Petang Sabtu yang santai
Setelah selesai beliau merasmikan pelancaran buku Sembang Tepi Jalan Meor
Pyanhabib bertanya pada wa:
“OK TAK WA CAKAP TADI?”
Saya kata:
“OK SANGAT SEBAB LU CAKAP DARI HATI
DAN CAKAP LU TAK SERUPA Y.B”
(KETAWA)
Pyanhabib:
(KETAWA)
Kepada Meor:
Bro kalau di petang itu lu masih rasa belum puas menghibur,apatah lagi kami khalayak yang masih tekun mahu mendengar.Wa dan Ben sependapat elok lu bikin satu program lain untuk menghibur pengemar-pengemar lu dan rakan2.Kasi bikin Gig atau mini konsert contohnya,Wa rasa kalau lu bikin jauh di ulu Selanggor orang akan kunjung juga.Cuma wa rasa lu perlu bikin sesuatu yang lebih tersusun dan terancang baik dari sudut promosinya juga pengendalian program itu sendiri.Wa rasa Bro Pyan punya pandangan yang bernas bagi idea ini..cuba-cuba lah menyembang dengan dia.
Mesti kaw punya kalau Lu,Pok de Nan,Nik,Rahmat kasi bikin gig..ha..ha..ha
Mahu tak mahu lu orang kena terima bahawa lu orang sudah ada khalayak pengemar yang ramai bro..(KETAWA)
Rahmat:
Terima kasih kerana sudi melagukan LAGU AMAN LAGU DAMAI,wa tengok kepala Pak Samad pun bergoyang tanda terhibur(Ketawa)
Barangkali mood lagu itu serasi dengan jiwanya
(SENYUM)