20.6.2012
Sebelum sampai ke permulaan rintis denai mendaki Gunung Berincang
kami kena melankah satu anak sungai yang sangat jernih airnya.
Anak sungai ini walaupun saiznya sekadar sebesar longkang
namun airnya jernih bagaikan airmata,mempamerkan
ciri rupa yang sangat comel.
Sementara Penerbit dan Jurukamera mencari sudut-sudut sesuai
untuk memulakan pengambaran,perhatian saya tertumpu kepada
aliran anak sungai yang jernih segar tersebut.
‘Plop..!!..ploppp!!’seekor katak air melompat di batuan tebingnya.
Saya maklumkan kepada Azura akan kehadiran fauna kaki Gunung Brincang.
Melilau mata beliau mencari-cari kedudukan katak air menurut posisi
jari telunjuk yang saya arahkan.Jarak nya saya anggarkan kurang
lebih 10 langkah dari kedudukan kami,kerana warna penyamarannya yang
sangat bagus serasi dengan warna tanah membuatkan mata Azura tidak
dapat melihatnya dengan jelas.
“Nooo...!! it’s not a frog” suara Azura keraguan.
“Yes it is!!” saya.
“Noooo!!”
“Degil minah ni!!” bagi membuktikan kenyataan saya,lantas saya mengambil
seketul batu lalu melontar ke arah katak air itu.Ketul batu itu tepat singgah
di belakang katak.Maki seranah si katak pasti berbakul kepada saya.
Kesakitan membuatkan si katak melompat tinggi terus menjunam masuk
ke dalam air.
‘Ooo..My God!!...ye lah katak..kesiannya dia”jerit Azura.
“Tu laaa,,tak caya”
“Tih..hiii..iiii..hiii”
“Ok!!!!! STAND BY”
“Camera rolling..!!! Action!” laungan suara penerbit mematikan gelagat kami
Mail Serau cepat mematikan rokok yang belum puas dihisap.
En.Murad pegawai dari Jabatan Hutan merangkap jurupandu pendakian
kami mula melangkah sebagai kepala jalan.Dalam usia 53tahun beliau masih
kelihatan mancho,masih “Bronson” ha..ha..ha..
The making of Xplorasi rtm1 pun bermula.
Mak aiiii...mula-mula pendakian pun kami telah dihidangkan dengan
laluan pendakian yang mencanak.Mujurlah cuaca pergunungan yang segar
dan dingin itu menyamankan pendakian kami. Pernafasan sedikt tidak selesa
akibat tekanan oksigen menipis sindrom biasa bila berada di pergunungan.
Pun begitu keindahan alam hijau sekeliling, membuatkan kami lupa akan hal itu.
Sepanjang denai pendakian banyak kami bertemu flora-flora pergunungan yang unik,
Terutama dari spisis orkid.En Murad tidak lokek memberikan maklumat
tentang hutan gunung(Mountane Foresti.)Maklumat-maklumat yang dikongsikan
itu sangat berharga bagi saya pencinta tegar alamsemulajadi.
Kasih saya kepada alam semakin mendalam.
Sepekara yang menyenronokan pada pendakian ini,apabila kami berjalan diatas
perbatasan sempadan dua buah negeri Pahang dan Perak.Tapak kaki kiri di Perak
manakala tapak kaki kanan di Pahang.Sangat teruja.
Menurut En.Murad jika pendakian biasa untuk sampai ke puncak Berincang akan
memakan masa 2 jam.Tetapi kerana kami dalam membuat rakaman pengambaran
maka anjakkan masa itu menjadi sedikit lebih panjang.
Selaku penerbit Bob sangat teliti serta komited dalam kerjanya.
Beliau gemar mengambil shot-shot ‘GEMPAK”.Tidak terkecuali dalam
pengambaran kali ini,tiba di satu kawasan beliau mengarahkan jurukamera
untuk memajat pokok,malahan beliau sendiri turut memajat pokok
tersebut bagi mendapatkan view shot dari atas.Pohon itu tidaklah
begitu tinggi tetapi sebahgiannya disaluti onak-onak pohon rotan
yang membelit menjadi satu kesukaran untuk dipanjat.Khalayak penonton
jarang mengetahui bahawa siaran rancang yang keudara selama lebih kurang
30 minit ini pembikinan sebenarnya memakan masa berhari-hari untuk disiapkan
Juga kerja-kerja di belakang tabirnya lebih mencabar daripada apa yang terpapar
di kaca tivi.Saya telah agak kerap mengikuti kerja-kerja pembikinan rancangan ini.
Cara warga kerjanya menjalankan tugas turut menjadi sebahgian pengalaman saya.
Berkesmpatan merasai pengalaman-pengalaman ini satu tuah bagi saya..
Rimba belantara,laut dan gunung telah diredah,memang lasak ada ketika terpaksa
berhadapan dengan bahaya tak terduga,tetapi adventure ini sangat menyeronokan
tidak ramai orang berpeluang menimba pegalaman sedemikian.
Tengang 20 minit lagi untuk sampai ke puncak Gunung Berincang jurukamera kami
diserang tebuan tanah secara mengejut,beliau mendapa 3 liang sengatan.
Alhamdulilah antibody beliau bagus,sengatan itu tidak begitu memudaratkan.
Beliau ini pun bukan lah calang-calang orang,beliau sendiri merupakan jurukamera
terlibat bertugas dalam projek pendakian Evrest.
Saya menarik nafas lega setelah kami semua berjaya tiba dipuncak Berincang
dengan selamat.Fikiran saya mengimbau terkenang kisah dalam buku yang pernah
saya baca suatu masa dahulu TOUCHNG THE VOID.Sekarang biarpun tidak sepenuhnya
saya mulai faham bagaimana perasaan berada di ruang yang “VOID” itu.
Kita dapat lebih mengenal diri.Pendakian hari ini saya anggap sebagai “Warm up”
untuk satu lagi pendakian.Esuk Gunung Irau pula menanti.
3 comments:
Assalaamu alaikum..
Pe kabor bro ubi?
Ingat lg ke keh?:)
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.
tahan!
tahan!!
tahan!!!
baru nam bulan!!!
kasi cukup setahun!!
baru lah geng!!!
salam umzaid ingat,,cuma saya lama tak buka panggong maaf
Post a Comment