Lazimnya rutin pagi Sabtu saya akan berjalan
kaki menelusuri landasan keretapi ke pekan Lipis
beriringan dengan beliau.
Susun atur papan selipar landasan yang
beserakan batubatan pejaltindih menindih mengakibatkan
lankahan kaki tuanya yang sudah kekurangan kudrat
itu terpaksa dihayun dengan cermat.
Ada ketikanya beliau terpaksa saya pimpin.
Asyiknya sepanjang perjalanan kami yang memakan masa
kurang lebih 15 minit Itu,beliau akan banyak becerita
dan berceloteh.Begitulah adatnya seorang tua.
Manakala saya hanya banyak menadah telinga
dan sekadar hmm..hmm saja.
Itu lah sifatnya seorang Ubi(SENYUM).
Cerita-ceriti si nenek ini dari hal-hal
yang biasa2 saja sekitar kisah harian penghidupan
kami kelompok marhaen.
Beliau akan mengomel tentang kebun dan
tanamannya yang sering diserang musuh,akibat
hutan-hutan sekeliling sudah mengecil
diasak pembangunan.
Kisah ayam itiknya yang dibaham Sawa.Bukan sekadar
ayam itik malahan sang belit juga
telah membaham seekor anak anjing peliharaannya.
Tidak kurang juga beliau akan merunggut tentang
kakinya yang sudah tidak gagah berjalan,lutut
yang selalu asam-asam.Angin dalam badah sudah
tak terlawan oleh tampalan plaster berubat Koyok.
Paling manis kenangan saya bersama beliau
ada lah sapaan beliaupada saya.
Ya masih terdengardengar suara tuanya itu di benak saya
“ An chek! Selamat pagiii!!!,An chek apa kabaa?”.
‘An Chek’ itu membawa maksud Encik.Tetapi kerana
telo Tionghuanya maka sebutan itu berbunyi sedemikian.
Demikian cebisan kisah kenangan saya bersama nenek Ah Teck.
Saat nukilan ini saya tulis mendiang telah
pergi menemui penciptanya sudah masuk hampir 2 tahun.
Sekarang rutin hari sabtu saya ada satu kesan kekosongan,
sewaktu saya berjalan kaki ke pekan Lipis,yang saya kutip
adalah sisa-sisa kenangan yang tertinggal di landasan.RIP.
Tuan/Puan
Maaf ini bukan kisah romantic kota Paris,
bukan pula kisah suci diri9kali umrah mencium Keabah.
Ini sekadar kisah kecil yang benar,tentang 2 orang anak
manusia makhluk Tuhan.Manusia marhaen yang tidak ambil
pusing dengan slogan 1 Malaysia.
Kisah anak manusia yang cuma sementara disini.
Saya kongsikan kisah hidup saya ini dengan harapan
ikhlas agar ada kebaikan padanya.
Tulusnya saya bersyukur diatas anugerah pengalaman ini,
Terima kasih Allah.
2 comments:
..Terima kasih tuan...Hari ini saya merasakan mendapat tiket wayang kelas 1...
deep..
jawa peranakan..
Post a Comment