Wednesday, November 25, 2009

Road to Mecca



Salam Aidil Adha.Maaf Zahir dan Batin.
Semoga kita bahagia menjadi muslim
mudah-mudahan Islam yang kita ada ini
bukan sekadar Islam baka.



Saya termasuk dalam golongan
mereka yang tidak mengemari
rancangan Forum Perdana

Sunday, November 22, 2009

SINGAHPURA DILANGAR TODAK


Dia lebih ke hadapan di dalam berslogan



....SELAMATNYA TEMASEK DEK KERANA AKAL BUDAK!!!!

p.s: Pelakun cilik ini dari rumah bangsawa Jawa Peranakan.
terima kasih kerana meminjamkan saya bintang
berbakat besar ni.

Tuesday, November 17, 2009

Twilight zone


Apakata kalau cerita ini di jadikan kisah sebenar
yang terjadi kepada anda.
Misalkan saja watak anda ini merupakan seorang model.
Model yang amat Ngetop di kota metropolitan
Kehidupan anda disalut kemewahan dan
gelamour.Baik saya mulakan kisah anda itu begini…..

Ext:
Kamar tidur sebuah apartment mewah.
Jam 4.30 pagi.

Visual:
Anda baru pulang ke rumah,
selepas usai aktiviti hari libur anda.Clubbing.
Kepala sedikit memberat akibat pengaruh alcohol.
Anda mabuk..issshhh apa kelas mabuk
Cuma sedikit high..ya high ungkapan itu baru nampak trendy
sesuai dengan gaya hidup sebagai orang urban.
Di kamar sebaik saja selesai menghidupkan Aircon
Anda pun merebahkan badan di katil tanpa kalut2
hendak menyalin pakaian.

(zaappp skin layar gelap)

CUT TO

Commercial:
Potong…potong…pot..tong..pooo…tong
Apahal SPR kena buat rayuan atas
keputusan mahkamah?
Betul2 sarkas daaaa!!!!!!

CUT TO

Ext:
Hutan belantara Congo

Visual:
Ditengah2 hutan hujan tropika Congo,
bila anda membuka mata tiba2 anda mendapati
diri berada di situ.Anda berada di dalam tawan
Gerila pemberontak.Anda mengonyoh mata beberapa kali
serta menapar nampar pipi..tidak anda tidak bermimpi.
Pihak pemberontak tengah melahap daging Silver back gorilla.
Perut anda berasa mual dan tekak meloya.
Anda cuba protes!
percuma tingkah anda cuma jadi bahan
lawak kepada gerombolan pemberontak tu.
Sekoyong–koyong tawan di sebelah anda
diseret oleh para seldadu.
Tawan itu di bawa ke pinggir sebuah lubang
yang baru siap digali.
Di situ sitawan telah disembelih lehernya hidup2.
Menyaksikan peristiwa itu,membuatkan seluruh anggota
anda mengeletar.
Air suam tiba-tiba terasa membasah di celah kangkang.

ANDA: Yaaaaa…aaa..a…ALLAHHHHH..
Seseeeseeeee…selamatkan…lah..aku…

Itulah pertama kali semenjak anda akil baligh menyeru
nama Khaliq.Selama ini Allah telah lama anda lupakan.
Sekarang apakah yang anda takutkan?
Sang penyembelih sadis itu?...Ngilu parang tajam?
Maut?...
Apa2 pun saya serahkan cerita ini kembali kepada anda
Kerana ini kisah anda…ha..ha..ha

END

Friday, November 6, 2009

OUT OF AFRICA



SETELAH MENONTOI TIVI TIGAsuku SEMALAM BARU SAY A TAHU

RUPA-RUPANYA WANITA MELAYU KOTA

SEKARANG PUNYA CITA RASA DAN KEGEMARAN AGAK PELIK

YA …AGAK PELIK BARANGKALI BAGI LELAKI MELAYU KUNU MACAM

SAYA…OPPPSSS MAAF…MAKSUD SAYA SEBAHAGIAN WANITA MELAYU

BUKAN SEMUA.(kEtAwA)

YA SAYA PELIK

KENAPA RAMAI SEKARANG NI WANITA2 MELAYU TU GEMARKAN

TELOR MASIN DAN PISANG BAKAR HANGUS.

BETUL KATA SAHABAT SAYA J.P ‘HITAM ITU MENAWAN’

TAPI TAKKAN LAH SAMPAI SANGGUP DIRI JADI TAWANAN KEGELAPAN.

KERANA KEMARUKKAN

MAKAN PISANG BAKAR HANGUS RASA TELO MASIN

ANAK KANDUNG MATI TEDERA KEKASIH GELAP

APA KE JADAH TU!!

SEDAP SANGAT KE

PISANG HANGUS TELO MASIN DARI AFRIKA TU

SAMPAI ADA YANG SANGGUP KETUK PINTU BILIK BUJANG

PAHLAWAN ZULU TENGAH-TENGAH MALAM BUTA.

SEPEKARA

SAYA NAK BERTANYA KEPADA PENDEKAR2 MELAYU

DARI PERSILATAN JALUR 3

TAK TELAWAN KE AWAKME AKAN PAHLAWA ZULU TU

JANGAN CUMA MEREKA BERTUBUH SASA

AWAKME RASA CUAK,KALAU SESAMA KITA AWAK

BUKAN MAIN GALAK.

KALAU TAKUT BERJADAN KEDERAT

GUNA LAH MUSLIHAT.KALAU ADA AKAL

GERGASI GURAGAS PUN DAPAT DI TUMPAS.

KAMU-KAMU FAHAM AKAN CERITERA SAYA NI?

MAAF LAH CERITA-CERITA SUNDAL BEGINI TIDAK MANIS

KALAU ORANG TUA SEPERTI SAYA BECERITA DENGAN

TIDAK BERKIAS BERLAPIK.

TIDAK MAHU SAYA NANTI DI KATA SI TUA PENCARUT.

MAKANYA PANDAI-PANDAI AWAKME LAH

NAK MEMAHAM MAKSUD

(kEtAwA)

Tuesday, November 3, 2009

Semerah Padi




semenjak ramadahan lepas lagi dia begitu...
pendiam dan sepi.
barangkali dia telah menjadi amat tawadhuk
dan mengalas warak yang bersungguh.
saya amat-amati paling jauh suaranya cuma
dapat di dengar dengan jelas sejauh radius
20 meter keluar pekarangan pagar.

megapa begitu jadinya.
saya bertanya kepada pihak penjaga
dan ini jawapan yang di beri:

"SPEKER ROSOK ANTO DOH KEDAI TONG CHONG
TAPI DAH DUA BULAN TAK SIAP-SIAP."

dulu Ben ada hadiahkan cd megaji bacaan qari
Sheikh Rashid Masyari.hasrat hati hendak lah
mendengar alunan bacaan merdu Sheikh itu tika
tengang waktu menunggu masuk waktu fardu
paling lekeh pun seminggu sekali pada hari jumaat pun memadaailah
tapi sayang hasrat itu tak tertunai gara-gara cina Tong Chong masih
tak siap repair speker.

Alunan ayat-ayat suci itu bagi orang tua seperti saya
boleh menjadi terapi hati.maklum lah orang yang dah berusia
seperti saya ini rasa rindu-rinduan pada Khaliq sudah mula berbunga.
maklum saja lah kami ini dah tak berapa lama lagi akan di jemput balik.

terang cakap tak mungkin orang tua ini akan bahagia cuma dengan
sajak-sajak PM yang ditayang kat tiBi saban malam.
paling-paling pun saya akan sedikit tergelak degan lengguk tubuh
dan kerut dahi beliau yang bersunnguh.(KETAWA).
ya saya maklum bukan mudah nak dapat angka 1.
bejerih bejelir dia nak 1 malaya tapi M.C.A nak dua ketua juga
kesian.

berbalik kepada masjid saya yang sepi.
barangkali ia akan kembali ceria kalau di swastakan.
kalau boleh saya cadangakan elok sangat di tender kepada pihak MDL.
saya yakin pihak MDL ada caranya.Umpamanya dengan mengenakan
kupon-kupon bayaran bagi setiap sesiapa yang ingin mendengar
bacaan Al-Quran.
tidak boleh di ragukan lagi bahawa MDL
adalah merupakan Majlis Daerah yang terbijak saentero negeri Makmur ini.
kenapa tak percaya? untuk bukti klik sini