Tuesday, October 28, 2008

Almost Famous


Cast: Al Ubino

Director: Ben Ludin

Script: Ubilepih

Soundtrack: Meor


Ngomelan wa ini agak bersifat peribadi.Rasa teruja menyelinap

di segenap jiwa.Masa kan tidak..!!!,bilamana hasil nukilan telah

disisipkan dicelah barisan nama besar lagi gah seperti Pyan

Dollah Jones,Hishammuddin serta Black.

Meor telah sudi melagukan Raungan Anak Belantara ( klik untuk dengar lagu) dalam irama

kesukaan.Lirik itu terhasil dari rasa radang wa bila terbaca tentang

gadis2 Penan rakus di perkosa oleh penjarah2 alam.Dalam

masa kurang lebih 20minit rasa radang itu tercurah kehelaian

Microsoft Word.Tiada sangka tiada duga hasilan yang wa kirakan

begitu naïf serta mentah dapat di garap menjadi blues yang indah.

Memang Meor amat setia dan jujur dengan kerjanya.Atas nama

kejujuran jua maka itu wa amat bersenang hati menyalurkan

lirik tersebut kepada beliau.Bagi wa hanya melalui mereka yang

jujur sahaja segala maksud akan sampai.

Sejujurnya wa katakan bahawa tidak mungkin wa akan

salurkan lirik itu kepada mereka yang berada di persada

Glamour.Itu bukan ruangnya untuk wa.Pertama kebarangkalian

yang amat besar lirik wa akan memasuki bakul sampah,dengan

alasan tidak boleh bikin duit.Kedua mereka akan memporak

perandakan lirik itu.Tidak tega wa jika lirik itu di dangdutkan.

Irama dangdut yang akhirnya akan menghiasi rumah2 dangdut

di kota besejarah.Dangdut yang lucah menghiburkan badut2

beperut gendut ketika meratah kekacang anak bangsa sendiri.

Itu yang wa maksudkan dengan tak sampai.Wa tidak

mahu hasil otak genius wa di bangsatkan seperti pangkat

anugerah “Datuk”.Itu Pariaaaaa namanya.

Juga wa seram dengan lampu glamour yang menyilau.

Silauan nya berbisa boleh bikin orang alpa.Lebih selamat

Wa tengok kilauan kepala Ben je.Kerana wa lelaki stoneage

wa juga khuatir jika lirik itu terlepas ke kumpulan anak2

newage,seperti kumpulan Bar2Play,walaupun kumpulan

itu masih teperap dalam kotak studio satira Dollah Jones.

Kalau kumpulan ini betul2 muncul nanti punah ranah kita.

mereka ini adalah laskar-laskar dajal barangkali.

Kapada kamu orang2 jujur,yang selalu masuk panggung wa

di sini wa beseru,bila nanti album Meor sudah keluar

lu orang beli lah yang ori,lu orang bole oder terus dari

dia sendiri.Daripada lu orang terus2 layan lagu CT,baik

sesekali lu orang lucutkan diri dari mende2 yang skima

itu,belajarlah untuk jadi genius seperti kami.Jangan

jadi orang yang Membenarkan Kebodohan…ha ini

pun satu lagi lagu Meor lirik oleh Dollah Jones.

Lu orang kena layan lagu2 gini,meskipun nanti

lu orang akan di anggap kumpulan Jebat,apa salahnya

kita ni kan orang2 yang hebat…ha..ha..ha…

Bro Meor terima kasih daun keladi

Lain projek kita bikin lagi….kkih..kih..kih

Friday, October 24, 2008

Coming soon: SERPICO


CAST:
Al Ubino
- Frank Serpico
Jawa Peranakan
- Bob Blair
Ben Ludin
- Tom Keough
Intan
- Leslie




Production Credits:
En.Kamrul
- Director
Din Public
- Producer
Aji Don
- Book Author
Lan Benta
- Book Author
Din Ketor
- Screenwriter
AdiZakat
- Screenwriter


Plot Synopsisby Lucia Bo


Dalam sejarah pilem Boleland tidak penah watak polis di gambarkan sebagai orang jahat.Ianya taboo di dalam negara Boleland.Pilem2 cerita polis mesti tunjuk polis baik macam Malikat.
Semua mesti sebaik polis-polis dalam drama Gelak Khas.Begitu juga dengan Serpico
beliau ada lah watak polis yang baik macam wali.Jangan sampai anda lupa untuk menonton pilem yang bakal memecahkan kotak pejabat ini.

Utusan Meloya: Pilem cerita polis terhebat yang pernah di hasilkan oleh
pengarah yang hebat.



Majalah Wanita
: Hero nya awwwwww...handsome nya!!!!
wajib tonton 100X



Majalah Pancing
: Joran dalam pilem ini panjang-panjang

Majalah Pauh: Tergoda dengan Misai Serpico...lelaki paling sexy seMalaya

Majalah Al Selam: Di jamin tiada adengan ranjang dalam pilem ini...boleh bawa
nenek umur 80thn untuk menonton bersama


p/s: Setelah menonton pilem ini tolong bagi berapa bintang untuknya.

Monday, October 20, 2008

The Mummy


Padang pemburuan Taman Kayusuci.Aku duduk menyembang
dengan anak2 Bunian yang asyik menonton talibising.
Saluran macam2 ada itu masih dengan mood raya nya meski pun
hari ini telah 15 Shawal.Siaran yang dihidangkan masih lagi
lagu2 raya dengan lawak2 bodoh raya.Kalau bab pesta orang
melayu memang 1st class.

Di layar kaca aku melihat seorang artis wanita yang telah menjadi
anak patong sedang gelek2 gedik2 menyanyikan lagu raya.
Beliau tersohor sebagai artis wanita yang besuara sengau.
Sebelum memiliki rupaparas seperti anak patong si artis
terlebih dahulu telah melakukan proses memumiakan tubuh nya,
sebagai langkah mengelak proses pereputan berlaku keatas diri beliau.
Hollywood sengaja bikin propoganda mengambarkan Mumia sebagai
makhluk seram,sebenarnya tidak.Mumia adalah ilmu teknologi Mesir
kuno,teknologi mengawet tubuh.

Jadinya kepada kaum wanita kalau hendak menjadi “Lawa” seperti
penyanyi anak patong itu,saya sarankan eloklah anda memgambil
langkah yang sama,ia itu mumiakan lah diri anda.Terutama kepada
wanita2 yang tubuh mereka sudah mula di cambahi ketulan2 daging
Bugger.Balutlah tubuh anda dengan benkong mumia selama 30 hari
dan jangan lupa masukan sekali herba2 Botox ke setiap liang2
roma anda.Fungsi herba2 Botox ini ialah untuk mereninkan tubuh
anda yang mana sudah mula mengelebeh.InsyAllah kalau anda
betul2 mengikut petuanya pada hari ke31 setelah bengkong di buka
diri anda akan betukar menjadi anak patong yang merenin bak belon.
pasti sexy.Istimewanya bila anda sudah menjadi anak patong,anda
boleh memakai title Akak sampai akhir usia.Contoh jika
sekarang umur anda 57thn dan sedang berbual dengan gadis 12thn
anda dengan selesa dapat membahasakan diri anda akak dengan
budak tu. So anda akan jadi Kak Nita,Kak Pah,Kak Intan,Kak Kaca
Kak Nina,Kak Nat sampai bila2.Phiiiiwiiiittt

Satu lagi petua untuk mendapat bibir tebal ikan emas yang sexy,
konunnya si artis suara sengau ini tidak akan memakan
‘Pisang’berkupas kulit.Aku rasa ianya benar,sejauh pengetahuan aku,
beliau belum pernah pun merasa ‘Pisang’ berkupas.

Tapi awas kalau anda sudah menjadi anak patong,jangan cuba goda
lelaki nature lover macam aku, kerana kami tidak suka bunga
plastik dan kami takut bercumbu dengan Patong Cendana…ha..ha

Kepada anda kaum lelaki pula kalau nak manco macam aku,
kau orang jangan sesekali megunakan satu jenama syampoo
yang selalu di war2kan kat talibising itu.Sebab menurutnya
jika kelimumur anda sudah hilang,kotak fikir anda akan terisi
cuma dengan image wanita sexy dan kereta sukan.Itu jalan
hidup yang bukan2…takkan kepala yang sedemikian nak dibawa
mengadap tuhan.

Friday, October 10, 2008

Ghaib


Mulai esok panggung ini akan tutup buat seketika...bukan gua jeles sebab pelakun Hindi tu tetiba dapat pangkat Dato...tidak sama sekali...tapi gua heran gak pelakun benua Keling itu boleh dapat darjah kebesaran Tanah Jawi ni...mungkin dia ada titis darah keturunan Parameswara...maaflah gua tidak maklum akan hal itu...gua sekadar rakyat jelata yg naif.
Lagi mengherankan atuk Mat Kilau,Bahaman dan sesiapa jua prajurit
menentang penjajah yang sezaman itu tak pernah pun orang nak bagi darjah tertinggi...oooo..mereka bukan orang seni barangkali...seni bela diri
tak aci...lagi pun mereka dah mati..ha..ha..ha.

Sebenarnya mulai esok gua ke Tamaan Kayu Suci,ke Padaang Pemburuaan.
Bertemu zombie,serigala jadian serta para buniaan di sana.So gua akan
ghaib buat beberapa ketika.Sayonara

Thursday, October 9, 2008

Takala MERAH berbisik


Di satu majlis kenduri,bertempat si sebuah surau di dalam
Kampung antah berantah.Waktu selesai sholat Isyak.

Pelakun:
Si Merah bertanduk Patah.
Haji Gah
Selamat lidi
Orang2 Kampong.

Merah: Pssst…psttt..Aji balik umarah ni makin segak nampak..
Aiii orang-orang kampung ni tak perasan ke jubah Mekah
yg Aji pakai tu…bukan calang2 punya jubah tu..ti,,hii,hii

Hj Gah: Ehem..ahuk..ahuk(batuk Kecil)..emm saya balik umrah
ni dapat batuk sikit2..batuk kifarah gamaknya…tapi
Alhamdulilah saya dapat menunaikan ibadat dengan
baik…ialah ini umrah saya yang ke 7..entah lah rasanya
berulang alik ke sana macam rasa balik kampung jer..

Selamat: Wah 7 X dah Bang Aji umrah ye!..buat Haji rasanya da 2X
kalau tak silap saya kan?!! Betuah Bang Aji…duit banyak
mampu nak ke Mekah banyak kali.

Hj Gah: Hii..hii..hii..Alhamdulilah berkat duit buah sawit relai
saya je…Umrah saya baru ni saya ikut rombongan Y.B
kira pakej VIP la…tapi puas hati bayar mahal..dapat
serba serbi selesa…he..he..bercampur dengan puak2
Y.B Dato tu seronok.

Orang KG: (dalam hati) Orang tua ni gi beribadat ke
gi melancong…riak sungguh..

Merah: Pstttt..psttt..tengok tu aji..melopong mulut orang kampong
dengar cerita Aji.Aji memang hebat,gi Mekah boleh
bersama ngan puak-puak Y.B..plak tu ha..ha…ha hebat…

Selamat: Bang Aji banyak duit berlebih tu boleh lah sponsor saya…
gi Mekah pulak…besar pahala Aji kalau bantu orang
susah macam saya…ha…ha..

Haji Gah: Selamat kalau nak buat ibadah ni elok pakai duit
sendiri…kumpul-kumpul lah duit… sesepuluh ribu
bukanya banyak…tapi kalau kau ada tanah,,,aku bole
tolong…kau cagar lah tanah tu kat aku…insyallah
aku tolong kau,atau sape2 saje sesedara dalam
kampung ni yang berhajat.

Selamat:(dalam hati) Taik idung masin punya Aji…da lah riak
kedekut cekik darah pulak tu.

Orang Kg: Meluaaaaattttttt.

Merah: Ha..ha..ha..ha..ha..bagus Aji…kau memang boleh jadi
geng aku lah…ha..ha

Dalam cerita ini yang menang ialah si Merah.Moralnya kita ni
walaupun rasa amal ibadat dah banyak jagan mudah tertipu
dengan bisikan si Merah…itu makhluk jarum banyak halus
punye…lagi pun langsung tak ponteng kerja…ha..ha..

Yang baik dan yang buruk pada tubuh manusia itu ada 2.
Lidah dan Hati…he..he..hati juga di katakan raja.So kena
pandai2 lah maintain raja dan singahsana nya ini…jagan
bagi sakit…macamana nak jaga hati?!! Ha itu kita kena
cari lah caranya…gua cuma tukang cerita je!! bukan ustaz
…he..hee..iman pun senipis selaput tisu..selalu gak lagi
termakan dek kelentong si Merah laknat tu..he..heh..heh
Awassss…si MERAH tu sedang jeling2 manja kat lu orang..
Ha..ha..ha…aha…ha….


p/s Runut bunyi Pilem ini x ade kena mengena dgn citer ni...sja
nak layan lagu org muda...sebab lagu ni kawan baik
yg DDK3rd kat gua..may be dia dah jemu layan
lagu Stoneage..buat kawan kat MACRES tu...all the best
you and family.

Monday, October 6, 2008

Belada Lelaki Flintstone


Gua lelaki Flintstone dari taman Jurasic.Lelaki yang masih kuno
pada alam stoneagenya.Menatap wajah2 hari era moden ini
gua jadi buntu dan keliru.Akal fikir terkadang bagai seekor rusa
liar terlepas ke Dataran KLCC.Keliru amat keliru.

A visit to several villages reveals
the prevalence of sexual abuse since the advent of
commercial logging.(the STAR 6 October 08).


Kesian gua kat kekawan gua kaum Penan tu.Wanita mereka
jadi mangsa rakus si gondrong banjingan penebang balak.
Demikian juga nasib yang sama terjadi kepada warga-warga
pribumi di pendalaman Semenajung.

“Guane bole dapat cucu mata
sepet kulit cerah ni Batin”

“..tu lah payah nak cakap encik…anak saya tak bagi karang
dia cakap kempunan pulak..di hempap balak karang payah…
anak saya kesian…emm..bagi lah, lagi pun bukannya luak…
dah selalu nya menjadilah pulak..itu la dapat budak ni”


Gua tak bole nak nyalahkan mereka,mereka tu lurus bendul.
Kira2 penjarah ini bukan sahaja mengondol hutan
tetapi,hutan dara kaum asli itu pun turut di sondolnya.
Mereka betul2 pemusnah alam.Bangsat!

Macamana lah pencinta alam seperti gua ni tak pilu,tak sayu.
Eh..wanita itu sebahagian dari alam juga..alam yang indah…
semestinya lah gua amat cinta pada wanita macam gua
sayangkan hutan…ha..ha..

Duhai wanita !!! Gua amat sayang sama kamu…kamu sebahgian
dari alamku…meski setengah dari kamu mendakwa sudah amat maju..
tetapi ketahui lah di luar sana masih ramai jantan-jantan dungu dalam
mengawal nafsu…paling paria bila menyamakan zina sebagai
sedekah…alangkah serakah nya si bedebah itu.

Gua lelaki Flintstone taman Jurasic,ada ketika jadi jenkel dengan
idea kemajuan yang kamu bawa.Kamu wanita mulia sudah pandai
Womans lib..sudah pandai gig-gig.Yang urban so-sial kamu amat seram
memang kamu tahap berani paling bangang…Berani tayang dada tunjuk
pusat.Biar pun pusat kamu tu hodoh macam siput bunting…tetapi kamu
tindik sangkut anting2.Entah bahagian mana lagi tubuh kamu yang
bertindik aku tak tahu sebab aku tidak mengidap sindrom Peeping Tom.
Terlihat ranum puting-puting kamu lelaki Flintstone separa wali pun
bisa pening.Oleh itu kasihani lah mereka dan sayangi lah diri kamu.

Gua katakan ini semua sebab gua amat sayang sama kamu.Kamu
adalah alam…alam yang indah.Namun lelaki Flintstone ini masih
merindui gadis batik sarong.Gua rasa gadis itu sudah sejahtra
di alam bunian…kesian gua..he..heeee

Thursday, October 2, 2008

S.M.S



Shawal Mulia Saya.
Tetapi sebelum itu,sehari sebelum Shawal suasananya bagi saya tidak
lah begitu mulia.Maksud saya manusianya yang tidak mulia.

Venue:Pasarraya Aktif Lepih
Jikalau tidak pikirkan sayang dengan pose saya,mahu saja saya
Sakai2 dan bodo2 kan awak.Tak sakai mendenya…tak bodo mendenya
Perangai awak bejoli memang sakai,memang bodo.Cara awak bebelanja
raye membuatkan toke gendut sepet tu lebar senyumnya melebihi cuping
telinga, awak tau tak?.Apekejadah awak borong air bergas bedozen-dozen
Panta,Kok,Seprait hatta Andret Plas pun awak pulun.Awak beraye dengan
mende Allah tu yek..memang lah awak bodo..air tu bukannya elok untuk
kesihatan dah tu awak bukanye tau nak kitarsemula botol plastik tu.
Saya orang cerdik ni cukup dengan air sarbat dan tea o je..padan da..
Lagi satu pandir sampul duit raye pun awak borong kat Aktif…emm
entah lah..nak menunjuk2 tu je lah lebih nya.

Anak2 muda awak lagi lah sakainya…mundar mandir kat situ tayang
rambut merah jangut merah tapi kulit itam bekilat,ada juga tayang pusat
betindik..pepalih..yang lawaknya pakai Snow Cap berjeket gelap tengahari
buta..berjalan terhenjut-henjut macam orang rengkat kaki…kononnya
Budak urban sangat lah da tu..porahhhh…perasan Black kat Amerika ke..
ehhh awak…saya nak bagitau…Amerika pun dah Bankrap tau…he..heee
Ye lah awak-awak ni jenis pengemar lawak Senario the movie,so tak bole
nak cakap ape la…

1 Shawal Mulia Saya
Tahun ni saya terbuat lawak raya paling romantis…ha..ha..saya ke masjid
dengan semangat kemenagan yang jitu dan begitu teruja untuk meraikannya.
berbaju Melayu bersamping lengkap…ngalah orang nak bersanding.
Tup..tup setelah usai sholat…kawan tegur
“Ngape kau pakai baju terbalik”
Plup Blushing gilosss muka saye tapi control manco je la.Nak kena lotri?
Maaf saya bukan kaki judi..heh..heh..

Kabut emo bergelumang dihati tika pusara mak di ziarahi.Rindu dalam
sendu.Itu normal sesiapa pun akan begitu.

Mak!
Kami anak cucu mak datang berziarah menyiarami air doa yang
telah saya bersiapkan seawal subuh tadi.Semoga mak aman sejahtra
disana.Sudah lebih setahun mak tiada namun hakikatnya rindu ingat
saya masih belum surut dan reda.Rasanya baru sangat saya meratibkan
zikir tauhid di telinga mak tika nafas nazak mak.Diantara hal yang
saya sangat bersyukur mak!!,ialah rezeki saya dapat mengiringi
perjalanan sakarat mak dengan kalimah suci.Puas saya mengagahi jiwa
untuk tidak menitiskan airmata di pusara mak tapi maaf saya gagal.
Mak kemelut rindu ini tak mukin akan surut sehingga lah giliran saya
pulang ke sana juga tiba.Jikapun ada perkara yang sedikit dapat
mereda rasa ketika ini cuma ada dua mak,pertama ayat-ayat suci
Al-quran berserta doa dan keduanya si cilik Pan.
Siapa Pan?! Dia anak comel milik kawan sepersekolahan saya mak.
Anak itu sudah kematian ayah.Ibu dia telah memberi ruang untuk
saya bermesra rasa denganya.Pan sangat-sangat manja dengan saya.
Tiap kesempatan saya bertamu kerumah nya, jarang dia lekang
dari ribaan saya,terkadang tido nya pun didalam dakapan saya.Sayang
mak tak sempat bertemu dia,sekarang dia lah permata hati saya.
Tempat saya menumpang dan mencurah kasih.Allah itu maha pengasih
mak di beri Nya saya peluang megusap belai kepala si anak yatim itu
lantas dapat mengasuh hati saya untuk berlembut rasa.Pesannan akhir
mak tetap menjadi azimat hidup saya.

“Biar kita susah nak,tetapi jagan sesekali menyusahkan orang,hidup
biar berbudi jangan berbuat keji”


Semoga mak ditempatkan bersama-sama orang2 yang soleh dan tenteram
di sana.Al-Fatiha….

Demikian lah Shawal Mulia Saya.