Monday, January 3, 2011

Lucunya Negara Ini




A: Waduh...Waduh aku kasihan sekali sama Ratna
saban hari aku dengar rintihanya "Aduh Bu,ampun Bu!!!"
lantran di dera oleh majikannya..dipaksa kerja terus-terusan

B: Ah...nasib dia tidak seburuk aku!! penderitaan aku lebih perit
... Saban malam aku beteriak "Ampun Pak...Jangan Pak" kerana
gara-gara di kerjakan majikan aku terus-terusan
See More

Tuesday, November 30, 2010

Langit Petang


Wajah beliau saya tatap,telus dan mulus.

Raut nya kelihatan lesu diratah keuzuran.

Pada takah usia 61 ini,ubat-ubatan telah mula

menjadi ulam yang perlu ditelan saban hari

demi mengawal tekanan darah tinggi dan kencing manis

dari giat menular.Penyakit itu bagaikan bom jangka

yang sudah terpasang di dalam tubuh prempuan ini.

Dia yang dulu senang bercanda,tak kurang juga tersangat

gemar dan acap meleteri saya.Namun buruk dan baik pada dirinya

dia lah saudara sepupu yang sangat akrab dengan saya

bagaikan saudara kandung mentelah pula saya tak punya

saudara tua yang sedarah.

Belas hati saya yang melihatkan dirinya yang kelelahan

di pembaringan,sesayu ketika menatap nazak arwah ibu

4 tahun yang lalu.

“Kak! Kelmarin saya pun telah di kesan punyai percikan

penyakitan yang menuntut saya menjinakkan diri dengan hospital”

Hidup,sementara seterusnya fana.Takdir itu takdir...!!!

Fragile....

Monday, October 4, 2010

Magika Bhg 1






Atas nama ibu maka segala kehebatan akan menyertainya
Para remaja Negara 1 wajiblah kalian bersyukur kerana
mempunyai Sang ibu yang hebat ini.
Arakian Ibu Sanggul Siput Longgok atau nama
begelarnya:
"Ibu Agong Sanggul Siput Longgok Payudara Besar Gunungan Ombak."

Demi kasihnya kepada remaja2 di dalam Negara 1 maka
berangkatlah beliau ke negeri jauh,negeri di atas angin.
Di negara orang yang mendakwa diri mereka berasal dari titisan
kera gua, sang ibu mengandu nasib mencari geliga penawar bagi
penyakit sosial yang melanda remaja Negara 1.Mendambakan
penawar bagaimana menjaga ibu remaja supaya tidak membuang
sepah anak-anak tidak sah taraf.

Gelojak nafsu remaja usahlah di bendong,Ibu sangat mengerti akan
kehendak jiwa remaja yang gemar berfoya,maka itu di dalam ini
negara pesta suka-suka selalu diraya,berlaga pusat amalan biasa
orang muda

DOSA?!..BALA?! itu usahlah di ambil kira
nanti ibu akan kerahkan ustaz pentas perdana berdoa dan negotiate
sama tuhan...
Sementara itu anak-anak semua teruskan saja pesta suka-suka kamu
tunggu lah kepulangan ibu membawa ulas geliga penawar dari Indera Brussel

Bersambung

Wednesday, September 29, 2010

SI PITUNG






Emmm...alangkah aduhainya kematian bagi seorang wakil rakyat,
Tanah kuburan masih lagi merah dan basah..
Gendang perang tanding pun mula digemakan orang
Besiap siaga lah segala warga untuk berpilihan raya...
Wang negara mula cair dan mengalir...
Para-para Pitung mula menghitung untuk memenuhkan kantung...
Si dungu-dungu menyerahkan hidung untuk dicucuk...
Ha..ha..ha..Beraya lah lagi kita...

Sunday, September 19, 2010

Pelican Brief



Dulu Kita ada Singging Lawyer

Sekarang Killer Lawyer

....saya cuma LOYA BURUK
.....cukup lah...

Monday, September 13, 2010

TERMINAL



Ramadahan telah pun berlalu
Apakah masih kita memiliki peluang
untuk bertemu lagi Ramadhan yang mendatang
Wallahualam...mudah-mudahan diizinkan Tuhan.
Sesungguhnya kita ini semua calon jenazah
yang telah memeggang tiket untuk pulang..
cuma sekadar menanti nombor dipanggil
Bila,bagaimana dan di mana...itu rahsia Tuhan..
marilah kita sama-sama memohon
agar diberikan sebaik-baik pengakhiran...

Al-Fatihah untuk Sosilawati dan mangsa yang lain
semoga roh mereka beroleh rahmat yang Maha Esa.

Sunday, July 25, 2010

Hanyut



HANYUT...
bagi orang-orang Lepih kami selalu mengunakan
perkataan ILIR(HILIR)namun maksudnya tetap sama.
contoh ayat:
"Ujian memandu si DON SONGKOK ilir,sangkut Parking"
(Ujian memandu si DON SONGKOK Kandas
sangkut ujian Parking")

Begitu juga dengan CD JAY!!
Dia ni ilir budaknya...

Kalau Uwei sinonim dengan Wak KHalid
Saya pulak akan tetap terkesima dengan
bakat semulajadi CD Jay...
biar pun ilir tapi tetap dia
mewatakan hidup dia dengan jujur