Monday, March 31, 2008

Cerita sex




Saya bertemu dia waktu saya minum kopi diwarung bawah pokok dipekan J.Dia bukan kenalan saya tapi dia rakan kepada sdra SR.SR sahabat baik saya.Sembang-sembang 0 kami santai-satai saja sebagaimana lazimnya.Tabiat buruk saya biasanya dengan orang yang baru saya kenal saya agak reserved sikit.Jadi saya lebih banyak mendengar.
Awalnya topik perbualan besekitar tentang aktiviti pacuan 4x4...itu memang topik nombor wahid SR..kerana dia giat dalam aktiviti lasak 4x4 ini.
Kemudaian sembang punya sembang cerita dah mula melalut.

S.R: Eh...! bila kita nak menyemberang ke Tanjung Pinang atau Batam.
Mr.(?): Entah lah...tapi kalau kau nak gi inform aku...sound aku awal-awal
sikit...


Yang menarik tentang fizikal Mr(?) ini bagi saya cuma hidungnya...di kedua belah lubang hidung itu terjojol keluar bulu hidung yang tak di potong.Dengan bentuk bujur dan besar, hidung beliau kelihatan betul-betul seperti sebijik jambu.Selain itu tidak ada yang istimewa tentang fizikal dia yang boleh mencairkan hati perempuan.Perut gendut membusut di sebalik kemeja T macam belakang kura-kura,bebibir tebal hitam kerana candu rokok.Misai tebalnya sudah mula beruban.Jika ketawa saya suka tengok giginya...gigi sebelah atas dah habis gugur membuatkan mulut beliau macam terowong Karak.Barisan bawah gigi masih bertahan tapi susunan dah tak berapa teratur,satu daripadanya dah kelihatan seperti cabang lastik.Gigi itu kuning asap rokok juga ada beberapa tompok plak karang gigi,plak itu kelihatan seperti sisa mentega sejuk.

S.R: Lama dah kita tak kesana.Neng-neng indon tu dah memangil-mangil je
rasanya...ha..ha..ha
Mr(?): Ya lah weh....gian aku...awek indon ni sedap betul..dia punya
SELUT tu rasa lain macam sungguh..emmmmm
S.R: Cara layan tu yang best..manja semacam..kalah bini di rumah.
Mr(?): Emmm...jauh sangat la..bini ni..masa kita nak tu..asyik2 letih lah
Nak tido la...nak tengok tv la...nak main cucu la..leceh...lagi pun
kulit da mengelebe da..kemut pun da tak ada...ha..ha..ha
S.R: Tu la mendenya...betul sangat cakap awok...nanti kita adjust
lah bila
nak gi...

Peerghh!!!..hebat kan jagoan Melayu ni..ha..ha..Dalam benak saya terbayang bagaimana
perasaan Mr(?) kalau anak gadis dia jadi macam Sufiah si genius math kat London tu,yang kini dah jadi hoooker...bayang kan yang dingin kalau anak gadis dia terpaksa
melayan lelaki mat salleh sejelek Mr.(?)..uweeek
Bagaimana pula perasaan isteri-isteri hero kita ini jika terdengar perbualan tadi.

Nak saya berdebat pasal moral dengan mereka? Nak saya terangkan beza love and lust pada mereka?..silap dewan parlimen lah saya...Hero kita tak ambik pot punya.Mereka orang relax,mereka orang santai,mereka orang enjoy..ha..ha..

So saya ada telinga dengar ada idea tulis cerita dalam Blog..sudah...
Kerana memikirkan mereka saya batalkan niat saya nak jadi pegebom berani mati untuk letupkan si Wilder pembikin wayang pendek "FITNA".Saya teringatkan plak-plak karang gigi Mr(?)yang seakan-akan mentega sejuk itu.Bagi saya mereka-mereka ini ada lah plak-plak yang melekat di dalam dunia muslim sekarang.So tak payah lah nak mengamok gila-gila bila orang provok kita dengan Filem FITNA.Selagi ada orang islam macam Mr(?),kita jangan cepat sangat nak melatah marahkan orang lain..Jangan beratkan kepala...cool...
jom dengar lagu Father and Son.

Monday, March 24, 2008

lu orang cuba layan lagu ni.

Layan music Bro?...gua layan apa-apa je music yang sedap telinga gua dengar
yang jiwa gua boleh terima.Music is Food for the soul..omputih cakap..kau orang tegok
video clip sebelah..kat situ gua kasi lu orang layan music yang gua kira best sangat..Besame Mucho tu kelasik gilerrr...wa cakap lu...cuba la dengar

Anak Hilang








Di sebuah kampong orang Asli di pendalaman Pahang.

Sentul:...Tok Batin Hilang Anak..!!!

Mua: Hah!?..Wabak kat K.L da sampai sini..
Raban lah anak-anak kite..habis nanti kena culik...


Sentul: La awok ni...Tok Batin tu hilang anak kambing dia...
di baham rimau gamoknya!!


MORAL CERITA INI:DENGAR BETUL-BETUL

Maafkan Kami...Maafkan kami







Pak Kadok: Ada sorang mentri dah cakap BN,kena minta maaf ngan Tun Salleh Abas!!..

Pak Pandir:Elok lah cepat-cepat sikit,tak kan itu pun nak tunggu Hari Raya.
Sndri makan pengat...so sndri mau ingat laaaa....

Sunday, March 23, 2008

Kerana Sebuah Perdana V6


Kerana sebuah Perdana V6
Maruahnya dikangkang
Terkangkang..kang...longkang

Demi menyempurnakan hajat
Jahatnya,dia buka luas-luas
luas...luas....buas

Suami dia tak kisah
Suami dia tak marah
Parah..parah...barah

Aku Mat UMNO








Sering bersongkok,sesekali bertanjak
Agar aksi sentiasa segak
Pantang!!!..pantang aku berkopiah
memang aku tak nak...

Dekah ketawa ku mesti mantap
Dengan menteri aku akrab
Ini semua ada bersebab
Projek-projek mewah aku harap

Kepada marhain aku bertopeng
Harapan mereka aku main
Bersilap mata,bersilang kata aku suka
Agar marah mereka dapat ku reda

Kata-kata ku usah kau sanggah
Kerana aku duduknya di puncak
Marah ku membawa padah
Kelak "KERIS" ku pasti tercacak

Hidup Melayu...Hidup Melayu...layu...Hidup AKU
Aku "PUNYA" hidup...

Akulah Mat UMNO

Wednesday, March 19, 2008

Maulidul Rasul

Selamat Meraikan hari kelahiran Rasul junjungan Mohamad S.A.W.Selawat dan salam atas banginda,sejahtera keatas kaum keluarga banginda serta para sahabat sekelian,amin.

Tuesday, March 18, 2008

Ada Hantu Ke?


Article ini telah saya hantar ke Sinar Harian tetapi terpaksa di Reject,kerana konon nya
Telah menyentuh sensitivity pihak tertentu,tetapi saya percaya kalau Sinar Harian Selangor,Kelantan,Perak,Kedah dan Penang tak ada masaallah boleh on punya.
Di negeri Pahang ini masih banyak hantu rupanya…ha..ha..ha..


Ada “Hantu” ka…?
Angka 13 merupakan angka keramat kegemaran Pak Lah,angka itu telah menjadi
jumlah tempoh hari-hari berkempen PRU ke 12.
Mac 8hb 2008 noktah penamatnya.Bersama hujan sore 8 Mac itu
warga Kuala Lipis, turut selesai melunaskan hak mereka sebagai rakyat Malaysia,
undian untuk wakil kepada suara mereka telah pun di buat.Alhamdullilah.

Wajah pekan lombong emas ini di sepanjang tempo berkempen PRU 12,tenang-tenang
sahaja.Relax n Cool!!..setenang wajah tua makhluk Jedi dalam filem Star Wars.
Sedari dulu lagi memang begitulah corak wajahnya Kuala Lipis. Memang tidak suka
ada kecoh-kecoh dan ada kepo-kepo.Senang.

“Emm…sini tak kisah letak botol oren pun jadi calon pasti menang..!”

lelucon sinikal ini ada juga kedengaran tetapi hebatnya kelembutan dan ketenangan
bayu Kuala Lipis dapat mendiamkan sinikal sedemikian dengan mudahnya.
Setelah keputusan PRU12 di umumkan,senario politik tanah air bagai dilanda
Tsunami, Lipis maintain cool.Unik kan?.Tetapi saya bimbang disebalik ketenangan
ini ada kawah gunung berapi yang tersimpan,tunggu masa nak meledak.
Mana lah tahu kan?…

Secara peribadi saya sendiri pun tergamam juga bila melihat outcome keputusan
PRU12.Minda saya macam wajah Eddie Murphy tersangkut kacang di kerongkong.

Ehh…macam tak pecaya!!!…Ia lah macamana pun kita hanya merancang,kuasa
Allah jua yang menentukan.Rakyat telah melahirkan luahan isi hati mereka
terima lah hakikat kenyatan demokrasi ini dengan fikiran terbuka.

Kepada pihak-pihak yang menang terutamanya bagi para wakil di Lipis saya ucapkan
tahniah.Yang tak berjaya semoga bersabar.Buat macam pekan kita ni Relax n Cool.

Teruja dengan apa yang berlaku di dalam arena politik Malaysia,tangan saya menjadi
gatal-gatal untuk melarik ngomelan perasaan saya dan ingin saya kongsikan dengan
anda pembaca budiman.Ini bukan rencana yang berat-berat yang sarat dengan
analisi politik,saya tak pandai dan tak minat pun dengan politik kepartian.Sebagaimana
Faisal Tehrani saya pun declare diri saya sebagai indepandent voter.Catatan ini santai
sahaja sifatnya. Tidak ada kecoh-kecoh,tidak ada kepo-kepo dan tidak ada “Hantu” pun.
Lipis mana ada hantu juga tidak ada pengundi “Hantu”.Kenapa?…tak percaya ya?.

Sila lihat photo sisipan catatan ini.Perhatikan baik-baik photo tersebut..mana ada hantu.
Hantu di sini semua baik-baik dan suka duduk diam-diam tak keluar rumah pun.
Barangkali mereka sudah tidak minat kepada politik lagi.Baguslah biar mereka
aman.Kalau mereka aman mereka tidak akan menganggu kita.Maaf saya melawak.

Saja bagi hilang tension.Jangan bagi kepala terlalu panas di dalam situasi sekarang.
Saya bukan orang politik,bercampur dengan orang politik pun ala kadar saja.Baik dari
kalangan BN atau BA.Orang politik tak pandang pun orang yang tidak pandai seperti
saya.Orang politik mesti terdiri daripada kelompok orang yang pandai-pandai ahlinya.
Paling koman mesti pandai bercakap lebih lengkap kalau pandai berlakun.Rakan
rakan saya dari kalangan orang-orang politik di sini sedikit amat.Terutama dari
golongan koprat-koprat dan elit BN boleh di katakan tiada .Rasanya kecil sangat diri
saya untuk berada bersama khalayak mereka.Barangkali juga saya ini agak
reserved dari terlibat dengan dunia mereka.Tidak kisah lah tu,masing-masing ada
dunia masing-masing,pun begitu tidak bermakna saya ni jahil sangat tentang
politik dan perjalanannya.

Sebagai satu jiwa yang merdeka saya prihatin juga bab-bab politik ini
walau tidak terlalu mendalam.
Cerita-cerita politik saya banyak di kutip dari luar kelompok para-para politikkus itu.
Cerita-cerita politik saya datangnya dari rakyat-rakyat jelata dan golongan merhain.
Sembang politik kami topik-topik nya sekadar politik kedai kopi,lebih banyak jenaka
dari serious..namun jenaka-jenaka itu kadangkala agak sinis.Yang pasti kami jujur
dengan diri kami dan bebas.Relax n cool.Saya suka mempelawa YB-YB yang baru
menang kalau sudi mari lah sesekali duduk menyembang kedai kopi dengan kami,

Kita sama-sama beseloroh…bukan kah itu lebih mesra rakyat.YB jagan
bimbang setakat secawan kopi sekeping roti canai tu kami boleh belanja,walaupun
kami tak banyak duit seperti kontraktor-kontraktor kelas F.It is time for celerbration
Itu pun kalau tidak mencemarkan image YB.Pelawaan ini berlapik juga,kadang
kadang YB nak kena jaga image juga di kalangan teman-teman elit YB.Kami sedia
maklum akan kesukaran YB itu.Kami tahu YB tidak kisah untuk bersama kami tetapi
biasanya kelompok-kelompok elit YB cuma membenarkan kami bermesra dengan YB
di musim menjelang PRU sahaja.Selepas itu YB akan jadi hak mereka.Maaf lah
ngomelan saya ni pedas sikit.Orang lipis kalau tak makan pedas bukan orang Lipis lah
namanya.Ini senario biasa di Lipis bagi masa yang lepas-lepas YB hanya milik ahli-ahli
koprat dan elit.Selepas PRU 12 ini tidak tahu lah saya,barangkali ada perubahan dibawa
oleh tempias tsunami politik sekarang.Wallauallam.Eh..jangan takut tidak ada hantu pun..
Relax n Cool.

Oh ya satu lagi kepandaian orang seperti saya sekarang,kami juga telah mampu berpolitik
di Jaringan Maya(Internet).Jangan marah!!! Kami sekadar ingin bersama berada didalam
arus permodenan.Jangan sampai di labelkan sebagai ulu sangat.Relax n Cool…tidak ada
hantu pun.Bagi mereka seusia saya kepandaian ini kami belajar dari
anak-anak muda yang Johan Jaafar namakan sebagai Generasi Star Buck.
Sebenarnya generasi Star Buck ini hebat, dan saya setuju
dengan pendapat yang mengatakan mereka ini lah factor-x yang telah mengemparkan
senario politik tanah air kita sekarang.

“Hantu punya budak..!!!!”

Tidak..mereka bukan hantu.Mereka golongan muda yang berada di kawah kemodenan,
Yang punya inspirasi dan gaya fikir mereka sendiri.Jangan marahkan mereka.
Relax n Cool….tidak ada hantu pun.

Teori saya suka tak suka,nak tak nak kita juga kena turut berubah.Alam berpolitik
kita pun kena berubah.Di dunia ni mana ada yang statikkan.Lipis sendiri pun dah banyak
perubahan walaupun masih maintain cool.Kena catch up dengan mereka
kalau tidak kita jadi dinosaur.

Awas generasi ini lah lava kawah gunung berapi yang saya katakan tadi.Perlahan-lahan
generasi penampar jepun dah nak pupus di gantikan mereka.
Politikus jangan asyik menyapu habuk ke bawah karpet kerana di khuatri habuk
ini menjadi sekam yang menyemarakan bushfire.Generasi Starbuck ini tahu siapa yang
mereka hendak jadikan pemimpin.Tentu sekali mereka tidak mahu Hantu yang
menjadi ketua mereka.Siapa hendakkan hantu…mungkin hantu boleh menakutkan kita
tetapi mustahil hantu boleh menyenangkan kita.

Bagaimana pun ini sekadar ngomelan biasa dari orang biasa,warga Kuala Lipis.
pekan yang Relax n Cool.Mana-mana yang tercuit rasa dengan ngomelan ini
saya minta maaf.Jangan takut ngomelan sebegini tidak memberi dampak yang besar
pun tidak menyumbang kepada tercetusnya tsunami.Saya bukan hantu,Kuala Lipis
mana ada hantu.Ayuh kita jadikan diri kita seperti Kuala Lipis,Relax n Cool.

“Psssssttt….orang putih percaya angka 13 tidak elok,berhantu…tak percaya
cuba pandang belakang anda!!!”
Maaf saja saya suka menyakat.

Monday, March 17, 2008

STATION PARADISO

Tahun 1975 stesen keretapi Kuala Lipis,Pahang.Di suatu pagi hari sabtu.

“Nasi Lemak!!!....Telur rebus!!!.....Kopi Panas”

“Jabik..jabik*!..(*Buah Anggur dalam loghat Kelantan)…buah pelan..!!(buah mempelam)”

Ini suara penjaja-penjaja makanan yang menyambut ketibaan keretapi penumpang yang

baru tiba di stesen ini.Suara ini tingah bertingkah dengan suara-suara penumpang

turun keluar dari coach keretapi yang baru tiba itu.Suasana hari sabtu yang meriah

mewarnai stesen keretapi yang di anggap sebagai tertua di pantai timur ini.Sabtu

adalah hari Pekan Sehari di mana para penduduk kampung pinggiran laluan keretapi

akan keluar ke Pekan Kuala Lipis untuk urusan keperluan mereka.Hari perhimpunan

besar bagi warga Kuala Lipis.

Selain itu setesen ini juga turut di meriahkan oleh golongan remaja yang mana

ketika itu ini adalah salah satu port tempat mereka lepak.

Era ini remaja-remaja di kenali dengan istilah KUTU.Aktiviti melepak dinamakan

MENGUTU. Saya adalah diantara mereka.Kami suka memakmurkan setesen ini bukan

kerana di sini adalah tempat tumpuan orang ramai pada ketika itu.Biasa lah remaja

sukakan perhatian dan kemeriahan.Seronok dapat main-main mata dengan Makwe(istilah

sekarang Awek) comel dari kampong pinggiran laluan keretapi.Dara pinggitan

Kg.Kuala Lanar dan Kg.Chegar Perah selalu menjadi favourite usikan kami.kerana

dari kedua-dua kampong ini tersohor dengan gadis-gadis pinggitan yang comel.Teori

saya barangkali mereka ini ada darah kacukan negeri Kelantan yang tersohor dengan kecantikan

kaum-kaum hawa nya.

Seingat saya ketika itu kutu-kutu dari Clifford High School lah yang paling mendominasi

Port ini.Remaja lelaki Cliffordian gemarkan tempat ini bukanlah semata-mata bertujuan

hendak mengusik anak-anak gadis sahaja.Sebenarnya pada zaman itu tingkah laku kami

tidaklah selonggar seperti sesetengah remaja sekarang.Sekadar jeling-jeling mata dan

dapat passing-passing surat dah boleh di kira handal.Jangan cerita pasal dating mentelah

hendak duduk bepeleseran rapat-rapat secara berpasang-pasangan di depan khalayak,

itu semua taboo bagi kami.Rasa hormat terhadap genarasi tua di pekan kecil ini masih

menebal didalam diri kami.Sebenarnya ada sesuatu yang istemewa di stesen ini,

hingga sekarang masih menjadi nostalgia bagi saya.Kantin stesen keretapi ini lah

yang menjadi tarikan kami.Istimewanya kantin ini ialah mi gorengnya yang murah

dan sedap.Hendak sedap lagi letak kuah kari sedikit…Fullamak.Bukan mahal pun

kalau cerita pada generasi sekarang tentu terbeliak biji mata.Dengan harga 30 sen dah

dapat sepiring penuh, tambah lagi 20 sen dapat segelas besar air sirap.Mana hendak

di cari sekarang. Cukup mengenyangkan, sebelum kami berpindah ke

port kami yang berikutnya.

Lazimnya aktiviti lepak-lepak kami di stesen ini terbatas kepada jam 11.30pagi

sahaja.Jam 11.30 kami akan beralih ke satu lagi port lain untuk buang tension.

Paradise Theater tempat tumpuan berikutnya.Ada lagi 20 sen sudah boleh masuk

panggung tengok “Cheap Mattniee” tidak mejadi hal walaupun sekadar duduk

bangku 3rd class..kena gigit pijat sikit-sikit tu biasa lah.Biasa tanyangan murah

pagi sabtu ni cerita cowboy lawan Red Indian.Awaslah walaupun

kami bayar 20 sen jangan sesekali projector terputus filem masa main wayang

Terutama babak-babak aksi atau romance..siaplah kami akan gegar panggung

itu macam pahlawan Red Indian.Binggit panggung dengan suara protes dan bunyi

hentakkan bangku.Hari sabtu kalau tidak dapat tengok Charles Bronson atau

Clint Eastwood beraksi rasa tidak sah.Dua orang hero bikinan Hollywood ini lah yang

menjadi icon remaja ketika itu.Muzik mesti layan Santana,kalau dengar Abba itu kira

Mat bunga lah sikit.Kalau bergaya pula mesti seluar jean jenama Texwood berjeket

Denim lusuh.baru lah anda kelihatan manco kononnya.

Itu zaman jauh sebelum ada cyber café,Dato Siti Nurhaliza entah dimana,Malay

Bazzar belum menjadi Alammanda,Mobile phone sekadar illusi cerita rekaan sain dan

Kampung Kuala Lanar cuma boleh di hubungi melalui jalan Keretapi atau laluan bot

sungai. Namun itulah Golden Era bagi mereka sebaya saya yang kini telah menjankau usia

lewat 40an.Catatan ini suka saya jadikan tribune kepada sahabat-sahabat Cliffordian

seangkatan saya.Cllifordian yang berpengetuakan En.Yussuf Jaafar sekarang telah pun arwah

(sudikan hadiah Al-Fatihah buat roh beliau).

Sesekali jika ada kelapangan sudi-sudikan lah berziarah ke Stesen Paradiso kita.Mungkin

ada sejarah peribadi anda yang tercatat disini.Sesuatu nostalgia yang Malancolic

barangkali.Tidak salah sesekali kita melayan sentimental value kita disini,sekadar

untuk membuang stress.Anda tahu kenapa catatan ini saya beri tajuk STATION PARADISO?.

Jawapannya kerana mengambil sepena dari satu jodol filem Itali yang

hebat bejudul CINEMA PARADISO.Ini adalah filem kegemaran saya.Tema ceritanya

juga berkaitan dengan bidalan kita “Tempat jatuh lagi di kenang,inikan pula tempat bermain”.

Kerana kepesatan arus pembangunan Stesen Keretapi ini sudah tidak semeriah dulu,

Pengunaannya oleh masyarakat kampung-kampung di pesekitaran laluannya

sudah bekurangan, kerana kampung-kampung ini telah dapat di hubungi dengan jalanraya yang beturap cantik.

Cerianya semakin sirna,ia juga seperti kita yang beransur merangkak ke gerbang

senja.Zaman filem-filem cowboy sudah berlalu begitu juga wajah-wajah pekan cowboy Kuala Lipis.Segala

kenangan silam bagaikan filem hitam putih yang tersimpan di kotak kenangan kita

KELAHIRAN BLOGGER



Saya membesar seiring dengan zaman wayang gambar berada di kemunchak kegembilangannya.
Ketika itu di pekan kecil Kuala Lipis ini Paradise Theater menjadi Landmark nya.Jauh sebelum Ianya di sohorkan oleh Datuk Siti.
Pangung ini lah tempat tumpuan saya biasanya pada setiap hujung minggu.Di sini tiada sumber hiburan lain selain Paradise Theater.
Hujung minggu Cheap Matnee menjadi seolah-olah wajib tonton.

Setiap selesai menonton filem, kebodohan saya ialah suka mengulas kembali cerita wayang yang telah di tonton.Giler….
Lazimnya ia menjadi topik perbualan di kantin sekolah bersama rakan-rakan.Asuhan dari kegemaran itu membuatkan saya
gemar menjadi tukang cerita sehingga sekarang.Seronok jadi tukang cerita ni…betul….!
Kini zaman wayang gambar di Paradise theater sudah berkubur.Tanpa nisan pulak tu…!!! Ralat rasa hati.

Namun begitu saya masih suka becerita.Dewasa ini saya mengambil wayangan kehidupan ini sendiri sebagai bahan.
Alhamdullilah akhbar Sinar Harian sudi memberikan ruang untuk saya becerita…hampir setiap sabtu cerita saya keluar
macam tayangan filem Cheap Matnee la pulak…Terima kasih Zul.

Tetapi sekarang saya juga terdesak untuk mencari ruang yang lebih luas serta bebas untuk becerita.
Terima kasih juga kepada kemudahan teknologi terkini.Kini saya boleh becerita di halaman Maya pula.
Sahabat saya Char merintiskan ruang bagi saya memasuki gerbang Blog.18hb Mac 2008 sepuluh hari
sebelum ulang tahun kelahiran ke 47 saya dengan rasmi nya telah berjaya menjadi seorang Bloger.

Blog ini saya namakan Paradise Theater sebagai tribute kepada panggung wayang kesayangan saya.
Panggung ini adalah sentimental value saya.Kepada rakan-rakan dan sesiapa saja diluar sana yang sudi
megikuti cerita-cerita saya,saya hargai dengan ucapan ribuan terima kasih.Rajin-rajin lah masuk panggung saya.
Juga jika ada yang sudi berkongsi pandangan silakan lah.