Blues Semalam
Kerja mencari kayu api ini biasanya akan berserta dengan hal-hal
sampingan yang lain.Memetik pucuk-pucuk cemperai bertaruk muda,mengutip kulat
sisir yang cambah pada batang-batang getah lembab dalam proses mereput.Pucuk Chemperai dan Kulat
sisir bagi tekak yang berselera kampungan seperti saya merupakan sumber makanan
anugerah alam yang superb.Chemperai masak lemak putih berserta udang basah
diregukan dengan sambal limau nipis jadikan cicahan ikan bakar,tiga pinggan
nasi dalam diam tak sedar langsainya.Kulat sisir dimasak lemak cili padi untuk
kepekatan kuah dan kecap-kecap manis serta kan sedikit isi ubi keledek atau
kentang.Kalau boleh tanakannya dibuat dalam belanga tanah.Gulai kulat sisir
yang telah bermalam dan diperhangatkan ulang berulang ia menjadi semakin sedap
regunya pula ikan sepat kering goreng panas-panas.Menyetujui bidalan orang tua-tua
kita, mentua lalu pun tidak nampak kerana keasyikan menjamu selera.
Biji-biji getah bila tiba musim buahnya meletup bagi menebar serak biji
benihnya ia juga akan menjadi kutipan
saya.Selain dibuat alat permainan biji getah ini juga enak dimakan,Isi biji
getah dengan kaedah proses pemeraman ia boleh dijadikan Asam rong,Kaedah
memproses asam rong getah dan asam rong biji perah adalah sama.Isi bijian ini akan
dijemur kering kemudian ditumbuk lumat seterusnya diperamkan.Asam rong
digulaikan dengan ikan-ikan sungai dan siput.Ada juga yang mengulaikannya
dengan ayam.Enak dimasak pedas-pedas mengunakan lada kampong.Bahan masakan
tardisional ini tersohornya dikalangan warga-warga Pahang barat seperti
Jerantut,Lipis dan Raub.
Pemikiran kami sewaktu zaman kanak-kanak sangat kreatif dan inovatif
terutama dalam mereka cipta permainan bagi mengembirakan kami.Sumber alam
seperti biji getah ini juga mampu kami hasilkan menjadi satu permainan yang
sangat mengasyikan.Selain dijadikan buah congkak dan pertarungan laga biji
getah,kami juga ada mereka sejenis permainan yang kami panggil kipas
helicopter.Pada biji getah yang dipilih akan kami tebuk lubang berukuran
sebesar mata pensil.Lubang-lubang kecil ini kami buat di bahagian kepala,buntut
dan tengah biji tersebut.Isi biji getah kami korek buang dan tinggal lah biji
getah itu lompong dan kosong bahagian dalamnya.Sebatang lidi dimasukan dari
pangkal ke kepala.Pada bahagian tengah dimasukan sehelai benang dan diikat pada
batang lidi tadi.Pada bahagian kepala kami lekatkan sebatang tangkai aiskri
yang berfungsi sebagai kipas.Benang dipusing lilit pada batang lidi,kemudian
kami tarik.Rentak sorong tarik benang ini akan mengakaibatkan kipas bilah
tangkal ais krim itu berputar bagaikan pusingan kipas helicopter.Bila pusingan
itu rancak ianya akan mengeluarkan desiran bunyi seperti kumbang
terbang.Sejenis permainan yang ringkas tanpa perlu keluar duit tapi sangat
menyeronokan kami.Fitrahnya duniawi ini tetap ada positif dan nagitifnya,begitu
juga biji getah ini ada cerita gelapnya punya unsur-unsur durjana.
Ada ketika kedapatan antara kami yang
nakal,biji getah ini akan digosok pada lantai simen,geselan ini akan membekaskan
haba panas.Biji getah yang sudah terkesan dengan haba ini kemudianya akan
dicucuh pada angota badan rakan.Panas haba itu perit dan boleh mengeletik
kesakitan pada siapa yang terkena,Gurauan kasar ini silap langkah boleh
maembawa pergaduhan.
bersambung..
No comments:
Post a Comment