Sunday, September 28, 2008

Zombie Taman Kayu Suci


Kalian pikir cerita hantu si Ben dah cukup seram?!!
Tunggu Gua ada cerita Zombie yang lebih ngeri…
Zombie Taman Kayu Suci…..he..heeeee..heee

Arkian kisah bermula bila gua bekelana ke Padang Pemburuan
Lembah Hijau di Taman Kayu Suci.Berlaku ia tika 2 minggu
Ramadhan sudah berlangsung.

Ramadhan disini suasananya amat menyinggung rasa.Rata-rata
Ianya berlansung bagai bulan-bulan biasa sahaja,tiada nur tiada
mulianya.Hadir di Taman Kayu Suci ini bagaikan Gua
berada di negara orang-orang di atas angin.

Wabak kuning yang menular itu benar-benar telah mereputkan
benteng iman.Zombie-zombie di sini tidak berpuasa sesuka rasa
tiada silu tiada malu.Mereka merasakan,mereka adalah makhluk yang
kalis dosa hatta kalis maut barangkali.

Warung jualan Ratu Madusa larisnya berganda 3 kali,dakwanya
bulan ini murah rezeki.Tiada siapa berani peduli,lu lu,gua gua
nafsu nafsi.Lahapnya persis babi mendapat ubi.

Jadilah Gua bagai bunian terpinggir.Jika gua berani
mendendangkan Lagu Selimut Putih kepada mereka pasti gua
mendapat label Badut dari siri jenaka Salam Pantai Timur.

“Ha..ha…ha..ha ape-ape aje la ko ni mamat..
buat lawak kat kubur la…ha..ha”


Di sudut hati,Gua doakan mereka ini dipanjangkan umur
Semoga sempat taubat dan berbuat amalan sebanyak mungkin
Sebab Gua akan dakwa mereka disana nanti atas kes
mentekedarah depan Gua..amalan mereka tu nanti sebagai
penebus kesalahan.Kurang-kurang bole lah menambah berat
amalan gua yang tak seberapa banyaknya ini…ha..ha

Yang Gua sedihkan tu ketua zombie-zombie ini ada lah juak
juak yang berfahaman “orang awak” paling tegar.Ketuanan Melayu
mereka pantang di usik.meLAYU…meLAYUuuuuu….Layu…

Di kesempatan ini Gua ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pengujung2 panggung gua ini.
Sama ada yang bagi komen atau menjadi penonton senyap jer…
jika ada salahsilap!!Gua menyusun jemari nan sepuluh memohon ribuan ampun maaf.

11 comments:

ummzaid said...

meremangkan roma membaca tulisan Tuan..

lg meremangkan bila ada yg mengandaikan zina sbg sedekah..

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin juga kpd Tuan dan keluarga..

Taqaballahu minna wa minkum..

Unknown said...

best jugak cerite ko nih

Anonymous said...

selamat raya bro..ada masa kita jumpa lagi..insyaallah..;)

ubilepih said...

1)Memang seram puan,,,dunia ni telah amat menyeramkan...sampaikan ke ceruk hutan pun mereka dah Duty Free(Bebas Tugas) tugas sebagai hamba tuhan...

11)En.Ibahim tq for visiting

111)Yes Bro jumpa lagi insy..

ubilepih said...

Umm zaid maaf telupa nak jawab tadi:
MINA WAMINKUM TAQABAL YA KARIM....;)

abdullahjones said...

selamat hari raya.

Pyanhabib said...

selamat hari raya aidilfitri

Anonymous said...

bro..kat mana2 pun ada makhluk ganjil macam tu bro..dah la tak puasa..makan pulak depan org tanpa rasa segan.. (SESUNGGUHNYA ORANG YANG PALING BURUK DI KALANGAN KAMU IALAH ORANG YANG BERBUAT KEJAHATAN DAN KEMUDIAN BERBANGGA DENGAN KEJAHATANNYA ITU)..

gua ingat la..puak2 tu rasa diaorang tu kebal sebab diaorang tu MELAYU la bro..walaupun MELAYU tapi diaorang rasa diaorang takkan LAYU bila kena lidah api neraka..

oppss..gua silap la bro..mana ada orang MELAYU yang akan masuk neraka..semua akan ke syurga.. malah MELAYU la bangsa pertama yang akan melangkah ke sana..bila MELAYU dah masuk, baru la bangsa2 lain masuk..itu pasal la diaorang rilek je bila ada orang kata ISLAM BODOH..tapi cuba kata MELAYU BODOH..

PS-gua bukan racist..

ubilepih said...

ha..ha..ha..berhak atau tidaknya sesorang itu ke syurga semua diatas rahmat Allah...tapi kita kenalah berusaha untuk menjadi hambanya yang baik...sentiasa ada rasa malu dengaNYA..hii..hii..

Anonymous said...

macam2 perangai manusia..
itu cerita org tak puasa..

ini pulak cerita org cari makan dengan menipu..

hari ni dalam utusan malaysia, seorang pengemis di seremban ditangkap & ketika ditangkap, di tangannya ada wang tunai RM9786..wang itu adalah hasil beliau mengemis selama beberapa hari..

AMACAM? so..kaki2 ragut semua.. mungkin inilah masa terbaik untuk anda ubah sasaran dan modus operandi..jangan ragut makcik2 yang sarat dengan barang kemas (sebab itu semua ZHULIAN) tapi pegi try ragut makcik2 yang nampak macam pengemis tu..


baru kena gaya..PENCURI RAGUT HARTA PENIPU..

ubilepih said...

JP..wa takut mat ragut tu tukar kerjaya depa pun nak jadi pengemis..tapi elok gak coz kalau yg islam tu kurang depa kena hafal ayat quran sikit2..e.g ayat seribu dinar kut...conpius betul dunia la ni nooooo...