Thursday, September 24, 2009

Panji Tengkorak





Harap orang seberang tidak marah dengan aku gara2 tajuk pilem ni!!!!
ha..ha..

Dari banyak2 pilem karutmarut Hollywood yg di adaptasi dari komik,aku sangat suka dengan siri pilem2 Batman.Sebab apa aku tak tau,barangkali kerana suramnya yang mistikal atau dalam diri aku ada Batman yang terkurung...ha..ha..ha.Dari salah satu siri pilem itu aku masih ingat dengan dialog si wira kelawar kepada wirawatinya.

" Sebenarnya setiap orang memakai topeng"

Ha..ha..ha..tinggalkan saja lelaki kelawar itu bergelendangan di dalam gua diri si ubi.

Sebetulnya saya setelah usai lebaran ini ingin menyemak-nyemak diri.Sejauh mana rawatan Ramadhan bebekas kepada diri.

Wahai diri bergelar Ubi,bagaimana kamu?Setelah di rawat ramadhan apa masih ada ralit bertopeng-topeng di wanyangan hidup.Ubi kamu itu calon jenazah.
Masihkah kamu angkuh dengan menyediakan buku kanun ciptaan kamu yang kamu gunakan sebagai justifikasi hidup.Di halaman orang semuanya merah segala aib menjadi tingkah dimata kamu hak orang semuanya compang camping.Di halaman kamu segala hijau sejahtera tiada noda dan dosa.Jangan kamu cuba-cuba menjadi tuhan ubi.Kamu itu calon jenazah jua sudahnya.

Tiada maksum bagi kita,tapi sedaya mungkin elok lah kamu elakan menista caci carik rabik aibnya orang.Asuh lah hati dengan zikir ingat,cucilah pakaian sendiri yang masih bedaki lendir.
Sukar berhadapan dengan peperangan yang ini,demikian juga lah saudara-saudara kamu..kita sekadar boleh bertolong bantu dengan berpesan-pesan.Menahan sabar memang lah payah tapi itu lah senjata ampuh di medan ini.Kata maaf tidak ada apa-apa makna jika hati tidak mampu melupakan khilaf.Ubi kamu itu calon jenazah...daya tak daya berusaha lah kembali kepada fitrah.

Monday, September 14, 2009

Tayangan Hari Raya



Jika begini lah hebatnya The BoSs
maka
Kepada Matador2 pemengal kepala lembu
Kepada Steve Segal melayu yg cool
Kepada yang lupa diri dah pencen
elok lah pikir2kan dulu sebelum
beremosi,sebelum beraksi..
tepuk dada tanya ilmu...
Jangan sampai kita di kalung selipar.
Hero betul deme2 tu sekarang ni weh!.ha..ha..ha

Bunga- bunga api
telah mula di bakar
percikannya boleh membakar hangus
langsir kerharmonian...
tak beraya kita..ha..ha..ha..ha

SELAMAT HARI RAYA SEMUA>MAAF ZAHIR BATHIN.

Thursday, September 10, 2009

James Dean



Ha..ha..ha..ha
Masa ni wa kenit sangat lagi..masih betelanjang bulat
Zaman wa dengan Shuk duduk kat Malay Bazar.
Gamankya itu jam Pak Hashim Zamidi dah mula membela remos kut.
ha..ha..ha saja gurau2 Pak.kekadang dekat2 raya ni layan nostalgia
seronok juga..tapi dalam mood yang terkawal lah...ha..ha
Harap anda semua tumpang seronok dengan video klip
stoneage tu..ha..ha



Sham ni wa dah jumpa.Tq bro...memang Tielman ni class...ha..ha..ha
Retro sungguh.

Monday, September 7, 2009

Ragging Bull



Salam oneMalaya,Salam oneMalaya,salam oneMalaya

kah..kah..kahh....Betul ke kita akan bersalam
kalau gini caranya..ha..ha..ha

Ini bulan Ramadhan ubi...kamu sebagai orang Islam
hurmati lah bulan mulia ini
Kamu jaga lah puasa kamu,puasa bukan sekadar menahan
lapar dan dahaga.Islam itu ugama sejahtera...
belajarlah untuk menjelaskan makna sejahtera.

Jangan kamu gemar Berbangang-bangang (sila lihat aksi
Steve Segal dlm video klip diatas) sedarlah diri kamu
cuma pelakon tambahan didunia ini.

Ubi siapkan SKRIP kamu yang itu..banyak lagi yang belum
selesai,SKRIP itu skrip kasih sayang,skrip tatasusila
untuk beradab.Shhhhhh...diam kamu ubi.

INI MASIH LAGI PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI YG
JAHIL


YA ALLAH AMPUNKAN AKU YG SELALU MEZALIMI DIRI