Thursday, July 5, 2012

Touching The Void (sambungan)

20.6.2012 Sebelum sampai ke permulaan rintis denai mendaki Gunung Berincang kami kena melankah satu anak sungai yang sangat jernih airnya. Anak sungai ini walaupun saiznya sekadar sebesar longkang namun airnya jernih bagaikan airmata,mempamerkan ciri rupa yang sangat comel. Sementara Penerbit dan Jurukamera mencari sudut-sudut sesuai untuk memulakan pengambaran,perhatian saya tertumpu kepada aliran anak sungai yang jernih segar tersebut. ‘Plop..!!..ploppp!!’seekor katak air melompat di batuan tebingnya. Saya maklumkan kepada Azura akan kehadiran fauna kaki Gunung Brincang. Melilau mata beliau mencari-cari kedudukan katak air menurut posisi jari telunjuk yang saya arahkan.Jarak nya saya anggarkan kurang lebih 10 langkah dari kedudukan kami,kerana warna penyamarannya yang sangat bagus serasi dengan warna tanah membuatkan mata Azura tidak dapat melihatnya dengan jelas. “Nooo...!! it’s not a frog” suara Azura keraguan. “Yes it is!!” saya. “Noooo!!” “Degil minah ni!!” bagi membuktikan kenyataan saya,lantas saya mengambil seketul batu lalu melontar ke arah katak air itu.Ketul batu itu tepat singgah di belakang katak.Maki seranah si katak pasti berbakul kepada saya. Kesakitan membuatkan si katak melompat tinggi terus menjunam masuk ke dalam air. ‘Ooo..My God!!...ye lah katak..kesiannya dia”jerit Azura. “Tu laaa,,tak caya” “Tih..hiii..iiii..hiii” “Ok!!!!! STAND BY” “Camera rolling..!!! Action!” laungan suara penerbit mematikan gelagat kami Mail Serau cepat mematikan rokok yang belum puas dihisap. En.Murad pegawai dari Jabatan Hutan merangkap jurupandu pendakian kami mula melangkah sebagai kepala jalan.Dalam usia 53tahun beliau masih kelihatan mancho,masih “Bronson” ha..ha..ha.. The making of Xplorasi rtm1 pun bermula. Mak aiiii...mula-mula pendakian pun kami telah dihidangkan dengan laluan pendakian yang mencanak.Mujurlah cuaca pergunungan yang segar dan dingin itu menyamankan pendakian kami. Pernafasan sedikt tidak selesa akibat tekanan oksigen menipis sindrom biasa bila berada di pergunungan. Pun begitu keindahan alam hijau sekeliling, membuatkan kami lupa akan hal itu. Sepanjang denai pendakian banyak kami bertemu flora-flora pergunungan yang unik, Terutama dari spisis orkid.En Murad tidak lokek memberikan maklumat tentang hutan gunung(Mountane Foresti.)Maklumat-maklumat yang dikongsikan itu sangat berharga bagi saya pencinta tegar alamsemulajadi. Kasih saya kepada alam semakin mendalam. Sepekara yang menyenronokan pada pendakian ini,apabila kami berjalan diatas perbatasan sempadan dua buah negeri Pahang dan Perak.Tapak kaki kiri di Perak manakala tapak kaki kanan di Pahang.Sangat teruja. Menurut En.Murad jika pendakian biasa untuk sampai ke puncak Berincang akan memakan masa 2 jam.Tetapi kerana kami dalam membuat rakaman pengambaran maka anjakkan masa itu menjadi sedikit lebih panjang. Selaku penerbit Bob sangat teliti serta komited dalam kerjanya. Beliau gemar mengambil shot-shot ‘GEMPAK”.Tidak terkecuali dalam pengambaran kali ini,tiba di satu kawasan beliau mengarahkan jurukamera untuk memajat pokok,malahan beliau sendiri turut memajat pokok tersebut bagi mendapatkan view shot dari atas.Pohon itu tidaklah begitu tinggi tetapi sebahgiannya disaluti onak-onak pohon rotan yang membelit menjadi satu kesukaran untuk dipanjat.Khalayak penonton jarang mengetahui bahawa siaran rancang yang keudara selama lebih kurang 30 minit ini pembikinan sebenarnya memakan masa berhari-hari untuk disiapkan Juga kerja-kerja di belakang tabirnya lebih mencabar daripada apa yang terpapar di kaca tivi.Saya telah agak kerap mengikuti kerja-kerja pembikinan rancangan ini. Cara warga kerjanya menjalankan tugas turut menjadi sebahgian pengalaman saya. Berkesmpatan merasai pengalaman-pengalaman ini satu tuah bagi saya.. Rimba belantara,laut dan gunung telah diredah,memang lasak ada ketika terpaksa berhadapan dengan bahaya tak terduga,tetapi adventure ini sangat menyeronokan tidak ramai orang berpeluang menimba pegalaman sedemikian. Tengang 20 minit lagi untuk sampai ke puncak Gunung Berincang jurukamera kami diserang tebuan tanah secara mengejut,beliau mendapa 3 liang sengatan. Alhamdulilah antibody beliau bagus,sengatan itu tidak begitu memudaratkan. Beliau ini pun bukan lah calang-calang orang,beliau sendiri merupakan jurukamera terlibat bertugas dalam projek pendakian Evrest. Saya menarik nafas lega setelah kami semua berjaya tiba dipuncak Berincang dengan selamat.Fikiran saya mengimbau terkenang kisah dalam buku yang pernah saya baca suatu masa dahulu TOUCHNG THE VOID.Sekarang biarpun tidak sepenuhnya saya mulai faham bagaimana perasaan berada di ruang yang “VOID” itu. Kita dapat lebih mengenal diri.Pendakian hari ini saya anggap sebagai “Warm up” untuk satu lagi pendakian.Esuk Gunung Irau pula menanti.

Wednesday, June 27, 2012

Touching The Void

19.06.02- Tanah tinggi Cameron sudah banyak kehilangan“Englandnya” berbanding dengan era awal tahun 80an semasa saya tinggal di sini. Air tasek dan sungai-sungainya keruh likat berlumpur serta tercemar. Rimbun teduh hijauan hutannya banyak sudah yang rebah,bukit-bukau ditarah punah.Semua atas alasan sangat klise rakyat perlukan pembangunan. Apa yang dibangunkan saya pun tak tahu,tetapi yang sangat pasti ada pihak yang rakus mengejar mewah.Maaf saya meminjam kata-kata hikmat Ah Jib Gor puak-puak pemusnah alam ini adalah HARAM JADAH. Putaran kipas angin ditahap kuasa dua serentak dengan pendingin hawa terpasang,Mail Serau sudah lena diulit mimpi.Badannya dibungkus baju sejuk dan dua helai baju biasa.Bersarung tangan serta bersetokin,selimut tebal bilik hotel Jasmin membungkus badan beliau bagaikan buah nangka bersalut kemas.Saya bercelana pendek,selimut sekadar membungkus paras pinggang ke bawah.T Shirt lengan panjang saya memadai sebagai perisai kepada kesejukan hawa yang tidak dingin itu.Mata terkebil-kebil menatap langit-langit bilik hotel 118.Liat untuk tidor walau pun angka jam sudah hampir pukul 1.00 pagi.Racau fikiran saya bukan sekadar sedihkan nasib yang menimpa Cameron Highland tetapi ada yang lebih daripada itu.Hati kecil saya dijentik cuak.Cuak adakah saya masih berupaya melakukan tugasan esok hari.Pada takah usia sekarang lasak lagi ke saya,sebagaimana dahulunya?.Saya memanjatkan doa semoga diberikan keupayaan oleh Allah.Irama lagu country This Old Road nyanyian Kris Kristofferson menjadi runut menghantar saya ke alam lena setelah berhempas pulas memujuk mata supaya berehat. Bersambung.....

Tuesday, May 22, 2012

Tree of life (Catatan buat RadzifHanif)

Saya diminta untuk memberikan sedikit ulasan tentang hasil karya beliau. Setelah selesai menatap helaian lembaran yang dihidangkan dalam dua buah naskah yang dihadiahkan kepada saya,saya jadi agak malu kerana takut tidak mampu memberikan kata-kata yang cukup tepat untuk mengambarkan pandangan dan perasaan saya terhadap 2 buah buku beliau ini. Saya kemiskinan kata-kata. Not in the Brochure dan Nature of all thing,kalau ianya sejenis menu hidangan pasti saja ianya satu masakan yang exotic yang jarangkali kita berkesempatan untuk menjamahnya.Setelah selesai menyantap hidangan itu segera saja kita akan berAlhamdulilah dan mengucapkan ummppphh! Itu kalau ianya berupa makanan tetapi kalau hendak diserasikan dengan jodol Blog saya ini,maka dapatlah saya samakan seperti menonton filem Tree of life hasil karya hebat Terence Malik.dan muktahir ini untuk pilem tempatanya pula hasil buah tangan Dain ‘Bunohhan’. Photo-photo yang terhidang didalam buku ini bukan sekadar juadah penyedap mata tetapi ianya juga perlu dinikmati dengan deria rasa jiwa.Ungkapan tersohor mengatakan sekeping gambar mampu menyampaikan seribu cerita itu saya setuju,tetapi cara persembahan cerita itu pula juga perlu diambil kira,nah disini saya ketemui kehandalan saudara RadziHanif membuat persembahan. Latar belakang beliau sebagai pelukis itu sangat menyumbang kepada keupayaan beliau menyuntik unsur estitika kepada subjek yang dikira biasa-biasa dan lazimnya kita sering terlepas pandang.Lensa beliau seakan-akan memberitahu kita bahawa tiada yang sia-sia atas segala ciptaan Allah,cumanya kita ini lah yang tidak pernah peka dan mahu memikirkan tentang hakikat kejadian. Dua buah buku ini punyai falsafah yang perlu dicernakan oleh akal fikiran. Sebagai pengemar lukisan saya juga teruja dengan skecth beliau yang dicicipkan antara ruang ruang halaman buku beliau yang comel ini .Ingin saya sarankan agar beliau memberi “Caption’bagi setiap sketching beliau itu keran itu akan lebih menarik.Sepekara lagi jikalau boleh elok kiranya beliau catatkan waktu dirakam dan tarikh setiap photo yang dipersembahkan.Cadangan kecil ini bolehlah difikirkan bagi projek beliau yang berikutnya.Selamat maju jaya.