Wednesday, February 18, 2009

IndiYaNak...Jom


Hmmm...kiranya RTM masih setia dan sudi bersama saya si hero vetran yang telah pun duduk sebaris dengan Al Pacino dan De Niro untuk menjayakan docodrma mereka.Mujur lah saya bukan tokoh wirawayang melayu kalau tidak pasti saya kena booo...sekadar hero cabuk untuk docodrma rasanya boleh di maafkan,biar pun ranggi saya telah mula lusuh,yang tersisa cuma manis2 masa silam,nasib baiknya saya ini di takdirkan Manco...ha..ha..ha rabak..rabak..rabak..

Di gandingkan dengan remaja2 'In' yang punya Band Indi menjayakan docodrama ini amat kekok rasanya.Tambah rabak lagi docodrama ini berkaitan dengan sejarah Toki Mat Kilau.Generation gap is to wide..ha..ha..ha.

Monolog di pusara toki dlm logat lepih:

Ini pertama kali keh mezirahi pusara aki,itu pun kerana urusan mengisi tembolok bodoh keh.Malu keh aki...macamana pun keh harap Fatihah keh ini sampai pada aki.Jika aki melihat dari alam sana bersama keh ni aki, ada beberapa anak muda kota.Harap aki tidak terkejut nengokan cara atan2 dan nine2 ni.Deme ni anak orang bandor...deme ni orang melayu aki...cuma pesen orang sekarang dah jauh lain dari orang melayu zaman aki dulu.Atan2 ni berambut merah pacak macam balong ayam,nina2 nya pulok betindik dagu beseluor ketat pendek.Bebudok ni orang berlagu aki..oppsss bukan orang berlagu macam aki dulu bedikir rebana,deme ni lain.Deme menjerit bingit-bingit dengan macam2 alat.Asal usul dari budaya omputih yang aki tentang dulu.
Nak royat pun susah aki..sedih sebenornya...omputih menang juga akhirnya.Halus amat jarum siasahjajah deme tu...abih orang2 kita, banyak yang tewas terutama anok2 muda.Nak guanekan
keh sendiri tak sekuat dan sekebal aki...keh tak mampu nak megamalkan ilmu kebal aki.Payah la ni nak tahan pantang larang.Maksiat mungkar depan mata meruit macam ulat semut.Mudah ngat ajian ilmu tawas aki..nak jaga kebal akidah pun jerih la ni.Mana tidak nya aki tengok je lah nina2 ni bertindik dagu,bertindik pusat ada sesetengah tu ulas gajus deme pun pakai anting2.Hak atan2nya pulak handal menjaja pisang deme je.Bila di tegur bebudak ni cakap kalau deme tak buat gitu deme tak 'In'...mende 'In' tu? tak lah aki susah keh nak ngabor nye..itu bahasa orang zaman keh ni.Payah aki zaman ni orang berasa malu untuk menyimpan kemaluan deme nya.

Malam itu di pembaringan aku menatap buku cenderahati dari Pyan,kisah Sheikh Yassin yang mati sahid di bom zionis.Dalam hati aku tertanya-tanya bebudak Band tu tahu ke siapa Shekih Yassin...ha..ha..ha aku rasa mereka lebih hafal berapa harga setin Carlsberg..ha..ha..ha rabak-rabak.Perjuangan!!!!...di daerah manakah Ketuanan Melayu berada???..he..he...(end)

P/s Eli kalau kau nak berposing nude,kau harus masuk Melayu dulu...kerana barangkali maruah kau akan di jaga rapi kalau kau pandai memilih parti.Ya ini barangkali...aku ulang barangkali...contohnya telah ramai anak2 melayu berNude dan main jongkangjongkit di U-tube juga di layar talipon mudah alih...orang2 kebangsaan tak bising pun...malah YB2 pun turut muatturun buat koleksi...ha..ha..ha..rabak-rabak...

Thursday, February 12, 2009

Batu Derhaka


Lantaran durjana Si Mulut Merahmungil pengulum biji gajus,semuanya jadi mereng dan weng!!!
Weng..memang weng!!!!ha..ha..ha..

Segenap ruang wilayah akal fikir kamu telah penuh dengan ketololan.Kamu telah benar2 menjadi bandut sarkas yang sempurna.Barangkali ini juga hasil asuhan dari ceritawayang Senario dan Gelak Khas yang kamu tonton ulang berulang.Watak2 dari wayangan itu telah kamu salin ke dalam diri kamu.Kamu berasa bangga dan hebat.Ngok!!!

Lancangkah mulut saya meperkatakan kamu semua ngok?! Kamu marah?!..ha..ha..Kemarahan kamu itu akan membuat kamu bertambah ngok dan barangkali akan di lelong.

Kamu bertempik sorak,meraung,menjerit turun bejemur di tengah padang di tengah jalan.Kamu arak segala pendekar2 kamu dari segala persatuan silat,dari persatuan silat pulut lemang sampailah kepada persatuan silat goyang gigi.Habis semua keluar membuka langkah hulubalang.Untuk lebih mengerunkan kamu dakwa juga yang radang kamu itu sebahagian dari tuntutan agama.Aduh...kamu memang amat keliru dengan anutan kamu.PEKIMA yang kamu angotai itu cara bersalamannya pun sudah amat pelik dan jelek,maka apatah lagi penghayatan dakwah Islamiahnya...hancussss semua.

Apahal kamu semua ni?! Melilit kepala dengan kain kuning macam sami siam terpekit,terlolong menyingsing lengan memikul sepanduk amarah.Apa kamu ingat cincin Gurkha yang penuh di jari2 kamu itu ada superpower ke?..Kalau lah betul ada maka afdhalnya kamu pakat2 pergi lah ke Palestin nun..berjihad di sana...daripada kamu memberang nak berpencak silat dengan cuma seorang uncle punjabi yang OKU di kerusi roda.

"Saya bukan samseng....saya Lawyer"

Koh..Koh..Koh....kamu dengar tu...kamu tahu maknanya tu?!..maknanya kamu tak tahu guna akal la...kepala kamu penuh dengan emo yang ngok....
Kalau ya pun dia salah salur lah marahradang kamu tu cara yang lebih cerdik..saman lah balik..

Tuesday, February 10, 2009

Sultan Mehmood mangkat di junjung a.k.a Sultan of Swing


".....apa sangat lah yang boleh di harapkan daripada otak bekas posman yang perangai kaki betina!
BeEnd wanna talk about moral....?!!..Najib?!!! Moral!!!!..absurb..ha..ha..ha...
:-Ibu Pan

perjuangan kini
dibayar cuma
dengan mungil
beberapa amoi china
:-sajak Dollahjones

"Pepalih"
:- kome aku di blog Pyan

"Tangkap je katak tu jual timbang kilo...!!!"
:-Komen aku pada Ben

"Bro Lagu aman Lagu Damai tu elok di persembahkan kepada Sultan.."
:-SMS aku kepada Meor

Mereka tiada mahu kira bicara langsung tentang nasib idup kita....
yang di pacu hanya nafsu kemaruk mengaut laba...mereka menurut raja dihati bersultan dimata
yang merana jadi mangsa adalah kita si jelata..
:-aku

p/s tak lama lagi Pak Jib bole jadi Tengku mahKOTE di sana :)

Tuesday, February 3, 2009

From China With Love


Si Dewair akan selalu berkata kita mesti ikut konsep China Man.Bagaimana pun aku ada satu jenaka yang nak aku kongsi dengan ko orang tentang China Man.Harap ko orang jangan salah anggap pada aku dan melabel kan aku sebagai racist hanya kerana jenaka ini.Demikian juga jangan ko orang kata aku jenis jantan suka belucah...cuma tenang dan cool je bila mengikuti cerita lawak aku ini.

Konon nya ada seorang China Man yang teramat miskin,papa kedana yang sudah desprate serta merana di dalam kehidupan.Beliau hampir2 nak membunuh diri tetapi mujur lah ada seorang sami Shaolin datang menyelamat kan beliau.

Sami: Lu jangan risau ini gua kasi lu 3 batang lembing hikmat.Lu boleh minta apa saja lu mau
dengan cara melontarkan lembing ini dan jeritkan apa yang lu hajati.

China Man: Toshei..toshei..

Ziiiiuuussssss..tok sami tu pun terbang meningalkan China Man.(biasakan tengok citer cina yang ada adegan terbang2?)

China Man yang sedang sangat2 bersuka hati itu tanpa lengah2 terus melontar lembing pertamanya.Ko orang tau kan China Man biasanya mempunyai mulut semborono cakap lepas ikut sedap jerrr.

Teriak China Man: Ape-ape LANCAU pun mali looo...

zap!!!! sekelip mata seluruh tubuh China Man di penuhi beranika LANCAU.Bayangkan lah.

Aiyaaaaa...ini macam susah looo,semua LANCAU ada sama gua..LANCAU gajah ade,LANCAU kuda ada,LANCAU T-REX pun ade..nanti olang tengok semua lali oooo.Nasib wa ada lagi 2 lembing.

Lembing kedua pula di lontar dengan ungkapan:Semua LANCAU kasi Pegiiii looo..

Zasssss!!! sekelip mata juga segala LANCAU di badan China Man hilang.Termasuk LANCAU beliau sendiri.

Aiyaaaaa...ini lagi susah looo..sendili punye LANCAU pun ilang,mayak suey looo..ape macam wa mau kencing.kongkek pun tak bole leee...aiyaa..wa miskin pun tak ape..tapi LANCAU mesti ade..

Mujur lah ada satu lagi Lembing,tampa banyak fikir dia terus melontarkan lembing terakhir itu dengan raungan: Dulu-dulu punye LANCAU mali looooo..

Pinnngggg!!!!

LANCAU dia masa anak kecil,LANCAU yang bersaiz siput sedut yang dia dapat balik.

So moral of the story aku tak nak tiru konsep China Man macam Dewair sarankan.Pegi maposss dengan saranan dia.Sebagai tanda protes aku beli Topi Koboi..aku beranggi dengan topi tu sekarang bila aku gi kerja...bila dia tanya selamba je aku jawab saya Koboi Itali..ha..ha..ha..sori lah macam meor cakap kepala wa sudah ada batu..he..heee

Thursday, January 22, 2009

Three Trees and Falling Leaves


Kezaliman binatang zionis itu betul2 bikin saya racau dengan emo dan radang.Dalam pada itu saya terkenangkan sahabat akrab saya pasangan Oscar dan Sybile warga Jerman di Kerrsel.Sudah lama kami tidak mengirim khabar lewat email sibuk bangat dengan urusan hidup barangkali kami ini..ha..ha..ha.

Pasangan ini bedarah keturunan Yahudi.Datuk nenek mereka barangkali mangsa yang terselamat dari keganasan ciptaan Hitler.Oscar Bosman nama itu nampak sangat pure Jew nya..he..he..!Opppsss bagi anda semua yang tengah panas dengan api kemarahan tolong jangan mengengam buku 5 membuka langkah silat atau yang paling ngeri mengacukan keris kontot anda kepada saya lantaran saya bersahabat akrab dengan anak bani Israel.Terutama kepada Along2 PERKUDA tolong jangan belasah saya.Anda handal pergi lah ganyang Zionis nun...

Sebenarnya Oscar dan Sybile juga amat anti dengan kezaliman zionis.Malahan kepada mana2 juga pihak yang suka mencetuskan huru hara dan bencana di bumi ini.Maka demikianlah juga saya.Macamana kami bole akrab?!..ianya bermula delapan tahun yang lalu,ketika itu mereka adalah tourist saya yang saya bawa trekking ke Kenong Rimba Park.Semenjak itu persahbatan kami berlangsung hingga sekarang.

"...kau tahu kenapa kami senang bersahabt dengan kau?" suatu waktu Oscar melontarkan
soalan itu kepada saya.

"Tak"

"Pada pertemuan kita yg pertama,sesuatu yang kau lakukan membuatkan kami percaya
kamu lah orang yang boleh kami percayai untuk di buat kawan.Pekara kecil yang kau lakukan
tapi amat berkesan di hati kami,ia itu sewaktu kau melepaskan anak ayam yang terkial tersangkut di jaringan jala.

"ha..ha..ha.. ahhh ada2 saja kamu Oscar"

Oscar lelaki yang deep serta rabak macam saya,minatnya kepada unsur2 falsafah.Dulunya tidak
percayakan tuhan tetapi sekarang sudah free thinker,cuma belum meganut mana2 ugama tetapi amat tidak minat kepada Kristian.Semoga Nur dari Allah mendatangi mereka suatu hari,kerana
Dia yang maha berhak dan maha memberi.Dia memilih siapa yang Dia suka.

"Mahu tahu fantasi aku apa?!...aku mahu jadikan dunia yang tiada wang,wang bikin manusia rumit,dan mahu bumi ini bebas cemar dan perang dengan alamnya flora dan fauna tepelihara."
:-OSCAR,Tioman 2007.

Ya cerita2 berkisar tentang impian sejahtera untuk planet bumi dan isinya sentiasa menjadi bahan bualan bila saja kami bersama.Kami warga bumi yangrindukan kedamaian.PEACE

Friday, January 9, 2009

Dumb,Dumber and Dumbest



Wa amat setuju dengan pendapat mengatakan bahawa

sekolah tinggi sahaja tidak mungkin menjamin sesorang itu

boleh menjadi bijaksana dan berakal baik.

Terlebih dulu wa minta maaf, cerita kali ini bukan tujuan nak

mengumpat tetapi sekadar nak berkongsi pengalaman.Maka dengan

sebab itu nama2 watak dalam cerita ini ditukar,menjadi lebih

Glemer.Cerita ini memang ada kena mengena dengan mereka

yang masih bernyawa di muka bumi ini.Mereka ada lah proksi

Dewaair I di tempat saya meraih rezeki sekarang.


1.Jim Morisson

Si rebel melulu (rebel without a cause),hatta arahan Dewaair I

pun sering di sanggah.Penyokong tegar Barisan Alternatif yang

selalu jamak takyah akan sholatnya.Berusia 46tahun dan

sudah bermenantu tetapi awek masih keliling pinggang.

Bekas pegawai IT di sebuah syarikat telekomunikasi.

Dia memang rebel gilerrr,perangai ini makin jelas terserlah

tika dia nonton berita tv,terutama tv3.Ada je menda tak kena

dihati dia.Siap lah makin hamun sumpah seranah dia akan keluar,

terutama slot berita politik.Hingar bingar la telingga.


“Kiiiyamakkk yahudi ni,patut di hapus je dari dunia ni,bangso

jahanam botul,dapat kek den,den radak jo porut montori nyo.

Negaro2 arab ni pun 1,takut bonar ngan Amarika..bodoh..

*@%..#$#@


Itu contoh maki hamun dia yang paling mild bila megadap

tv..sambil tu tangan dia dok asyik sibuk balas SMS

girlfren dengan mengunakan talipon jenama NOKIA.

Kalau dia tahu siapa di sebalik syarikat yang keluarkan

talipon NOKIA tu…barangkali di humban kot talipon siri N

dia tu…ha..ha..time gini wa masuk bilik baca buku lebih

aman,so dah lama wa tak tgk berita.


2.Mal Gibson

Sudah lama besara.Bekas kerani Bank.Beristerikan seorang

bomoh.Dia kawin janda,anak tiri pun dah besar2.Menurut

isteri beliau Mal Gibsson telah di kenakan ilmu guna-guna

oleh ibu kandungnya.Ilmu hitam ini macam akan

memuja-muja agar Mal selalu balik dan ingatkan ibunya.

Lantaran ilmu hitam ini Mal telah menjadi seorang yang

Absent minded.Wa doubt betul ke ibu dia macam tu.

Mal Gibson akan selalu menerjah wa dengan soalan yang

pelik2 dan berulang2.Kekadang wa menjadi amat rimas

dan juga kesian dengan dia.


8.30 am:

“Ubi…u rasa ada berapa ekor ikan lampam betina dlm kolam

ni?”

8.35 am:

“Ubi…Crocodile Hunter da mati kan?”

8.40 am:

“Ubi… u rasa ada berapa eko ikan lampam betina dlm kolam

ni?”

8.45 am:

“Ubi….Crocodile Hunter da mati kan?”

Emmmm…alahai sabo jer la…


3.Sean Pen.

Graduan lulusan L.A jurusan arkitek.Usia 40 thn.Bujang

Punyai personality monotonous, lurus dan sehala.

DewaairI: Sean ikan Kerai ni kena jangkitan,air

dalam kolam tile dah ada Bactria…so u

amik garam 11kilo masukan dalam kolam

ni.


(Dari awal dah wa ingatkan supaya pindahkan ikan2 tu semenjak

ada construction works kat situ tetapi Dewaair I buat tak endah,

so dia tokey wa ve no say..ha..ha..)


Dewaair I: So u cuba rasa air tu Sean,masin tak?Kalau belum

Tambah lagi setengah baldi,tapi make sure jagan

Sampai masin macam air laut pulak.


(Wa terkejut lihat si Sean betul-betul merasa air kolam ikan Kerai

tu,gluppsss,yulkkkkk….air kolam tu for sure dah bekeladak dengan

taik ikan…alamak bodo makan taik betul dia ni..main pakai ikut je

Arahan si DewaairI yang celaru tu..ha..ha..)


Sean: I rasa masin dia dah cukup lah


(Muka dia selambe land je…perghhh)

Macam-macam ragam hidup ni….

Monday, December 22, 2008

Semalam Di Malaya


Dia anak muda yang merantau dari negeri seberang.25 tahun umurnya

Pada usia putri sulungnya baru berusia 3 bulan dia telah berpergian

meninggalkan mereka demi meraih rezeki di Malaya ini.

Lewat telepon kelmarin kini putrinya sudah agak petah bebicara

bertanyakan kapan ayahnya akan pulang dan minta di belikan

boneka sebagai ole-ole.


Seterusnya saya akan melangsungkan cerita ini di dalam

Bahasa Indonesia semampu yang mungkin,kerna ianya bisa

memberi impak yang agak berkesan bagi anda insyallah.

Cerita ini saya kutip dari mulut beliau sendiri,sewaktu-waktu

masa tenggang rehat kami setelah lelah membersihkan kolam2

ternakan para dewa air.Karman berkerja sebagai gembala ternakan

di sini dan beliau di bawah pengawasan saya.Saya adalah pengantara

antara dia dengan para-para dewa air itu.


“Kira-kira anak saya itu telah pun berusia 1 tahun 6 bulan sekarang

bang…aduh sebak dada saya bang mendengar desir suara nya…

rindu amat saya pada dia dan ibunya”


Saya pun jadi teramat rindu dengan Pan.


Asyik mencari rezeki saya udah hilang punca untuk menghitung

hari..kiranya masa kok berlalu demikian pantas…Bang perjalanan

Idup saya amat jerih,sewaktu saya mula-mula tiba di sini..tokey

saya sedikit terlewat mengambil saya,lantas saya di tangkap lalu

di kurung di pusat tahanan selama 1 minggu.Hidup saya di situ

bang amat getir,usahkan di beri makan secukupnya di beri minum

pun tidak…saya sudah seakan dapat mecium ajal saya di situ.

Alhamdullilah kiranya tuhan masih sayangkan saya serta anak isteri

saya,selang 1 minggu berlalu tokey saya datang menjemput.

Di saat saya bisa menyedut nafas bebas kembali,saya airmata saya

menitis bang.


Karman cuma menamatkan pengajiannya sekadar SMA,lantaran

biaya ke universitas orang tuanya tidak mampu..lelaki Jawa Tengah

ini saya lihat memang kental jiwanya,masakan tidak kerna dia pernah

terlibat menghimpun ratusan mayat sewaktu kampong2

behampiran kacamatan nya di landa Tsunami.


Seluruh penduduk mati bang,sekelip mata ilang segala.

Anak kecil, remaja sampei yang tua2 bahkan ternakan gelimpangan

musnah berserak…betul2 seakan qiamat dunia bang.Sedih bener.

Suatu yang tak bisa saya lupa kan ada sepasang mayat yang masih

melekat tubuh mereka dalam keadaan jelek sih,saya khuatir

pasangan itu mungkin sedang bezina…nauzubillah…


Kapan kamu mau pulang Man?


Belum pasti bang,tergantung kepada pnghasilannya saya di sini

Insyaalah jika ada rejeki lebaran ini tahun saya kepingin sekali

merayakannya bersama anak isteri bang.


Insyallah Man,perbanyakan doa kamu.