Tuesday, April 7, 2009

Madu tiga



SMS dari Shukri:
Aku rasa lebih elok tivi tayang cerita Isi Neraka lakunan Salleh Kamil daripada sibuk2 cerita pasal Salleh Yaakob nak menambah bini.

Emm..alahai shuk!!! nak guanekan,cerita2 menambah bini ni
lebih sedap serta menyeronokan.Terutama kepada kita orang2
jantan ni.Nama pun orang jantan.Kalau kat pekan koboi kita ni,
puak2 kabilah bersongkok mereng tu rata2nya semua berhajat
dan telah pun menambah bini.Paling ramai ahli2 kontraktor kelasF.
Ialah kau pun tau kan berkat di payongi kerjaan deme2 ni amat
makmur dengan wang ringgit.Lebih2 lagi kalau pandai mengampu
dan tumbuk rusuk,tak mende lah berlongok dapat projek.

Aiii..tak dia tak kita lah,kalau poket dah sendat,akal dan langkah
pun jadi panjang.Tambahan pulak di zaman fitnah macam api bara
memakan sekam ni,di zaman meruit perempuan hilang kemaluan.
Mudah sangat semangat jantan tercuit mula nak menjejak sunah nabi
dalam bab berbini banyak lah...bab lain peragai macam babi.

Pedaah je lah kalau tak terangkat misai,silap haribulan lembab seluar
terkincit airkepala bila kena lirik dengan perempuan semanis Camellia.
Duit berbau wangi weh...umur 60 tahun pun si dara 17 boleh panggil
kita abang lagi..ha..ha..paling mulus kita dapat pangkat abang Aji
kat dalam pusat karaoke..ha..ha..ha.

Tapi elok juga lah dari megabihkan duit belaga pusat kat seberang
Rantau Panjang atau bermutaah kat Medan elok lah menambah bini
secara halal.Tapi naiwaitul kena betul lah jagan dok pilih ICT
(Ibu Cun Tunggal) dan anak2 dara belasan tahun je,jikalau betul nak
ikut sunah sangat.Maklum lah kita orang jantan ni banyak akal tapi
mudah tertewas oleh kehendak kepala tak betelinga dan bermata.

Orang2 rabak macam aku ni Shuk,lelaki tak berlesen kelas F ni
duduk memerhati dan dengar cerita je lah.Mengira uban di kepala
yang makin bertambah,nak serta kabilah mereka tak berjiwa rasanya.
Lagi pun aku ni runsing pasal global warming.Puak2 songkok mereng
tu mana amik pusing hal2 planet bumi ni sebab deme tu tak baca
The Star,deme cuma sekali sekala menatap The Star untuk dapatkan
keputusan nombor ekor.

Oh ya,aku setuju dengan pendapat kau...memang puak2 melayu
kebangsaan ni sudah kaya-raya jika berbanding dengan bangsa lain.
Kita amik contoh orang cina sampai buat kampen letak gambar lembu
untuk kutip derma tabung pendidikan anak2 demenya...dekat 2 juta
lebih dia orang kutip.Orang2 melayu kebangsaan habis berjuta cuma
nak menang sebagai ketua cawangan.

Shuk...lepih sehari dua ni malam2 hujan,agaknya alam pun meraikan
orang2 yang baru menambah bini.ha..ha..ha..deme tak berhajat ke?!!!!

6 comments:

ummzaid said...

poligami..
fitrah atan bin man..
tak dapek koi nolong .. :)

ubi jantan said...

ha..ha..ha..tq puan...tapi kekadang tu bini jer nak banyak tapi bab2 menjaga dan mendidik isteri,tak berupaya...isteri n anak2 tu amanah..ha..ha walahuallam...seelok2 nya atan2 macam saya kena buat pertimbangan waras sebelum melunaskan hajat walau dari segi meterial tersangat lah mampunya..ha..ha

Purple Crayon said...

isu menarik bg kaum lelaki hehehe.

Water Lily said...

Orang lelaki manalah yang tidak berhajat gitu,ye tak?

Kalau nak ikutsunnah,ikutlah betul2..jangan sekerat cuma.

Anonymous said...

huhhhhh...memang dasarrrrr...dasar pendidikan betul lah...hehehe..

bab2 tambah bini..perrrggghhh laju ajer yer.

aaahhhh..tetiba aku rasa nak mengamuk kat ko la encik, walaupun bukan ko yang berniat nak tambah bini...hahahaha..boleh gitu ???

-kaca-

Anonymous said...

berhajat juge lah weh... sape taknok bini banyok. Tapi itu lah orang kita. Bangsa asing makin kaya makin banyak anak syarikat. Orang songkok mereng ni makin banyok duit makin ramei bini.

shuk