HIDUP INI ADALAH PENUH DENGAN CERITA-CERITA WAYANG. KITA ADALAH PELAKUNNYA.
Wednesday, June 27, 2012
Touching The Void
19.06.02- Tanah tinggi Cameron sudah banyak kehilangan“Englandnya”
berbanding dengan era awal tahun 80an semasa saya tinggal di sini.
Air tasek dan sungai-sungainya keruh likat berlumpur serta tercemar.
Rimbun teduh hijauan hutannya banyak sudah yang rebah,bukit-bukau
ditarah punah.Semua atas alasan sangat klise rakyat perlukan pembangunan.
Apa yang dibangunkan saya pun tak tahu,tetapi yang sangat pasti ada pihak yang
rakus mengejar mewah.Maaf saya meminjam kata-kata hikmat Ah Jib Gor
puak-puak pemusnah alam ini adalah HARAM JADAH.
Putaran kipas angin ditahap kuasa dua serentak dengan pendingin hawa
terpasang,Mail Serau sudah lena diulit mimpi.Badannya dibungkus baju
sejuk dan dua helai baju biasa.Bersarung tangan serta bersetokin,selimut
tebal bilik hotel Jasmin membungkus badan beliau bagaikan buah nangka
bersalut kemas.Saya bercelana pendek,selimut sekadar membungkus
paras pinggang ke bawah.T Shirt lengan panjang saya memadai sebagai
perisai kepada kesejukan hawa yang tidak dingin itu.Mata terkebil-kebil
menatap langit-langit bilik hotel 118.Liat untuk tidor walau pun angka
jam sudah hampir pukul 1.00 pagi.Racau fikiran saya bukan sekadar
sedihkan nasib yang menimpa Cameron Highland tetapi ada yang lebih
daripada itu.Hati kecil saya dijentik cuak.Cuak adakah saya masih
berupaya melakukan tugasan esok hari.Pada takah usia sekarang lasak
lagi ke saya,sebagaimana dahulunya?.Saya memanjatkan doa semoga
diberikan keupayaan oleh Allah.Irama lagu country This Old Road nyanyian
Kris Kristofferson menjadi runut menghantar saya ke alam lena setelah
berhempas pulas memujuk mata supaya berehat.
Bersambung.....
LIPIS SUATU KETIKA
-
MALAY BAZZAR: Taring King Kong
________________________________________________________________________________
Wajahnya cemas dan gelisah.Perasaan ser...
TUNGGU PELUANG, CARI PELUANG..
-
Tunggu peluang, cari peluang..dapat peluang, ruang pun dibuka. Tunggu
peluang, payah le sikit sebab kita tunggu je, entah dapat entahkan tidak..
Saya berbu...
Catatan 16 September 2015
-
SELAMAT hari ulang tahun Malaysia kesayangan.
Hari depan Malaysia adalah hari depan anak-anak kami.
Hari depan anak-anak kami adalah hari-hari kami tidur...
ALMARI KACA UNTUK SEMUA
-
*almarikaca.blogspot.com *
*Merupakan sebuah platform perniagaan atas talian milik Usahawan Bumiputra
yang membantu para pelanggan dalam usaha mencari pro...
5 tahun sudah.
-
Goblog genap 5 tahun semalam. Semoga mood menulis kembali. Sebenarnya
banyak yang aku nak cerita. Tapi disebabkan banyak sangat, aku jadi tak
tahu nak ...
puasa sepanjang hayat
-
The fasting prescribed by the religion is to abstain from eating and
drinking and sexual intercourse from dawn to sunset, while spiritual
fasting is, in ad...
PROMOSI RAYA | POTRAIT KELUARGA
-
//// PROMOSI RAYA ////
..............................................................................................
*POTRAIT KELUARGA (DARI RUMAH KE R...
Rehat Panjang
-
Tali Gitar dah putus..
Tali Violin dah putus..
Tali Gambus dah mati..
Dah lama tak mengadun muzik..
Dah lama tak rakam muzik..
Dah lama tak tulis skor..
Dah ...
Salam Eid ul Fitr
-
Assalamu alaikum.
Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger.
InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi.
Take care. Pegi open h...
penyataan
-
*assalamualaikoum.*
*mungkin ini tulisan terakhir saya disini untuk tahun ini. insya ALLAH saya
akan berehat dari menulis sehingga hujung tahun.*
*tadi sa...
Umor..
-
aku dah jangkau 51.Tahun ni dah nak masok 52 tahun.Kira tua lah dah tu.Dah
masok kategori warga emas.Ini lah kita ni sebagai makhluk, Maha Pencipta
sediak...
Pujukan Hati
-
Kisah hidup aku berbeda. Kisah hidup aku serba tidak sempurna. Ada saja
kekurangan dan tidak kesampaian. Sepanjang perjalanan hidup, ada saja
roadblock, ad...
No comments:
Post a Comment