Thursday, March 25, 2010

Anak buluh betong


Suroh ini saya mulakan sebegini.
rakaman kejadian disuatu malam
setelah usai majlis pesta-pestaan
meraikan bapak menteri yang bertandang
ke daerah pinggitan.

Disebuah bilik hotel Rm60 semalaman
Jam 12 tengah malam.

“Aru…kenapa kau tidak menyarung kondom?”

“Ahhh…kamu pun tahu bukankah
kesannya tidak begitu enak nikmatnya
kurang terasa…!”

“sayang aku terdengar sekarang telah ada
Kondom yang bisa mengeletek…aku kepingin
sekali merasai nikmat yang sebegitu pula..!”

“ozi…kamu genit ahhh…nanti dikesempatan
yang lain akan aku usahakan…”

“aru..aku khawatir…bagaimana kalau nantinya
aku sampai termengandung…”

“ozi..saat ini bukan ketikanya untuk kau berasa
cemas…! Sekarang ini telah terlalu banyak
ruang untuk kita menyelesaikan persoalan itu..”

“tapi nantinya benih ini dari hubungan yang terlarang
hati aku terlalu kecil untuk menyangkutkan
zuriat cinta kita ini di pagar masjid..apatah lagi
menyumbatnya ke lubang tandas..tidak tega aku”

“ha..ha..ha..ozi seharusnya kamu lebih peka
hal-hal semasa..pembesar di atas sana sangat
membantu remaja2 seperti kita…justru itu
kita kena lah selalu menyokong usaha-usaha
murni mereka…pernahkah kau dengar tentang
BABY HACTH…?”

9bulan 10 hari kemudian.

BABY HACTH CENTRE

“Ibu menteri…tolong daftarkan nama anak saya
ini sebagai Mohd Shah Rukh bin Aru & Co…
Besar harapan saya dengan asuhan dan penjagaan
yang sempurna di sini suatu masa nanti anak ini
menjadi orang yang hebat disaat dewasanya kelak..
dia anak hasil dari benih yang bercampur-campur..
dan terpilih pasti sudah genetik adalah terbaik
Mudah-mudahan bintangnya cerah,dan berjaya menjadi
Menteri Perdana…
maka BABY HACTH CENTERini semakin harum dan
menjulang tersohor namanya…”

“Ya mudah-mudahan rozi…”

“Terima kasih ibu menteri…saya titipkan amanah ini
kepada ibu..”

Roziah memcium ubun-ubun bayinya itu.

“selamat tinggal sayang…”

Roziah remaja moden yang masak dengan
ilmu pendidikan sex.Dengan adanya asuhan
ilmu ini maka dia telah mengambil langkah
bijak tidak membuang bayinya merata-rata.
BABY HACTH CENTRE telah banyak membantu
remaja seperti dia.

10 comments:

endiem said...

masyaallah..

Anonymous said...

bro,nampaknya tiap kali hang bertapa dlm utan nuh mesti datang idea yg sungguh mantap mcm ni....berat dah otak aku nak kupas dan digest bahan info hang ni :)
p.c.

zam ali said...

gua sebak...

ummzaid said...

tak tau nak rasa apa.. nak bangga ke nak sedih..

benludin said...

brahim perkasa mesti bersedih

jawa peranakan said...

inilah natijah penyelesaian masalah menggunakan akal semata-mata tanpa menggunakan hati dan iman..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

aku menjadi terkesima di sini

Hashim Zabidi said...

Hasil terbaik dari 'pendidikan sex di sekolah'

Hacth Centre sudah ada dan ia adalah Road to 1 Malaysia

ameyahmad said...

tu dia.. kalut dah!! macam 'dihalalkan' dan digalakkan pulak yg tak betul tuu..

WanBeruas said...

..aku riso bila depa kata nak didikn sex d sekolah..konon untuk mendidik..kita lihat saja di negara luar yang melaksanakan.. hasilnya menyebabkan keruntuhan moral yang maha dashyat..