Sunday, May 9, 2010

TO SIR WITH LOVE



“Kamu-kamu yang tak suka dengan cara saya

kamu boleh keluar dari kelas ini..jangan masuk

masa mata pelajaran saya”


Kerana hambusan cikgu Din Koboi itu dan

sememangnya saya sangat-sangat tak serasi

dengan gaya dia mengajar maka saya tak pernah

hadir di kelas beliau walaupun mata pelajaran

Sastera Melayu sangatlah saya minati.

Biar pun saya seorang yang pendiam dan reserved

tetapi saya sangat rebel dengan cara cikgu Din koboi

mengajar...tersangatlah gedebenya dia,,,


“Kalau muka kamu bole lulus matapelajaran saya

kamu bole datang dan luku kepala saya..”cabar beliau.


Saya mendapat kepujian 4 bagi mata pelajaran itu

bila keputusan MCE saya terima.Tidak!!.. saya tak

buat kerja bodoh pergi meluku kepala guru..ha..ha..

Apa rahsia kejayaan saya...emmm...?


Ianya kerana bantuan rakan setingkatan yang

duduk bersebelahan bangku saya.Ketika itu

dia simanis tingkatan kami,memang manis dia

hinggakan guru lukisan kami menitipkan surat

cinta kepadanya yang diselitkan pada buku latihan..

Khabar angin mengatakan surat itu berisikan bedak

wangi..(cerita ini biarlah saya ceritakan pada kesempatan

yang lain insyallah)


Si manis ini lah yang selalu meminjamkan saya nota

nota catitan mata pelajaran Sastera cikgu Din Koboi.


“...hey Ubi you salin dan study lah nota-nota ni..”


Senyuman manis dia bikin rebel saya cair..ah budak lelaki

remaja pulak...kena lirikan itu macam kena arus lektrik..

Saranannya saya akur.Tak baik melecehkan bantuan si manis.

Siapakah sidia bunga tingkatan 5 C2 ini?


Selesai persekolahan kami tidak lagi bertemu

hinggalah 30 tahun kemudiannya.

8 tahun sebelum kami bertemu kembali

dia melahirkan Pan.

(Selamat Hari Ibu }


Moral dari cerita ini:

Hormatilah guru selagi dia tidak mengajar kamu

1.Cara-cara untuk mengadakan hubungan Sex

dengan selamat.

2. Dia mendakwa Nuke Plant itu sangat

berguna kepada kemajuan Negara kita

Kalau dia ajarin kamu 2 pekara ini wajiblah

kamu luku kepalanya.

SELAMAT HARI GURU.

6 comments:

Pengembara silam, said...

Sgt terpukul aku membaca entry kali ini....

benludin said...

bedak Cuticura mmg wangi..

Anonymous said...

untung cikgu dpt hadiah sokmo.

jawa peranakan said...

cikgu sastera gua pernah suruh gua berhenti sekolah dan pergi kerja kilang.. haha..

P/S - setahun kemudian, gua adalah pelajar terbaik sastera..

Hashim Zabidi said...

Gua tak belajar sastera disekolah. Sebab gua sekolah melayu sampai darjag lima saja. Tapi gua dah tulis ratusan ribu perkataan campak buang..

Admin said...

Pak Hashim dah gua lu.. okehlah, gua dah luku kepala gua sendiri!