 2009

MATRIX


CUT TO

EXT:

KOTA FUTURISTIK

MASA:

SIANG

VISUAL:

SEORANG LELAKI 53THAUN BERPAKAIAN SERBA PUTIH

DUDUK DI SEBUAH BANGKU REHAT DALAM SEBUAH TAMAN BUNGA.

WAJAHNYA TENANG MEMERHATI GELAGAT MANUSIA

MANUSIA KOTA RAYA DI SEKELILING NYA.

BERANIKA RAGAM DAN GAYA

SEORANG REMAJA LELAKI DI SEBELAHNYA 17TAHUN

BERBAJU T WARNA TERANG BERHIASKAN LUKISAN

GRAFIK DENGAN SLOGAN

‘SAVE OUR EARTH'

ANAK REMAJA ITU BERSUARA KEPADA LELAKI TUA


PAN:
“UNCLE INI KOTA RAYA…UNCLE JANGAN TERLALU

PERCAYA SANGAT DENGAN MANUSIANYA…

DI KAMPUNG BAGUN PAGI ORANG PIKIR CAMANA NAK CARI MAKAN

DI SINI BANGUN BAGI ORANG PIKIR NAK CARI SIAPA UNTUK DIMAKAN.

JANGAN PERCAYA SANGAT DENGAN MANUSIA DI SINI UNCLE"


JANA KHATIB JR:

"KALAU DUNIA INI SUDAH HILANG NILAI KEMANUSIANNYA..

BIARLAH KITA MENEGAKANNYA KEMBALI…

HILANGKAN PRASANGAKA BURUK DALAM DIRI..

BIARPUN TERKORBAN KEBAIKAN WAJAR DI PERTAHANKAN."


PAN:

"HATI-HATI UNCLE

JANGAN TERLALU IDEALISTIK..

ORANG MUNGKIN SUKA KALAU KITA BAIK

TAPI TIDAK MUDAH UNTUK MEREKA

MEMBERI HURMAT…

KEIKLASAN CUMA MAINAN KATA DI BIBIR

BAGI MENCAPAI MAKSUD TERSIRAT

ITU AMALAN WARGA BANYAK DI SINI.."


JANA KHATIB JR:

(KETAWA)

"BIARLAH ANAKKU..JAGAN DI BALAS KEBURUKAN

DENGAN KEBURUKAN

KELAK KITA PUN SAMA RENDAH NILAINYA

DENGAN YANG BANYAK.

KEBAIKAN LAH JUGA YANG BERMUTIARA AKHIRNYA."


TIBA-TIBA SATU LEDAKAN BUNYI TEMBAKAN KEDENGARAN

DADA JANA KHATIB JR DITEMBUSI PELURU EMAS.

DARAH PUTIH TERPANCUT KELUAR DARI LIANG LUKA.

SEBELUM REBAH KEBUMI TUBUHNYA GHAIB

PAN TERKEJUT MELIHAT KEJADIAN.DALAM KEKALUTAN

DIA BETERIAK;


PAN:

"UNCLE…UNCLE…JANGAN TINGGALKAN PAN…!!!”


FADE TO;

JENAZAH JANA KHATIB JR TERDAMPAR DI SUATU DAERAH PENDALAMAN

YANG MEMPUNYAI BATU PENANDA ‘0’


CUT TO

EXT;

KUALA LUMPUR

TAHUN 2010

MASA;

SENJA

VISUAL:

SEORANG WANITA BERUSIA 46 TAHUN.MEMANDU KERETA

PULANG DARI PEJABAT.TERPERANGKAP DALAM

KESESAKAN JALANRAYA BERHAMPIRAN BATU CAVE.

BAGI MEREDAKAN KETEGANGAN DIA MEMBUKA

RADIO,MENCARI SIARAN KELASIK NASIONAL.

TIBA-TIBA DARI CORONG RADIOA DIA TERDENGAR.


RADIO:

"..TOLONG SAMPAIKAN PADA PAN BAHAWA UNCLE NYA

AKAN TETAP MERINDUI NYA HATTA SAMPAI

….BEBAN RINDU DIBAWA KE SYURGA.”


END

Tuesday, November 17, 2009

Twilight zone


Apakata kalau cerita ini di jadikan kisah sebenar
yang terjadi kepada anda.
Misalkan saja watak anda ini merupakan seorang model.
Model yang amat Ngetop di kota metropolitan
Kehidupan anda disalut kemewahan dan
gelamour.Baik saya mulakan kisah anda itu begini…..

Ext:
Kamar tidur sebuah apartment mewah.
Jam 4.30 pagi.

Visual:
Anda baru pulang ke rumah,
selepas usai aktiviti hari libur anda.Clubbing.
Kepala sedikit memberat akibat pengaruh alcohol.
Anda mabuk..issshhh apa kelas mabuk
Cuma sedikit high..ya high ungkapan itu baru nampak trendy
sesuai dengan gaya hidup sebagai orang urban.
Di kamar sebaik saja selesai menghidupkan Aircon
Anda pun merebahkan badan di katil tanpa kalut2
hendak menyalin pakaian.

(zaappp skin layar gelap)

CUT TO

Commercial:
Potong…potong…pot..tong..pooo…tong
Apahal SPR kena buat rayuan atas
keputusan mahkamah?
Betul2 sarkas daaaa!!!!!!

CUT TO

Ext:
Hutan belantara Congo

Visual:
Ditengah2 hutan hujan tropika Congo,
bila anda membuka mata tiba2 anda mendapati
diri berada di situ.Anda berada di dalam tawan
Gerila pemberontak.Anda mengonyoh mata beberapa kali
serta menapar nampar pipi..tidak anda tidak bermimpi.
Pihak pemberontak tengah melahap daging Silver back gorilla.
Perut anda berasa mual dan tekak meloya.
Anda cuba protes!
percuma tingkah anda cuma jadi bahan
lawak kepada gerombolan pemberontak tu.
Sekoyong–koyong tawan di sebelah anda
diseret oleh para seldadu.
Tawan itu di bawa ke pinggir sebuah lubang
yang baru siap digali.
Di situ sitawan telah disembelih lehernya hidup2.
Menyaksikan peristiwa itu,membuatkan seluruh anggota
anda mengeletar.
Air suam tiba-tiba terasa membasah di celah kangkang.

ANDA: Yaaaaa…aaa..a…ALLAHHHHH..
Seseeeseeeee…selamatkan…lah..aku…

Itulah pertama kali semenjak anda akil baligh menyeru
nama Khaliq.Selama ini Allah telah lama anda lupakan.
Sekarang apakah yang anda takutkan?
Sang penyembelih sadis itu?...Ngilu parang tajam?
Maut?...
Apa2 pun saya serahkan cerita ini kembali kepada anda
Kerana ini kisah anda…ha..ha..ha

END