Wednesday, December 30, 2009

MATRIX


CUT TO

EXT:

KOTA FUTURISTIK

MASA:

SIANG

VISUAL:

SEORANG LELAKI 53THAUN BERPAKAIAN SERBA PUTIH

DUDUK DI SEBUAH BANGKU REHAT DALAM SEBUAH TAMAN BUNGA.

WAJAHNYA TENANG MEMERHATI GELAGAT MANUSIA

MANUSIA KOTA RAYA DI SEKELILING NYA.

BERANIKA RAGAM DAN GAYA

SEORANG REMAJA LELAKI DI SEBELAHNYA 17TAHUN

BERBAJU T WARNA TERANG BERHIASKAN LUKISAN

GRAFIK DENGAN SLOGAN

‘SAVE OUR EARTH'

ANAK REMAJA ITU BERSUARA KEPADA LELAKI TUA


PAN:
“UNCLE INI KOTA RAYA…UNCLE JANGAN TERLALU

PERCAYA SANGAT DENGAN MANUSIANYA…

DI KAMPUNG BAGUN PAGI ORANG PIKIR CAMANA NAK CARI MAKAN

DI SINI BANGUN BAGI ORANG PIKIR NAK CARI SIAPA UNTUK DIMAKAN.

JANGAN PERCAYA SANGAT DENGAN MANUSIA DI SINI UNCLE"


JANA KHATIB JR:

"KALAU DUNIA INI SUDAH HILANG NILAI KEMANUSIANNYA..

BIARLAH KITA MENEGAKANNYA KEMBALI…

HILANGKAN PRASANGAKA BURUK DALAM DIRI..

BIARPUN TERKORBAN KEBAIKAN WAJAR DI PERTAHANKAN."


PAN:

"HATI-HATI UNCLE

JANGAN TERLALU IDEALISTIK..

ORANG MUNGKIN SUKA KALAU KITA BAIK

TAPI TIDAK MUDAH UNTUK MEREKA

MEMBERI HURMAT…

KEIKLASAN CUMA MAINAN KATA DI BIBIR

BAGI MENCAPAI MAKSUD TERSIRAT

ITU AMALAN WARGA BANYAK DI SINI.."


JANA KHATIB JR:

(KETAWA)

"BIARLAH ANAKKU..JAGAN DI BALAS KEBURUKAN

DENGAN KEBURUKAN

KELAK KITA PUN SAMA RENDAH NILAINYA

DENGAN YANG BANYAK.

KEBAIKAN LAH JUGA YANG BERMUTIARA AKHIRNYA."


TIBA-TIBA SATU LEDAKAN BUNYI TEMBAKAN KEDENGARAN

DADA JANA KHATIB JR DITEMBUSI PELURU EMAS.

DARAH PUTIH TERPANCUT KELUAR DARI LIANG LUKA.

SEBELUM REBAH KEBUMI TUBUHNYA GHAIB

PAN TERKEJUT MELIHAT KEJADIAN.DALAM KEKALUTAN

DIA BETERIAK;


PAN:

"UNCLE…UNCLE…JANGAN TINGGALKAN PAN…!!!”


FADE TO;

JENAZAH JANA KHATIB JR TERDAMPAR DI SUATU DAERAH PENDALAMAN

YANG MEMPUNYAI BATU PENANDA ‘0’


CUT TO

EXT;

KUALA LUMPUR

TAHUN 2010

MASA;

SENJA

VISUAL:

SEORANG WANITA BERUSIA 46 TAHUN.MEMANDU KERETA

PULANG DARI PEJABAT.TERPERANGKAP DALAM

KESESAKAN JALANRAYA BERHAMPIRAN BATU CAVE.

BAGI MEREDAKAN KETEGANGAN DIA MEMBUKA

RADIO,MENCARI SIARAN KELASIK NASIONAL.

TIBA-TIBA DARI CORONG RADIOA DIA TERDENGAR.


RADIO:

"..TOLONG SAMPAIKAN PADA PAN BAHAWA UNCLE NYA

AKAN TETAP MERINDUI NYA HATTA SAMPAI

….BEBAN RINDU DIBAWA KE SYURGA.”


END

Wednesday, December 16, 2009

Basic Instinct



Dalam pemerhatian saya kelazimannya
si pemilik nama MOKHTAR ini
gagah-gagah orangnya.

contoh....Mokthar komando,Mokthar Dahari
dan paling hebat Omar Mokthar...

Kalau benar apa yang diheboh2kan
maka padan lah dia..berhajat,tenaga gagah,ringgit tak kurang
hubaya...hubaya...handalnya dia..
maklumlah orang lama

Dulu Bung sekarang Bang...
handal dia mendayung menongkah gelombang
kalau tak masakan berhajat dia
yang hendak dikayuh bukan sebarang kolek
koleknya molek lagi lentek.
silap ongek lutut lembek

mendayung biar sampai
jangan kepalang hajat
nafsu ada tenaga kurang
biarlah lesung tembus antan tak patah.
gambir serawak jagan dipapah
pantai tak jejak badan yang punah.

ada duit jadi belaka
umur tak pernah menjadi bangka
ular lidi menjadi naga
meloncat mengeletek
si ulat nangka..

p.s orang2 tua taraf marhaen macam saya ni
daripada meleleh airliur mendegarkan kisah
mokhtar gagah elok lah kita baca PDK..ha..ha..ha.