Tuesday, December 17, 2013

Bernafas dalam lumpur





Sebelumnya beberapa ketika dahulu,dia memijam penggali
dari kami,penggali itu hingga kesaat ini masih belum
dipulangkan.Pernah ayah saya bertanyakan perihal penggali
yang dipinjamkan itu.
“Tak tau kemane,illang ditiup angin mase ribut aritu barangkali!”
Alasan yang beliau berikan itu membuatkan ayah mendiamkan
terus isu pemggali bertaran besi tersebut.

Itu bukan ceritanya lagi,ada cerita lain tentang abang M.Jaih ini.
Abang M.Jaih menamatkan musim mendudanya dengan menikahi
Mek Teh janda arwah Mat Arip yang meninggal akibat kemalangan
jalan raya.
Mek Teh biarpun bukan janda muda tetapi dia janda ada mende.
Setelah menjadi suami Mek Teh,kerjaya M.Jaih bertukar daripada
Penyembelih ayam di pasar kepada tokey kedai makan milik
Mek teh.Suami isteri ini menjalakan pernaigaan kedai makan
di rumah kedai sewaan Majlis Tempatan bertempat disimpang
jalan masuk kerumah saya.
Perniagaan mereka nak dikatakan maju sangat tidak lah,tetapi
boleh tahan berkira lah juga.2-3 eko ikan patin masak tempoyok
tu senang2 lah langsai dalam sehari.
Peringkat awal perkongsian hidup M.Jaih dengan Mek Teh
rukun dan makmur,perangai M.Jaih yang lemah lembut
serta penyayang itu juga mampu membuatkan anak-anak tiri
kasih akan beliau selayaknya seperti ayah kandung.
Lebih2 lagi cucu Mek Teh, anak kepada anak sulong Mek Teh.
budak usia 3 tahun tu lebih gemar tidur celah ketiak M.Jaih.
Bau hapak ketiak beliau barangkali telah menjadi candu
yang membius deria budak itu.
Alahai seribu kali sayang,kadangkala suatu hal yang
tidak pernah dijangkau oleh akal waras kita,tiba-tiba
saja mendatang.Langit yang semulanya tadi cerah
tiba-tiba saja mendung dan ribut pun membadai.

Pada fikiran waras saya secara peribadi sukar
untuk saya menerima bahawa Mek Teh yang usianya
54 tahun dan sudah beranak 5 dan mempunyai 3 cucu itu
boleh tergamak bertukar arah haluan cintanya.Kehadiran
Mail Jip Kuning yang selalu berulang makan di gerai mereka
Telah meruntun cinta birahi Mek Teh.Mail pencen derebar
Lori angkut sampah ini menjadi kegilaan Mek Teh.Entah apa
Istimewanya beliau saya tak nampak berbanding dengan
M.Jaih..oh...barangkali candu rokok dibibir Mail Jip Kuning
Ini lebih tebal kalau di ukur dengan candu rokok dibibir
Mat Jaih.Ya apa boleh buat iblis sangat istiqomah didalam
Memainkan perananannya.Mentera Lucifer telah menyarung
Di tubuh Mail Jip Kuning sehingga Mek Teh kerasukkan angau.
Perihal asmaradana terlarang Mek Teh sangat-sangat menjolok
mata dan perasaan M.Jaih,begitu juga ahli-ahli keluarga.
M.Jaih selaku suami menasihati Mek Teh secara baik namun
Usaha beliau dibalas dengan kata halau dan berambus.Menikus
M.Jais lipat kain baju berundur.Tak terlawan dia dengan kegarangan
Mek Teh.Bila anak-anak dan ahli keluarga pula cuba member teguran
Mek Teh meraung meledak kemarahannya sampai ke gurun sahara
Garangnya bagai Pontianak tercabut paku.
“Penggali M.Jaih tu dah tak binkas dah...!”
“Tarannya nya sejuk macam sulur keladi..lembik!”
Dalam hati saya:
“Laaaa...hok doh kering haid pun masih dok bekira
mende gini lagi!”

Makanya kini saban petang M.Jaih akan kerumah saya
mengadu hal nasibnya yang malang kepada ayah saya.
kesian ayah saya sepatutnya dalam usia 80an beliau
sudah tidak perlu dibeban dengan cerita haru biru
anak cucu.Tetapi apa boleh buat orang tua itu
menjadi pilihan untuk M.Jaih mengadu.

Emmm...alahai..penggali..penggali...lucifer...lucifer...

Nota:  Sehingga cerita ini diceritakan M.Jaih masih belum
           melepaskan Mek Teh

Wednesday, May 8, 2013

Sepet

Lazimnya rutin pagi Sabtu saya akan berjalan kaki menelusuri landasan keretapi ke pekan Lipis beriringan dengan beliau. Susun atur papan selipar landasan yang beserakan batubatan pejaltindih menindih mengakibatkan lankahan kaki tuanya yang sudah kekurangan kudrat itu terpaksa dihayun dengan cermat. Ada ketikanya beliau terpaksa saya pimpin. Asyiknya sepanjang perjalanan kami yang memakan masa kurang lebih 15 minit Itu,beliau akan banyak becerita dan berceloteh.Begitulah adatnya seorang tua. Manakala saya hanya banyak menadah telinga dan sekadar hmm..hmm saja. Itu lah sifatnya seorang Ubi(SENYUM). Cerita-ceriti si nenek ini dari hal-hal yang biasa2 saja sekitar kisah harian penghidupan kami kelompok marhaen. Beliau akan mengomel tentang kebun dan tanamannya yang sering diserang musuh,akibat hutan-hutan sekeliling sudah mengecil diasak pembangunan. Kisah ayam itiknya yang dibaham Sawa.Bukan sekadar ayam itik malahan sang belit juga telah membaham seekor anak anjing peliharaannya. Tidak kurang juga beliau akan merunggut tentang kakinya yang sudah tidak gagah berjalan,lutut yang selalu asam-asam.Angin dalam badah sudah tak terlawan oleh tampalan plaster berubat Koyok. Paling manis kenangan saya bersama beliau ada lah sapaan beliaupada saya. Ya masih terdengardengar suara tuanya itu di benak saya “ An chek! Selamat pagiii!!!,An chek apa kabaa?”. ‘An Chek’ itu membawa maksud Encik.Tetapi kerana telo Tionghuanya maka sebutan itu berbunyi sedemikian. Demikian cebisan kisah kenangan saya bersama nenek Ah Teck. Saat nukilan ini saya tulis mendiang telah pergi menemui penciptanya sudah masuk hampir 2 tahun. Sekarang rutin hari sabtu saya ada satu kesan kekosongan, sewaktu saya berjalan kaki ke pekan Lipis,yang saya kutip adalah sisa-sisa kenangan yang tertinggal di landasan.RIP. Tuan/Puan Maaf ini bukan kisah romantic kota Paris, bukan pula kisah suci diri9kali umrah mencium Keabah. Ini sekadar kisah kecil yang benar,tentang 2 orang anak manusia makhluk Tuhan.Manusia marhaen yang tidak ambil pusing dengan slogan 1 Malaysia. Kisah anak manusia yang cuma sementara disini. Saya kongsikan kisah hidup saya ini dengan harapan ikhlas agar ada kebaikan padanya. Tulusnya saya bersyukur diatas anugerah pengalaman ini, Terima kasih Allah.