9.30 malam
Perjalanan malam ke K.T jika tidak saya telah menelan pil mencegah
mabuk 1/2 jam sebelum,tentu saya telah meluahkan isi perut saya
sekarang.Bukan dek kerana mabuk di goyang bas,tetapi mabuk
kerana di sajikan dengan video clip dikir barat pop dari peti tivi
bas ekpress ni.Si penyanyi yang asal kejadiannya jantan tapi telah
menukar diri menyerupai perempuan bergelek2 di situ..uweeek!!
Tak paham satu abuk tak tau mende buah butirnya, saya akan
nyanyian itu,tatawarna nya yang vibrant menyengat mata dan
membuatkan pandangan saya berpinar-pinar.Lalu saya pejamkan
mata,teringat meor yang sedang bergelut menyiapkan D.R.U.R.
Di hati,saya humming irama Lagu aman lagu damai.ZZZzzzzz...
Sedar2 jam 3.00 pagi 17hb tiba di terminal bas K.T....mamai-mamai.
Kali terakhir saya jengah KT,tika saya berusia awal 20an..ha..ha..ha
buta kayu juga lah saya di pagi2 buta ni,orientasi becelaru.Nak terus
ke hotel satu kerja bodoh lah,silap2 kena tahan di pak gad atas tuduhan
menceroboh..mujur ada warung kopi buka kat food court terminal itu.
Saya heret langkah saya ke situ dalam keadaan masih bingung2..pekena
kopi "O" panas.
Sekumpulan Brader Bond kelihatan belonggok di meja ke3 besebelahan
dengan meja saya.Biarpun berpakaian pereman tetapi lagak mereka
telalu obvious di pandangan mata saya,sekali imbas saya tahu mereka
matbond.Mata orang seni ada sikit istimewa..ha..ha..atau mereka terlalu
taksub dengan gaya Gelak Khas..ha..ha..ha.
Kalau just a layman macam saya boleh perasan depa tu bond,apatah lagi
penjenayah kelas atas..ha..ha..ha..dalam dunia ini ada orang sanggup
mati kerana gaya...ha..ha..bior mati eksen jgn mati ekseden.....
Laungan Azan berkumandang,mengerakan saya naik ke bahagian
atas terminal mencari surau.