Monday, December 8, 2008

The day after tommrow



Tidak untuk menafikan berlakunya bencana itu adalah atas iradatNya
Sang Maha Esa.Tetapi ketololan kamu lah yang menjadi penyumbang.
Ketololan yang ulang berulang telah membuahkan kejadian itu.Maka
terjadilah pesta maut tersebut pada detik 4pagi 6hb Dis.Maka kita pun
segera mengaitkan Disember sebagai bulan tragedi.
Tolol memang tolo sungguh.

Apa lagi yang dapat saya katakan... memaki hamun telah kerap
saya lakukandan ianya telah amat melelahkan.Barangkali elok saja
sempena hariraya Aidiadha ini saya terus saja sampaikan salam tahniah.
Ya tahniah kerana tolol yang kamu ulangi itu telah sekali
lagi menghasilkan buah hiba.

Kerana kamu gemar bermegah di ruang mewah,maka ada yang
menjadi korban terhimpit bergelut payah.Di tapak pesta maut ini bapak-bapak
menteri bagai biasa akan melolongkan ayat klise

"Hentikan dan haramkan segera segala Projek Tanah Tinggi"

Siapa mahu dengar dan pakai cakap Pak menteri itu...? Cakap mereka
tak boleh pakai sebab mereka selalu cakap terbalik.Sebenarnya mereka
perlukan Pesta tragedi sedemikian untuk mereka meraih populariti.
Cakap-cakap dogeng mereka ini pasti akan kita dengar kembali di pesta
maut yang mendatang.Percaya lah cakap saya.Semua itu wayang sarkas.

Terlanjur bicara pasal wayang,disini saya ingin maklumkan bahawa
Paradise Theater tidak mampu untuk menayangkan Pilem2 baru sekerap selalu.
Saya si pemilik panggung kini berkelana ke negara kayangan milik dewa2 air.
Di sana padang pemburuan rezeki terkini saya.Kehidupan glamour
bersama-sama bunian dan zombie2 Taman Kayusuci akan
beransur-ansur saya pinggirkan.Bersama dewa-dewa air saya akan
mengembala masser ternakan mereka.Bagaimana pun saya bersyukur
kerana masih di jalur pencarian rezeki bersama-sama kelompok naturelist
Musykil nya di Tanah Kayangan ini agak sukar untuk saya mengapai sesawang
maya,maka yang demikan itu penyebab yang menyulitkan saya untuk
menayangkan pilem-pilem baru.Selamat Hari Raya Aidiladha kepada anda semua.

15 comments:

INTAN RH said...

salam. bulan disember mmg bulan tragedi, tragedi mak koi melahirkan koi .. :)

Anonymous said...

bukan tragedi tu bulan oktober saja ke??
tak caya tanya awie wings..hehe

benludin said...

pyanhabib pun bersependapat dgn kita...

http://pyanhabib.blogspot.com/2008/12/catatan-dari-bukit-antarabangsa.html

Anonymous said...

BRO..

PINDAH KE? KE MANA? NEGARA ATAS AIR? BRUNEI KE?

ubilepih said...

slam sis..jg caye smua tu khurafat..

Klu pyan sependapat wa yg insan kerdil sehalus smut tumpang bangga tu..ha..ha

Masih kat semenajug JP..cuma beralih angin kenegara kayangan milik dewa2 air..wa tolong jaga Masser ternakan mereka

Anonymous said...

kat manalah negeri tu agaknya?

Anonymous said...

adalah dicadangkan agar Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa BERUMAH DI LERENG BUKIT ADALAH HARAM..

eh..tapi bila difikirkan sekali lagi..tak perlu la..org kita ni bukannya takut pada benda HARAM.. JOM HEBOH yang dah diHARAMkan tu pun masih berduyun-duyun org tengok..

YOGA yang dah diHARAMkan tu pun masih ada yang mempertikaikan..

ubilepih said...

Pn. saya masih di indramakmur gak,cuma bepindah alam..alam kerja saya smakin lasak la ni..maklum lah saya sekarang jdi highlander..org tanah tinggi.tapi berkawan dgn dewa2 air plak...

Anonymous said...

ubi..

TANAH TINGGI?!!

awas bro..sekarang ni banyak tanah tinggi yang semakin rendah akibat runtuhan..

benludin said...

dia duk kawasan tanah rendah di Tanah Tinggi kot...hehe

lanterajiwa said...

dewa air... Neptune kot???

ubilepih said...

Bro...nati dlm entry2 gua mendatang lu akan dapat tangkap gak wa lepak kat mana n siapa dewa air kwn wa tu...ha..ha..dlm nws tv 3 smlm wa ada apear cameo diri wa..meraung pasal pcmaran..tapi buka wa yg melalak wa suruh salah seorang dewa tu yg gila nak tyang muka kat tv,,ha,,ha

ubilepih said...

Bro...nati dlm entry2 gua mendatang lu akan dapat tangkap gak wa lepak kat mana n siapa dewa air kwn wa tu...ha..ha..dlm nws tv 3 smlm wa ada apear cameo diri wa..meraung pasal pcmaran..tapi buka wa yg melalak wa suruh salah seorang dewa tu yg gila nak tyang muka kat tv,,ha,,ha

amey ahmad said...

bro ubi,
wa tak pandai pasal kaedah bela dan hasilkan benih ikan ni tapi kalau nak buat baseline study on fish diversity dalam sungai ker, paya ker, boleh ler wa tolong.. kalau nak 'hantam projek' (baca: EIA-by-kroni) yang merosakkan alam esp. buat dam or ladang dalam kawasan hutan dara/sungai dara, cakap la.. wa bo;eh buat assessment - for free..

ubilepih said...

Tq.Bro amey....nanti bila you balik sini kita jmpa and citer dan tukar2 fikiran on enviromental isu insy