Wednesday, December 16, 2009

Basic Instinct



Dalam pemerhatian saya kelazimannya
si pemilik nama MOKHTAR ini
gagah-gagah orangnya.

contoh....Mokthar komando,Mokthar Dahari
dan paling hebat Omar Mokthar...

Kalau benar apa yang diheboh2kan
maka padan lah dia..berhajat,tenaga gagah,ringgit tak kurang
hubaya...hubaya...handalnya dia..
maklumlah orang lama

Dulu Bung sekarang Bang...
handal dia mendayung menongkah gelombang
kalau tak masakan berhajat dia
yang hendak dikayuh bukan sebarang kolek
koleknya molek lagi lentek.
silap ongek lutut lembek

mendayung biar sampai
jangan kepalang hajat
nafsu ada tenaga kurang
biarlah lesung tembus antan tak patah.
gambir serawak jagan dipapah
pantai tak jejak badan yang punah.

ada duit jadi belaka
umur tak pernah menjadi bangka
ular lidi menjadi naga
meloncat mengeletek
si ulat nangka..

p.s orang2 tua taraf marhaen macam saya ni
daripada meleleh airliur mendegarkan kisah
mokhtar gagah elok lah kita baca PDK..ha..ha..ha.




15 comments:

Pengembara silam, said...

Bete kate aok tu ubi..antan bio gagah,jangan patoh sebelum berhujah..

WanBeruas said...

..baca PDK? Aje bebenonye wehh..he he..

p/s Bang Mokh..Memandu nafsu atau nafsu yang memandu?..

jawa peranakan said...

kena-batangan

akiart said...

pompuan cantik memang slalu dpt jodoh lelaki hodoh

Hashim Zabidi said...

Saya terkenang ke sebuah pantun jaman muda-muda dulu dalam lagu serampang laut:

sayang cik akak memotong timun,
pisau ada kepada kita,
hamba tak takut angin dan ribut,
pedoman ada kepada kita.

selamat berjuang bung mokhtar, habis-habisan....

jawa peranakan said...

gua pun gagah bro.. sekali makan 5 pinggan..

Weed and Bandages said...

good one!

hahahhaa..shahdu saja baca

INTAN RH said...

dulu kat ofis koi ada sorang pengawal keselamatan nm Mokhtar tp tak gagah dan tak kuat, malahan penakut lg.

;p

ubilepih said...

1)Pgmbara silam...kita pakat jual ubi jage kat dia nok..

2)moga dia tak sesak nafas sewaktu memandu nafsu..ahak.ahak

3)Ya pak biar sampai perabis semua..ha..ha..

4)Weed..:)

5)JP yeah wa tau..ha..ha:)

6)intan ha..ha..ha..barangkali kekuatan moktar itu tersembunyi..atau maybe dia kuat temberang..

Anonymous said...

tertarik dgn kata2 "wanita cantik selalu dpt lelaki hodoh".huhuhu.
p.c.

ubilepih said...

akiart...kita amik bung moktar belakun nak watak org asli ahak..ahak..

benludin said...

hubaya
huganyut

Pyanhabib said...

bung mokhtar mp kinabatangan.
`kena-batangan,' kata jawa peranakan. keh keh keh!
(gua tumpang gelak udah le!)

benludin said...

muka encik bang mokhtar tu sebijik mcm michael douglas.

yg bezanya ialah michael tu lebih bersopan bila berckp..

benludin said...

tahun depan laki bini tu akan masuk 'sehati berdansa'