Catatan ini akan berbentuk Chronicle kisahnya.
Mudah-mudahan anda tidak akan jemu.
Bermulanya kisah, saya di minta oleh pihak UNDP bahagian
Pembangunan Taman Laut untuk sama beserta Team
Xplorasi RTM menjayakan pengambaran rancangan itu di
Pulau Redang,Trengganu.
Kelaziman bermusafir secara Backpacker telah agak lama
tidak saya lakukan.Namun kegiatan itu bagaikan badi
yang telah melekat di jiwa saya.Pada kesempatan yang ini
semangat cinta lama itu saya nyalakan kembali asyiknya.
Beg di galas langkah di ayun..cool beb….
16hb Jun 09
Perggghhh..ini hari tren betul2 tepat pada waktu,sedang elok
saya dapatkan tiket ke Mentakab,train pun sampai.12tgh hari.
Hari yang panas,di luar tingkap pemandangan nya terik
berbahang menyilau mata.Makanya perjalanan ini agak bosan.
Pejam mata tido.
Mentakab di restoran kenalan saya Abg Dollah,saya makan nasi
berlaukan masakan Pahang citarasa Indon.Saya tak salahkan
Abang Dollah barangkali dia amat sibuk bersama beruang dia
SiMuda dan rusa2nya di Kuala Gandah,maka terpaksa dia
mengunakan tenaga kerja orang dari seberang di restoran beliau.
Barangkali kerana jam sudah 2.15 ptg tentu saja perut saya kelaparan
jadinya santapan itu mampu juga saya habiskan.Terus terang
masakan neng2 dari indon itu tidak serasi dengan tembolok
saya.Biarpun biasanya saya tak begitu cerewet dlm bab makan.
Belas dengan seorang pemandu teksi yang mengantuk menanti
pelangan saya mengambil keputusan menyewa teksi beliau
dengan kadar rm 10 untuk ke Temerloh.
“Susah bang,la ni nak dapat penumpang…orang da bekereta
belaka…tambah pulok perebet sapu pun melambok…!!”
“Bersyukurlah kerana tuhan masih menyediakan kamu dengan
watak2 orang seperti saya.Watak orang yang tak mampu
bekereta.Melalui watak itu jalur rezeki kamu” saya sekadar
bermonolog…saya tahu pemandu teksi itu sukar untuk faham
bab2 hakikat..ha..ha..ha.
bersambung