Monday, March 17, 2008

STATION PARADISO

Tahun 1975 stesen keretapi Kuala Lipis,Pahang.Di suatu pagi hari sabtu.

“Nasi Lemak!!!....Telur rebus!!!.....Kopi Panas”

“Jabik..jabik*!..(*Buah Anggur dalam loghat Kelantan)…buah pelan..!!(buah mempelam)”

Ini suara penjaja-penjaja makanan yang menyambut ketibaan keretapi penumpang yang

baru tiba di stesen ini.Suara ini tingah bertingkah dengan suara-suara penumpang

turun keluar dari coach keretapi yang baru tiba itu.Suasana hari sabtu yang meriah

mewarnai stesen keretapi yang di anggap sebagai tertua di pantai timur ini.Sabtu

adalah hari Pekan Sehari di mana para penduduk kampung pinggiran laluan keretapi

akan keluar ke Pekan Kuala Lipis untuk urusan keperluan mereka.Hari perhimpunan

besar bagi warga Kuala Lipis.

Selain itu setesen ini juga turut di meriahkan oleh golongan remaja yang mana

ketika itu ini adalah salah satu port tempat mereka lepak.

Era ini remaja-remaja di kenali dengan istilah KUTU.Aktiviti melepak dinamakan

MENGUTU. Saya adalah diantara mereka.Kami suka memakmurkan setesen ini bukan

kerana di sini adalah tempat tumpuan orang ramai pada ketika itu.Biasa lah remaja

sukakan perhatian dan kemeriahan.Seronok dapat main-main mata dengan Makwe(istilah

sekarang Awek) comel dari kampong pinggiran laluan keretapi.Dara pinggitan

Kg.Kuala Lanar dan Kg.Chegar Perah selalu menjadi favourite usikan kami.kerana

dari kedua-dua kampong ini tersohor dengan gadis-gadis pinggitan yang comel.Teori

saya barangkali mereka ini ada darah kacukan negeri Kelantan yang tersohor dengan kecantikan

kaum-kaum hawa nya.

Seingat saya ketika itu kutu-kutu dari Clifford High School lah yang paling mendominasi

Port ini.Remaja lelaki Cliffordian gemarkan tempat ini bukanlah semata-mata bertujuan

hendak mengusik anak-anak gadis sahaja.Sebenarnya pada zaman itu tingkah laku kami

tidaklah selonggar seperti sesetengah remaja sekarang.Sekadar jeling-jeling mata dan

dapat passing-passing surat dah boleh di kira handal.Jangan cerita pasal dating mentelah

hendak duduk bepeleseran rapat-rapat secara berpasang-pasangan di depan khalayak,

itu semua taboo bagi kami.Rasa hormat terhadap genarasi tua di pekan kecil ini masih

menebal didalam diri kami.Sebenarnya ada sesuatu yang istemewa di stesen ini,

hingga sekarang masih menjadi nostalgia bagi saya.Kantin stesen keretapi ini lah

yang menjadi tarikan kami.Istimewanya kantin ini ialah mi gorengnya yang murah

dan sedap.Hendak sedap lagi letak kuah kari sedikit…Fullamak.Bukan mahal pun

kalau cerita pada generasi sekarang tentu terbeliak biji mata.Dengan harga 30 sen dah

dapat sepiring penuh, tambah lagi 20 sen dapat segelas besar air sirap.Mana hendak

di cari sekarang. Cukup mengenyangkan, sebelum kami berpindah ke

port kami yang berikutnya.

Lazimnya aktiviti lepak-lepak kami di stesen ini terbatas kepada jam 11.30pagi

sahaja.Jam 11.30 kami akan beralih ke satu lagi port lain untuk buang tension.

Paradise Theater tempat tumpuan berikutnya.Ada lagi 20 sen sudah boleh masuk

panggung tengok “Cheap Mattniee” tidak mejadi hal walaupun sekadar duduk

bangku 3rd class..kena gigit pijat sikit-sikit tu biasa lah.Biasa tanyangan murah

pagi sabtu ni cerita cowboy lawan Red Indian.Awaslah walaupun

kami bayar 20 sen jangan sesekali projector terputus filem masa main wayang

Terutama babak-babak aksi atau romance..siaplah kami akan gegar panggung

itu macam pahlawan Red Indian.Binggit panggung dengan suara protes dan bunyi

hentakkan bangku.Hari sabtu kalau tidak dapat tengok Charles Bronson atau

Clint Eastwood beraksi rasa tidak sah.Dua orang hero bikinan Hollywood ini lah yang

menjadi icon remaja ketika itu.Muzik mesti layan Santana,kalau dengar Abba itu kira

Mat bunga lah sikit.Kalau bergaya pula mesti seluar jean jenama Texwood berjeket

Denim lusuh.baru lah anda kelihatan manco kononnya.

Itu zaman jauh sebelum ada cyber café,Dato Siti Nurhaliza entah dimana,Malay

Bazzar belum menjadi Alammanda,Mobile phone sekadar illusi cerita rekaan sain dan

Kampung Kuala Lanar cuma boleh di hubungi melalui jalan Keretapi atau laluan bot

sungai. Namun itulah Golden Era bagi mereka sebaya saya yang kini telah menjankau usia

lewat 40an.Catatan ini suka saya jadikan tribune kepada sahabat-sahabat Cliffordian

seangkatan saya.Cllifordian yang berpengetuakan En.Yussuf Jaafar sekarang telah pun arwah

(sudikan hadiah Al-Fatihah buat roh beliau).

Sesekali jika ada kelapangan sudi-sudikan lah berziarah ke Stesen Paradiso kita.Mungkin

ada sejarah peribadi anda yang tercatat disini.Sesuatu nostalgia yang Malancolic

barangkali.Tidak salah sesekali kita melayan sentimental value kita disini,sekadar

untuk membuang stress.Anda tahu kenapa catatan ini saya beri tajuk STATION PARADISO?.

Jawapannya kerana mengambil sepena dari satu jodol filem Itali yang

hebat bejudul CINEMA PARADISO.Ini adalah filem kegemaran saya.Tema ceritanya

juga berkaitan dengan bidalan kita “Tempat jatuh lagi di kenang,inikan pula tempat bermain”.

Kerana kepesatan arus pembangunan Stesen Keretapi ini sudah tidak semeriah dulu,

Pengunaannya oleh masyarakat kampung-kampung di pesekitaran laluannya

sudah bekurangan, kerana kampung-kampung ini telah dapat di hubungi dengan jalanraya yang beturap cantik.

Cerianya semakin sirna,ia juga seperti kita yang beransur merangkak ke gerbang

senja.Zaman filem-filem cowboy sudah berlalu begitu juga wajah-wajah pekan cowboy Kuala Lipis.Segala

kenangan silam bagaikan filem hitam putih yang tersimpan di kotak kenangan kita

No comments: