Thursday, January 22, 2009

Three Trees and Falling Leaves


Kezaliman binatang zionis itu betul2 bikin saya racau dengan emo dan radang.Dalam pada itu saya terkenangkan sahabat akrab saya pasangan Oscar dan Sybile warga Jerman di Kerrsel.Sudah lama kami tidak mengirim khabar lewat email sibuk bangat dengan urusan hidup barangkali kami ini..ha..ha..ha.

Pasangan ini bedarah keturunan Yahudi.Datuk nenek mereka barangkali mangsa yang terselamat dari keganasan ciptaan Hitler.Oscar Bosman nama itu nampak sangat pure Jew nya..he..he..!Opppsss bagi anda semua yang tengah panas dengan api kemarahan tolong jangan mengengam buku 5 membuka langkah silat atau yang paling ngeri mengacukan keris kontot anda kepada saya lantaran saya bersahabat akrab dengan anak bani Israel.Terutama kepada Along2 PERKUDA tolong jangan belasah saya.Anda handal pergi lah ganyang Zionis nun...

Sebenarnya Oscar dan Sybile juga amat anti dengan kezaliman zionis.Malahan kepada mana2 juga pihak yang suka mencetuskan huru hara dan bencana di bumi ini.Maka demikianlah juga saya.Macamana kami bole akrab?!..ianya bermula delapan tahun yang lalu,ketika itu mereka adalah tourist saya yang saya bawa trekking ke Kenong Rimba Park.Semenjak itu persahbatan kami berlangsung hingga sekarang.

"...kau tahu kenapa kami senang bersahabt dengan kau?" suatu waktu Oscar melontarkan
soalan itu kepada saya.

"Tak"

"Pada pertemuan kita yg pertama,sesuatu yang kau lakukan membuatkan kami percaya
kamu lah orang yang boleh kami percayai untuk di buat kawan.Pekara kecil yang kau lakukan
tapi amat berkesan di hati kami,ia itu sewaktu kau melepaskan anak ayam yang terkial tersangkut di jaringan jala.

"ha..ha..ha.. ahhh ada2 saja kamu Oscar"

Oscar lelaki yang deep serta rabak macam saya,minatnya kepada unsur2 falsafah.Dulunya tidak
percayakan tuhan tetapi sekarang sudah free thinker,cuma belum meganut mana2 ugama tetapi amat tidak minat kepada Kristian.Semoga Nur dari Allah mendatangi mereka suatu hari,kerana
Dia yang maha berhak dan maha memberi.Dia memilih siapa yang Dia suka.

"Mahu tahu fantasi aku apa?!...aku mahu jadikan dunia yang tiada wang,wang bikin manusia rumit,dan mahu bumi ini bebas cemar dan perang dengan alamnya flora dan fauna tepelihara."
:-OSCAR,Tioman 2007.

Ya cerita2 berkisar tentang impian sejahtera untuk planet bumi dan isinya sentiasa menjadi bahan bualan bila saja kami bersama.Kami warga bumi yangrindukan kedamaian.PEACE

7 comments:

jawa peranakan said...

ini adalah salah satu bukti bahawa ZIONIS bukanlah bangsa tetapi ideologi dan pegangan..

maka jangan terkejut sekiranya ada di kalangan MELAYU yang ZIONIS..

CONTOH?

ish..cari sendiri la..banyak kat keliling kita..

ummzaid said...

zionis melayu? saya tak setuju bro jp..

sebut zionis mmg seluruh dunia kata yahudi..tak kira dari negara mana sekali pun..

yg melayu tu...kalau label mrk sokong zionis, saya setuju..


surah a-li imran ayat 110..

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.

benludin said...

ummzaid,
ada melayu yg lebih jahat pd zionis..tak percaya ? percaya la...

jawa peranakan said...

ben..
setuju..
sebab..zionis rampas tanah bangsa lain (iaitu palestin) & beri kepada bangsanya sendiri..tapi melayu rampas tanah bangsa sendiri dan beri kepada bangsa lain..

ummzaid..
sokong,ikut & mengamalkan HINDU akan menyebabkan seseorang itu HINDU..

sokong,ikut & mengamalkan KOMUNIS akan menyebabkan seseorang itu KOMUNIS..

maka sokong,ikut & mengamalkan ZIONIS pun akan menyebabkan seseorang itu ZIONIS jugak la..kan?

jumpa pakcik ubi said...

1.JP wa tak sokong yang membawa rebah..ha..ha..cool.
2.Pn tq for the petikan ayat...
3.Ben wa sokong lu memang ada melayu lebih kejam dari zion

meet uncle ludin said...

tambahan:
ada yg nama je islam...tapi lebih bangsat lagi dari zionis..tak percaya? percaya la..

ummzaid said...

percaya pakcik ludin ..

bro jp..

fikir dari satu hala, betul gak apa yg bro tulis tu..

sama2 bro ubi..