Thursday, March 25, 2010

Anak buluh betong


Suroh ini saya mulakan sebegini.
rakaman kejadian disuatu malam
setelah usai majlis pesta-pestaan
meraikan bapak menteri yang bertandang
ke daerah pinggitan.

Disebuah bilik hotel Rm60 semalaman
Jam 12 tengah malam.

“Aru…kenapa kau tidak menyarung kondom?”

“Ahhh…kamu pun tahu bukankah
kesannya tidak begitu enak nikmatnya
kurang terasa…!”

“sayang aku terdengar sekarang telah ada
Kondom yang bisa mengeletek…aku kepingin
sekali merasai nikmat yang sebegitu pula..!”

“ozi…kamu genit ahhh…nanti dikesempatan
yang lain akan aku usahakan…”

“aru..aku khawatir…bagaimana kalau nantinya
aku sampai termengandung…”

“ozi..saat ini bukan ketikanya untuk kau berasa
cemas…! Sekarang ini telah terlalu banyak
ruang untuk kita menyelesaikan persoalan itu..”

“tapi nantinya benih ini dari hubungan yang terlarang
hati aku terlalu kecil untuk menyangkutkan
zuriat cinta kita ini di pagar masjid..apatah lagi
menyumbatnya ke lubang tandas..tidak tega aku”

“ha..ha..ha..ozi seharusnya kamu lebih peka
hal-hal semasa..pembesar di atas sana sangat
membantu remaja2 seperti kita…justru itu
kita kena lah selalu menyokong usaha-usaha
murni mereka…pernahkah kau dengar tentang
BABY HACTH…?”

9bulan 10 hari kemudian.

BABY HACTH CENTRE

“Ibu menteri…tolong daftarkan nama anak saya
ini sebagai Mohd Shah Rukh bin Aru & Co…
Besar harapan saya dengan asuhan dan penjagaan
yang sempurna di sini suatu masa nanti anak ini
menjadi orang yang hebat disaat dewasanya kelak..
dia anak hasil dari benih yang bercampur-campur..
dan terpilih pasti sudah genetik adalah terbaik
Mudah-mudahan bintangnya cerah,dan berjaya menjadi
Menteri Perdana…
maka BABY HACTH CENTERini semakin harum dan
menjulang tersohor namanya…”

“Ya mudah-mudahan rozi…”

“Terima kasih ibu menteri…saya titipkan amanah ini
kepada ibu..”

Roziah memcium ubun-ubun bayinya itu.

“selamat tinggal sayang…”

Roziah remaja moden yang masak dengan
ilmu pendidikan sex.Dengan adanya asuhan
ilmu ini maka dia telah mengambil langkah
bijak tidak membuang bayinya merata-rata.
BABY HACTH CENTRE telah banyak membantu
remaja seperti dia.

Monday, March 15, 2010

Sayang Salmah





Auranya amat menyakinkan bahawa dia bakal

menjadi bintang terkenal.Satu lagi hero pilem

melayu bakal lahir.Itulah ramalan saya.Makanya

dengan tujuan untuk eksen-eksen,ya sememangnya

melayu tidak boleh lepas daripada elemen eksen

dalam hidup kan?...saya pun memberi dan Ben

serta Dino bersetuju kami menukar nama dia

kepada C.D Jay…oh ya nama di dalam I.C

beliau ialah Sedi Bin Jantan..


“Abang aok tolong lah keh…bagi lah keh kerja”


“Keja mende?”


“Keje mende2 je la…kalau aok tolong keh,nanti di akhirat

sana keh akan cakap dengan tuhan,di dunia dulu aok lah

orang yang baik dengan keh…aok lah yang tolong keh..”


Terlanjur dah sampai ke Lepih,saya rasa elok

juga rasanya PM mengziarah sedara kita ni.

Mudah-mudahan PM juga bakal mendapat

credit dari tuhan .C.D Jay ini jejaka keramat

Oh ya sepekara lagi saya lihat tandas

CD Jay tersangat uzur,pintunya roboh sudah.

Sewaktu qadarhajat barangkali dia cuma melindungi

bahgian malunya dengan baldi,tidak mungkin

dia tega menutup dengan tangan,itu menyukarkan

dia hendak merokok.Ramai perokok memaklumkan

pada saya merokok sewaktu membuang air besar

adalah masa paling nikmat…lupa pulak saya nak

bertanya pendapat Dick Tracy.


“Bapok sedare keh kejam abang…!!! Rumah pesaka tu

dia kunci..tak bagi keh duduk..keh terpaksa tido

di beranda jer lah”


Melihatkani habitat CD Jay,kita yang waras ni pun

akan menjadi gila…


“Keh nit tok sakit abang kan…keh ni waras kan?”


“Tok..tapi aok kena rajin makn ubatlah”


“Tapi mok keh skit bang..kesian dia!”


“Kesian”


“Tolonglah keh abang..keh ni orang susoh..!

Keh boleh belakun abang…keh bole bawok

watok hero macam Awie tu…keh peminat

Awie sebeno eh…lagu dia semua keh afal!”


Alamak!!! Dia tidak tahu menjadi artis itu

susah..silap haribulan sengsara.Pakaian

Glamour nak selalu digosok tak boleh lusuh.

Percuma saja nanti mental dia semakin

terbeban.Makin banyak ubat kena telan.

Kecuali..ya..kecuali kalau dia sanggup

bikin kilang dadah mini sendiri..


Malam itu saya tak lena tidor..terkenangkan

nasib bakal hero pilem melayu ni yang

terpaksa tidor di lantai simen bertemankan

agas dan nyamuk.Dia sering diketawakan

namun sengsara batinnya siapa yang tahu.


Sayang Salmah

Wednesday, March 3, 2010

Seri Mersing


DI JENDELA ITU
MENUNG RENUNG NYA TERLONTAR JAUH
KENANGAN MENYIRAT KELARAI-KELARAI RINDU
PADA MUSIM TUAIAN KASIH YANG TAK MENJADI

Dia lelaki yang kaya dengan kasih sayang(sila klik)

Wahai jejaka di birai jendela runut lagu wa tujukan khas
buat seorang Papa sebaik lu..ahak..ahakk(Wink)

CUT!!!!

saya sangat suka dengan pilem kelasik Seri Mersing.
saya minat dengan watak Pak Malau dan Damak terutama
pada scence last.Dialog mantap dan sedap.
watak-watak nampak real..kalau orang susah tu
betul2 nampak susah...muka pun muka melayu pure
ha..ha..ha..itu yang mahal dengan pilem dulu2.

"APALAH ADA KEPADA PAYA
DALAM TIDAK TOHOR PUN BUKAN
APA ADA KEPADA SAYA
BERBANGSA TIDAK,MASYUR PUN BUKAN"

ha..ha..ha Nordin Ahmad memang best.
Al-Fatihah buat arwah.