Wednesday, June 27, 2012
Touching The Void
19.06.02- Tanah tinggi Cameron sudah banyak kehilangan“Englandnya”
berbanding dengan era awal tahun 80an semasa saya tinggal di sini.
Air tasek dan sungai-sungainya keruh likat berlumpur serta tercemar.
Rimbun teduh hijauan hutannya banyak sudah yang rebah,bukit-bukau
ditarah punah.Semua atas alasan sangat klise rakyat perlukan pembangunan.
Apa yang dibangunkan saya pun tak tahu,tetapi yang sangat pasti ada pihak yang
rakus mengejar mewah.Maaf saya meminjam kata-kata hikmat Ah Jib Gor
puak-puak pemusnah alam ini adalah HARAM JADAH.
Putaran kipas angin ditahap kuasa dua serentak dengan pendingin hawa
terpasang,Mail Serau sudah lena diulit mimpi.Badannya dibungkus baju
sejuk dan dua helai baju biasa.Bersarung tangan serta bersetokin,selimut
tebal bilik hotel Jasmin membungkus badan beliau bagaikan buah nangka
bersalut kemas.Saya bercelana pendek,selimut sekadar membungkus
paras pinggang ke bawah.T Shirt lengan panjang saya memadai sebagai
perisai kepada kesejukan hawa yang tidak dingin itu.Mata terkebil-kebil
menatap langit-langit bilik hotel 118.Liat untuk tidor walau pun angka
jam sudah hampir pukul 1.00 pagi.Racau fikiran saya bukan sekadar
sedihkan nasib yang menimpa Cameron Highland tetapi ada yang lebih
daripada itu.Hati kecil saya dijentik cuak.Cuak adakah saya masih
berupaya melakukan tugasan esok hari.Pada takah usia sekarang lasak
lagi ke saya,sebagaimana dahulunya?.Saya memanjatkan doa semoga
diberikan keupayaan oleh Allah.Irama lagu country This Old Road nyanyian
Kris Kristofferson menjadi runut menghantar saya ke alam lena setelah
berhempas pulas memujuk mata supaya berehat.
Bersambung.....
Tuesday, May 22, 2012
Tree of life (Catatan buat RadzifHanif)
Saya diminta untuk memberikan sedikit ulasan tentang hasil karya beliau.
Setelah selesai menatap helaian lembaran yang dihidangkan dalam dua
buah naskah yang dihadiahkan kepada saya,saya jadi agak malu kerana
takut tidak mampu memberikan kata-kata yang cukup tepat untuk
mengambarkan pandangan dan perasaan saya terhadap 2 buah buku beliau ini.
Saya kemiskinan kata-kata.
Not in the Brochure dan Nature of all thing,kalau ianya sejenis menu hidangan
pasti saja ianya satu masakan yang exotic yang jarangkali kita berkesempatan
untuk menjamahnya.Setelah selesai menyantap hidangan itu segera saja kita
akan berAlhamdulilah dan mengucapkan ummppphh!
Itu kalau ianya berupa makanan tetapi kalau hendak diserasikan dengan
jodol Blog saya ini,maka dapatlah saya samakan seperti menonton filem
Tree of life hasil karya hebat Terence Malik.dan muktahir ini untuk pilem
tempatanya pula hasil buah tangan Dain ‘Bunohhan’.
Photo-photo yang terhidang didalam buku ini bukan sekadar
juadah penyedap mata tetapi ianya juga perlu dinikmati dengan
deria rasa jiwa.Ungkapan tersohor mengatakan sekeping gambar
mampu menyampaikan seribu cerita itu saya setuju,tetapi cara
persembahan cerita itu pula juga perlu diambil kira,nah disini saya
ketemui kehandalan saudara RadziHanif membuat persembahan.
Latar belakang beliau sebagai pelukis itu sangat menyumbang kepada
keupayaan beliau menyuntik unsur estitika kepada subjek yang dikira
biasa-biasa dan lazimnya kita sering terlepas pandang.Lensa beliau
seakan-akan memberitahu kita bahawa tiada yang sia-sia atas
segala ciptaan Allah,cumanya kita ini lah yang tidak pernah peka dan
mahu memikirkan tentang hakikat kejadian.
Dua buah buku ini punyai falsafah yang perlu dicernakan oleh akal fikiran.
Sebagai pengemar lukisan saya juga teruja dengan skecth beliau yang
dicicipkan antara ruang ruang halaman buku beliau yang comel ini
.Ingin saya sarankan agar beliau memberi “Caption’bagi setiap
sketching beliau itu keran itu akan lebih menarik.Sepekara lagi jikalau
boleh elok kiranya beliau catatkan waktu dirakam dan tarikh setiap photo
yang dipersembahkan.Cadangan kecil ini bolehlah difikirkan bagi projek
beliau yang berikutnya.Selamat maju jaya.
Monday, May 2, 2011
Ali Setan
Kelompok anan-anak sekolah yang menaiki bas dan gemar
berkumpul di kerusi bahagian belakang,lazimnya di bilik
darjah pun posisi itu jua lah tempat kegemaran mereka.
Mereka kelompok murid-murid lelaki yang berperangai
Rabel dan nakal-nakal.Gemar membuka butang baju
bahagian atas biarpun bulu dada ada Cuma 3 helai.
Melipat kaki seluar agar diketahui orang yang dia tidak
Memakai setokin ke sekolah.
Itu senario kurang lebih 30 tahun sudah.
Bus Lipis-Jerantut jam 1.30 jumaat yang lepsa,sendat
sarat dengan penumpang.Diramaikan oleh anak-anak
sekolah yang hendak pulang ke kampong sempena
cuti hujung minggu yang panjang,bersambung dengan
cuti hari buruh.
Mujurlah saya ini lelaki tua yang manco perkasa persis
Indiana Jones.Jika tidak membeli tiket kelas berdiri
bagi perjalanan memakan masa selama 1jam 20 minit
bukanlah sesuatu yang selesa..Had muatan penumpang
yang tetera tulisanya 40 orang sahaja,tetapi hari itu
angka had muatan itu ditambah lagi 30 orang..
Di hati saya terkenangkan saranan Meor,kehidupan
dan pengalaman yang anugerahkan hendaklah kita
raikan.Maka moment itu saya raikan secara berlapang
dada.Di layar kepala saya dendangkan irama
lagu “Cotton Field”dari ClearWater
Gadis pengacip tiket itu juga agak menghiburkan
sebenarrnya.Biar bukanlah secantik Maya Karim
namun dia ada cirri-ciri “A Girl Next door”.
enak dipandang mata…dengan izin “Phiwwiiiittt”
Kondisi kerusi bas yang ini saya lihat sangatlah aduhai…
2-3 buah darinya telah roboh bahagian penyandarannya.
Saya memdapat jawapan kepada kejadian ini
dengan membuat rumusan sendiri bersandarkan
kepada cara kenderaan awam ini di pandu.
Anil derebar itu samaada kakinya ada penyakit
Untut yang memberat atau helakang tapak kakinya
telah Terikat 3 lapis batu bata.Bebanan itu telah
menyukarkan beliau untuk meredakan tekanan
pada bahagian paddle minyak.
“Tinggggg!!” loceng isyarat berheti berbunyi.
Saya tersentak dari lamunan.Seorang anak sekolah
dari kelompok barisan bangku belakang meluru
membolosi saf-saf penumpang yang berdiri.
Rambut nya disisir tacak-tacak bagai duri landak.
Tubuh nya cekeding saling tak ubah Apek Sinario.
“…Bas ni kalau tak berhenti aku terajang karang”
Hamburan suara radang beliau mengertak.
Hati kecil saya tak putus berdoa,agar bas ini segera
berhenti di posisi yang tepat.Saya sangat risau
jika anak sekolah rambut tacak-tacak itu mengamuk.
Saya yakin tendangan beliau pasti akan membuatkan
bas ini tunggang terbalik paling kurang pun 7 kali
pusingan.
Saya tahu sangat anak-anak sekolah yang suka duduk
bahagian bangku belakan, handal-handal dan brutal.
Kurang lebih 30 tahun dulu saya pun dalam list
kelompok itu.Buckle tali pinggang siap lambang
tengkorak kering.Kelompok yang sangat handal
dengan temberang dan angan-angan.
Setelah lebih 30 tahun berlalu saya menjangkakan
anak-anak sekolah semakin bertambah bertamadun.
Rupanya emmm alahai…..
Wednesday, April 27, 2011
The King and I (2)
“Hey Eve may I know…what you wanna be in your life?’
Aku bertanya kepa Eve sicilik manis itu.
“Emm,I want to be a scientist, that study climax change
and stuff hope that I can do something good to our planet”
Nah sicilik 9 tahun itu begitu advance jalan pikirnya.
Kita yang disini dah tua Bangka masih teruja nak
membina logi nuke…
Ha..ha..ha..
Seketika kemudian setelah anak-anak itu puas bermain selut
dan lumpur,kami meneruskan perjalanan memasuki denai hutan.
Christ sibongsu mula tak selesa takutkan serangga dan pacat.
faktor keletihan juga menyumbang minta dirinya didukung.
Melihat rama-rama terbang mengelilinginya pun dia dah
merunggut.
“Oh,,,come on chrit it just a lovely butterfly.
It won’t do any harm”
Victoria menenangkan perasan anaknya.
“Yes mom…but what happen if that butterfly
thought I am a flower?’
Tingkah suara Christ cemas.
-end-
NOTA:
Kepada para pembesar negeri yang sangat teruja dengan
Projek membina loji nadir bumi di Gebeng silakan
Membaca buku-buku tulisan saintis Australia Tim Flannery.
Tuesday, April 26, 2011
The King and I
Kira-kira dua minggu yang lepas,saya membawa
keluarga King dari London pergi Jungle Trekking ke
Taman Rimba Kenong.Sekadar a day trip,masuk pagi
keluar petang.Bukan!!!! mereka bukannya
Royal Family British yang sedang sibuk nak meraikan
kenduri khawin tu.
Ini keluarga Steven King.Isteri beliau bernama Victoria.
Bersama mereka 3 orang anak-anak yang comel.
si sulung Eve namanya 9tahun,kedua Chad 7tahun yang
bongsu Christ 4 tahun.Anak cilik yang manis-manis
serta sangat menghiburkan.
Akibat curahan hujan pada malamnya,denai laluan kami
menjadi licin berlumpur,terutama pada bahagian lopak
lopak yang menakung air.Demi terpandang selut dan
lumpur ini,anak2 King menjadi teruja dan terus
berkubang sambil menyapu-nyup badan mereka
dengan selut dan tanah lumpur itu.Bau lumpur tiada
menjadi masaalah bagi mereka,malah ia bagaikan aroma
wangian Lavander barangkali pada deria bauan mereka.
“Wow..this is mud…real mud…if I live here mud must
Be my religious!!!.” Eve berteriak riang.
BERSAMBUNG
Monday, January 31, 2011
monsoon wedding
Rupanya musim pejor masih belum reda.Orang tua-tua
menramalkan endahnya sampai habis raya cina.
Banjir dah mula melanda beberapa buah negeri
di wilayah selatan.Ampuh beberapa buah bandar
di sana khabarnya..
Cuma bah ini sebaliknya banyak menbagi aral
pada rancangan untuk menaikan 'AIR" keatas katil
berjumlah 4 kaki bertindih.Mengkelanlah hasrat
mempelai tertangguh hasrat nak berpanas badan
menghilangkan sejuk muim pejor.
Musim pejor,musim subur.
Apa yang dicucuk tanam mudah cambahnya.Kecuali kalau pada yang suka membakar
baik membakar buku,sampah atau orang
pejor-pejor begini api payah idup,lembab.
Terbakar kampong nampak asapnya
terbakar hati siapa yang tahu.
bara biar di bawah sekam
elok je maraknya..
Monday, January 3, 2011
Lucunya Negara Ini

A: Waduh...Waduh aku kasihan sekali sama Ratna
saban hari aku dengar rintihanya "Aduh Bu,ampun Bu!!!"
lantran di dera oleh majikannya..dipaksa kerja terus-terusan
B: Ah...nasib dia tidak seburuk aku!! penderitaan aku lebih perit
... Saban malam aku beteriak "Ampun Pak...Jangan Pak" kerana
gara-gara di kerjakan majikan aku terus-terusan
See More
Subscribe to:
Posts (Atom)


