Monday, December 22, 2008

Semalam Di Malaya


Dia anak muda yang merantau dari negeri seberang.25 tahun umurnya

Pada usia putri sulungnya baru berusia 3 bulan dia telah berpergian

meninggalkan mereka demi meraih rezeki di Malaya ini.

Lewat telepon kelmarin kini putrinya sudah agak petah bebicara

bertanyakan kapan ayahnya akan pulang dan minta di belikan

boneka sebagai ole-ole.


Seterusnya saya akan melangsungkan cerita ini di dalam

Bahasa Indonesia semampu yang mungkin,kerna ianya bisa

memberi impak yang agak berkesan bagi anda insyallah.

Cerita ini saya kutip dari mulut beliau sendiri,sewaktu-waktu

masa tenggang rehat kami setelah lelah membersihkan kolam2

ternakan para dewa air.Karman berkerja sebagai gembala ternakan

di sini dan beliau di bawah pengawasan saya.Saya adalah pengantara

antara dia dengan para-para dewa air itu.


“Kira-kira anak saya itu telah pun berusia 1 tahun 6 bulan sekarang

bang…aduh sebak dada saya bang mendengar desir suara nya…

rindu amat saya pada dia dan ibunya”


Saya pun jadi teramat rindu dengan Pan.


Asyik mencari rezeki saya udah hilang punca untuk menghitung

hari..kiranya masa kok berlalu demikian pantas…Bang perjalanan

Idup saya amat jerih,sewaktu saya mula-mula tiba di sini..tokey

saya sedikit terlewat mengambil saya,lantas saya di tangkap lalu

di kurung di pusat tahanan selama 1 minggu.Hidup saya di situ

bang amat getir,usahkan di beri makan secukupnya di beri minum

pun tidak…saya sudah seakan dapat mecium ajal saya di situ.

Alhamdullilah kiranya tuhan masih sayangkan saya serta anak isteri

saya,selang 1 minggu berlalu tokey saya datang menjemput.

Di saat saya bisa menyedut nafas bebas kembali,saya airmata saya

menitis bang.


Karman cuma menamatkan pengajiannya sekadar SMA,lantaran

biaya ke universitas orang tuanya tidak mampu..lelaki Jawa Tengah

ini saya lihat memang kental jiwanya,masakan tidak kerna dia pernah

terlibat menghimpun ratusan mayat sewaktu kampong2

behampiran kacamatan nya di landa Tsunami.


Seluruh penduduk mati bang,sekelip mata ilang segala.

Anak kecil, remaja sampei yang tua2 bahkan ternakan gelimpangan

musnah berserak…betul2 seakan qiamat dunia bang.Sedih bener.

Suatu yang tak bisa saya lupa kan ada sepasang mayat yang masih

melekat tubuh mereka dalam keadaan jelek sih,saya khuatir

pasangan itu mungkin sedang bezina…nauzubillah…


Kapan kamu mau pulang Man?


Belum pasti bang,tergantung kepada pnghasilannya saya di sini

Insyaalah jika ada rejeki lebaran ini tahun saya kepingin sekali

merayakannya bersama anak isteri bang.


Insyallah Man,perbanyakan doa kamu.

Monday, December 8, 2008

The day after tommrow



Tidak untuk menafikan berlakunya bencana itu adalah atas iradatNya
Sang Maha Esa.Tetapi ketololan kamu lah yang menjadi penyumbang.
Ketololan yang ulang berulang telah membuahkan kejadian itu.Maka
terjadilah pesta maut tersebut pada detik 4pagi 6hb Dis.Maka kita pun
segera mengaitkan Disember sebagai bulan tragedi.
Tolol memang tolo sungguh.

Apa lagi yang dapat saya katakan... memaki hamun telah kerap
saya lakukandan ianya telah amat melelahkan.Barangkali elok saja
sempena hariraya Aidiadha ini saya terus saja sampaikan salam tahniah.
Ya tahniah kerana tolol yang kamu ulangi itu telah sekali
lagi menghasilkan buah hiba.

Kerana kamu gemar bermegah di ruang mewah,maka ada yang
menjadi korban terhimpit bergelut payah.Di tapak pesta maut ini bapak-bapak
menteri bagai biasa akan melolongkan ayat klise

"Hentikan dan haramkan segera segala Projek Tanah Tinggi"

Siapa mahu dengar dan pakai cakap Pak menteri itu...? Cakap mereka
tak boleh pakai sebab mereka selalu cakap terbalik.Sebenarnya mereka
perlukan Pesta tragedi sedemikian untuk mereka meraih populariti.
Cakap-cakap dogeng mereka ini pasti akan kita dengar kembali di pesta
maut yang mendatang.Percaya lah cakap saya.Semua itu wayang sarkas.

Terlanjur bicara pasal wayang,disini saya ingin maklumkan bahawa
Paradise Theater tidak mampu untuk menayangkan Pilem2 baru sekerap selalu.
Saya si pemilik panggung kini berkelana ke negara kayangan milik dewa2 air.
Di sana padang pemburuan rezeki terkini saya.Kehidupan glamour
bersama-sama bunian dan zombie2 Taman Kayusuci akan
beransur-ansur saya pinggirkan.Bersama dewa-dewa air saya akan
mengembala masser ternakan mereka.Bagaimana pun saya bersyukur
kerana masih di jalur pencarian rezeki bersama-sama kelompok naturelist
Musykil nya di Tanah Kayangan ini agak sukar untuk saya mengapai sesawang
maya,maka yang demikan itu penyebab yang menyulitkan saya untuk
menayangkan pilem-pilem baru.Selamat Hari Raya Aidiladha kepada anda semua.