Shuk
Kini jenaka rakit Mek Sepiah tu telah hilang ditelan terowong masa
Blok E,Sekolah Menengah Clifford.Orang2 tua lama K.Lipis
menyebutnya “Kelipat skol””.Lagenda rumah rakit Mek Sepiah
telah berkubur,Begitu juga rumah-rumah rakit yang lain,termasuk
juga rakit pengkalan bot jabatan kerajaan,tidak lagi menghiasi
langskap Sg.Jelai.Perahu-perahu bot yang dulu meriah hilir mudik
di dada Sg.Jelai bukan lagi warna senario hari-hari di Kuala Lipis.
Meriah aktivitinya telah mati,Sg,Jelai dan Jelai street nya juga
usang dan lesu…demikianlah juga kedai runcit Kunci Koya.
Shuk
Yang memeriahkan dunia kita ketika itu element-elementnya ialah
Aiskrim tikam,apam balik,bermain getah gelang dan main
tepuk gambar.Di atas segala kemeriahan itu ialah Paradise
Theater dan tayangan Cheap Matnee nya.Filem koboi ada
lah hiburan kita nombor wahid.Kenangan paling manis aku
ialah bila abang kau Kemar belanja aku tengok cerita Hatari
lakunan
John Wayne.(klik sini).Kau ingat lagi tak pada Satu
karektor yang sinonim dengan Paradise Theater? Apek gila
bintang…ha..ha..ha apek tua yang selalu mundar madir
di situ,baju dan topi nya di penuhi penutup botol oren.Beliau
jadikan penutup botol ini sebagai lencana kebesaran.
Shuk
Those were the day that we are so young and free.
The moment that I missed so much.Paling-paling pun yang mengecutkan
perut kita cuma momokan emakayah kita tentang kling penyabit kepala.
bila ada dengar jambatan baru hendak di bina maka gempar lah kita
dengan cerita ini. Tetapi seingat aku tak ada pun kes budak hilang di zaman
tu.Kes-kes rogol dan bunuh adalah sesuatu yang boleh kata tak didengari langsung…barangkali kita masih terlalu mentah untuk ambik pusing tentang segala.
Shuk.
Baru baru ini aku bergurau dengan seorang kawan.
“Nina kalau u masih layan lagu dari Westlife,u da di kira klasik tau..”
So Shuk bayangkan lah kita ni yang masih layan Carpenters,
Bee Gees paling karat Ahmad Jais dan Sanisah Huri..gamaknya
kita sudah boleh dikira manusia purba dari Taman Jurasic..ha..ha.
Tapi Shuk aku masih rindukan dan selesa dengan Kuala Lipis
yang dulu.Kuala Lipis yang masih ada Malay Bazzar.Kuala Lipis
yang cool,aku ingat lagi bila musim sejuk disini aku suka tengok
minyak masak yang membeku di botol kaca.Arwah mak aku namakan
fanomena minyak beku itu dengan istilah minyak tidor.Anyway
kita manusia kena akur dengan reality kehidupan.Tiada keabadian di sini
Aki Kawi,Tok Siak Zahari,Makcik Sa’ellah,Bedah Latik hatta Mek Sepiah
itu antara watak-watak unggul di Kuala Lipis dulu.Tetapi mereka semua sudah
tiada lagi,telah pergi kepangkuan Ilahi.
Shuk
Kalau kau tanya aku,dengan pasti aku katakan bahawa daerah kelahiran
kita ini telah melepasi Golden Era nya.Biar pun sekarang ia kelihatan pesat membangun,tapi seri wajah ayu nya telah sirna ditelan kemajuan.
Pembagunan “moden” ini telah memunah ranahkan coolnya.
Kuala Lipis semakin panas.Panas alam dan panas manusianya.
Shuk
Pakcik Man pun dah tua dan mula dimamah keuzuran.Menantap
hari-hari Kuala Lipis ini sama lah seperti aku menatap wajah tuanya
yang semakin berinsut senja.Kuala Lipis sekarang banyak di singgahi
burung-burung hijrah dari
Denmark.Aku suka mengkiaskan:
kalau Kelantan merupakan serambi Mekah,Kuala Lipis pula terkenal
sebagai serambi Denmark…ok kawan lain kali kita nyembang lagi.
Kepada lu orang yang tetido sila bangun..sebelum keluar sila layan
lagu runut filem ini….
Selesai