Sebelumnya
beberapa ketika dahulu,dia memijam penggali
dari
kami,penggali itu hingga kesaat ini masih belum
dipulangkan.Pernah
ayah saya bertanyakan perihal penggali
yang
dipinjamkan itu.
“Tak tau
kemane,illang ditiup angin mase ribut aritu barangkali!”
Alasan yang
beliau berikan itu membuatkan ayah mendiamkan
terus isu
pemggali bertaran besi tersebut.
Itu bukan
ceritanya lagi,ada cerita lain tentang abang M.Jaih ini.
Abang M.Jaih
menamatkan musim mendudanya dengan menikahi
Mek Teh janda
arwah Mat Arip yang meninggal akibat kemalangan
jalan raya.
Mek Teh
biarpun bukan janda muda tetapi dia janda ada mende.
Setelah
menjadi suami Mek Teh,kerjaya M.Jaih bertukar daripada
Penyembelih
ayam di pasar kepada tokey kedai makan milik
Mek teh.Suami
isteri ini menjalakan pernaigaan kedai makan
di rumah
kedai sewaan Majlis Tempatan bertempat disimpang
jalan masuk
kerumah saya.
Perniagaan
mereka nak dikatakan maju sangat tidak lah,tetapi
boleh tahan
berkira lah juga.2-3 eko ikan patin masak tempoyok
tu senang2
lah langsai dalam sehari.
Peringkat
awal perkongsian hidup M.Jaih dengan Mek Teh
rukun dan
makmur,perangai M.Jaih yang lemah lembut
serta
penyayang itu juga mampu membuatkan anak-anak tiri
kasih akan
beliau selayaknya seperti ayah kandung.
Lebih2 lagi
cucu Mek Teh, anak kepada anak sulong Mek Teh.
budak usia 3
tahun tu lebih gemar tidur celah ketiak M.Jaih.
Bau hapak
ketiak beliau barangkali telah menjadi candu
yang membius
deria budak itu.
Alahai seribu
kali sayang,kadangkala suatu hal yang
tidak pernah
dijangkau oleh akal waras kita,tiba-tiba
saja
mendatang.Langit yang semulanya tadi cerah
tiba-tiba
saja mendung dan ribut pun membadai.
Pada fikiran
waras saya secara peribadi sukar
untuk saya
menerima bahawa Mek Teh yang usianya
54 tahun dan
sudah beranak 5 dan mempunyai 3 cucu itu
boleh
tergamak bertukar arah haluan cintanya.Kehadiran
Mail Jip
Kuning yang selalu berulang makan di gerai mereka
Telah
meruntun cinta birahi Mek Teh.Mail pencen derebar
Lori angkut
sampah ini menjadi kegilaan Mek Teh.Entah apa
Istimewanya
beliau saya tak nampak berbanding dengan
M.Jaih..oh...barangkali
candu rokok dibibir Mail Jip Kuning
Ini lebih
tebal kalau di ukur dengan candu rokok dibibir
Mat Jaih.Ya
apa boleh buat iblis sangat istiqomah didalam
Memainkan
perananannya.Mentera Lucifer telah menyarung
Di tubuh Mail
Jip Kuning sehingga Mek Teh kerasukkan angau.
Perihal
asmaradana terlarang Mek Teh sangat-sangat menjolok
mata dan
perasaan M.Jaih,begitu juga ahli-ahli keluarga.
M.Jaih selaku
suami menasihati Mek Teh secara baik namun
Usaha beliau
dibalas dengan kata halau dan berambus.Menikus
M.Jais lipat
kain baju berundur.Tak terlawan dia dengan kegarangan
Mek Teh.Bila
anak-anak dan ahli keluarga pula cuba member teguran
Mek Teh
meraung meledak kemarahannya sampai ke gurun sahara
Garangnya
bagai Pontianak tercabut paku.
“Penggali
M.Jaih tu dah tak binkas dah...!”
“Tarannya nya
sejuk macam sulur keladi..lembik!”
Dalam hati
saya:
“Laaaa...hok
doh kering haid pun masih dok bekira
mende gini
lagi!”
Makanya kini
saban petang M.Jaih akan kerumah saya
mengadu hal
nasibnya yang malang kepada ayah saya.
kesian ayah
saya sepatutnya dalam usia 80an beliau
sudah tidak
perlu dibeban dengan cerita haru biru
anak
cucu.Tetapi apa boleh buat orang tua itu
menjadi
pilihan untuk M.Jaih mengadu.
Emmm...alahai..penggali..penggali...lucifer...lucifer...
Nota: Sehingga cerita ini diceritakan M.Jaih masih
belum
melepaskan Mek Teh
3 comments:
Mail jip kuning pencen drebar..mcm kenei je..hihihi..
Nobel ke cerpen? Teruskan mengarang biar jadi panjang
boleh buat bacaan waktu senggang.
Syabas!!! saya ulang.
Nobel ke cerpen
teruskan mengarang biar panjang
buat bacaan waktu senggang
Syabas!!! saya ulang
syabas!!!
Post a Comment