Wednesday, May 27, 2009

Kramer vs Kramer


Pada malam jumaat kaliwon yang itu.Ketika itu dia isteri kamu

ada lah Pamela Andresen yang kamu tatap dengan renungan

gahirah.Kamu ingin menyatukan puncak nikmat duniawi

menyempurnakan sunat malam jumaat.Tanpa doa mahu pun

Bismillah hatta kamu pun tak sempat menyempurnakan sholat

isyak terus saja kamu megauli dia dalam 3 kali pusingan.Sunat

malam jumaat yang itu pun usai.

Berselang 3tahun selepas malam jumaat kaliwon yang itu

kamu pula telah bertemu dengan penyanyi gurun pasir

yang ayu pandai bergelek.Zakiah namanya.Pesona lirikan

matanya membuat kamu majnun.Kamu tinggalkan Pam

bersama anak kerjasama kamu pada malam jumaat kaliwon

yang itu.Tanpa nafkah.

Pam kamu sasau tertekan jiwanya.Hari yang dia lalui berikutnya

negeri dan sengsara.Bayangan wajah kamu bagaikan sang syaitan

merah yang selalu meracau benaknya.Dalam racau selalu dia

mengamok,anak lelaki kamu itu menjadi mangsa,pelepas sasar.

Puncing Bag bagi Pam untuk melepas geram.

Setelah bibir manis anak kecil itu pecah tiga,cuping nya sobek

rabak di gigit,raungan jerih si kecil terdengar keluar.Lantas

bantuan ibu Maryam pun tiba.Namun cuma 2 bulan dia mampu

di asuh rawat,luka dalaman amat parah.Si anak akhirnya ke

pangkuan Allah jua sudah nya.Yang menjadi belas di hati

ucapan terakir si kecil:

"Saya sayang mak tapi mak pukul, mak pukul rotan besar "

Pamela Andresen kamu sekarang mediami rumah pesakit mental

kerana meroyan.

Pagi ini aku menatap wajah kamu di halaman 3 sebuah akhbar.Kamu

yang berwajah cengkung kurus,terantai di saluran paip

besebelahan mangkok tandas,lokasinya di dalam sebuah tandas restoran.

Kamu menjadi tawanan Along di bumi Malaya yg permai ini.


P/s titipan doa kecil ini untuk kita kongsikan bersama:

YA ALLAH JAUHI KAMI DARI BEBAN HUTANG DAN PENINDASAN ORANG"

Monday, May 25, 2009

Hujan Panas

Purnama mengambang namun ozon tetap bocor
Stesen Keretapi Jerantut 12.45 tgh hari
'Train to Wakaf Baru will reach here at 3.00pm"
Aku terdengar kerani kaunter itu memaklumkan kepada
pasangan mat salleh di depan aku.

Oh banyak masa lagi!..maka aku amik keputusan lepak
kat cybercafe azmi yg terletak lebih kurang 200meter
dari stesen.
Wah..panas betul cuaca hari ni.Kemarau!.Seminggu
sebelum hari ini aku ke Taman negara dengan harapan
nak buat guiding.Alas!!! kat sana pun kemarau pelawat
sekarang.Barangkali akibat outbreak H1N1...atau juga
sebab tempat itu dah hilang berkat sebab banyak maksiat
yang membiak macam kata Ben.Guide2 setempat pun
mengeluh dengan kemarau itu.Freelancer macam aku
lagi2 lah pulak perit dan runsingnya dengan poket
yang semakin mengering.Pehhh..kena cari alternatuf
lain sebagai sumber rezeki ni..tapi apa aku boleh buat
dalam usia yang dah asar nak masuk magrib ni...
selama ini itu je kerja yang aku tahu dan selesa...
rabak..rabak

2.00ptg
"Apek...ini surau kunci ke? aku bertanya pada apek
penjaga toilet stesen.
"Kunci"Apek
"Mana mau angkat itu kunci?"
"tak tau loooo"
Ooo..sekarang malaya bukan negara Islam Hadari lagi
aku lupa.Apa khabar Islam Hadari sekarang?!

2.30ptg
"Kuala Lipis 1"
"4 ringgit"
Aik..!!!! jadual train berubah..tambang pun naik...baru
sebulan aku tak naik train...cepat betul berubah.
Depa tak tahu ke aku semakin rabak..rabak..

3.00ptg
Bayang rene train pun tak muncul....aku tengok
mat salleh dua orang tu dah resah.
Welcome to malaysia my friends..ha..ha..haa..
nak buat macamana KTMB itu sendiri telah membawa
maksud Keretapi Tak Tentu Masa Berlepas.
Aku cabar pak2 menteri jom ikut aku berkelana
dalam dunia orang rabak2 tak yah lama 1 minggu
cukup...ada berani ka? Go deep into the society
bro kalau mahu tahu senang susah nya rakyat.

4.30
Dalam train berselang dua seat di depan aku
seorang ibu muda bersama anak perempuan
yang manis seusia Pan aku jangka.Anak cilik
itu tersenyum pada aku.
"Pan beban rindu ini uncle galas dan ianya
amat menyengat lagi ngilu...."
Barangkali...ya barangkali kita tidak lagi dapat
bertemu bagai dulu.Tidak mungkin uncle dapat
merangkul kamu dengan kasih sayang,tidak lagi
dapat uncle merasa lembut nafas mu di dada sewaktu
kau lena di sisi uncle...namun itu takdir yang uncle
kena redha dan akur.Pun begitu saat semalam waktu
bersama kamu ada lah momment paling bahagia
buat saya.Kamu akan terus bersemadi di hati hingga
ke nafas terakhir saya di dunia ini.Sentiasa setiap
detik hidup yang saya lalui akan saya iringkan doa
agar kamu berbahagia dunia dan akhirat.Kamu akan
menjadi kenang-kenangan dalam doa saya.

"Tiket En."Inspektor tiket
"opppss...nah"Lamunan aku terhenti.
"Gua Musang!.."
Hah patut lah harga Rm 4.00.Kerani tu silap dengar
dan aku pula tak tengok2 dah tiket tu tadi...!!!
Chissss!!!! rabak..rabak...

Rumah 9.30 malam

Berus dan warna2 arkrilik aku palit2 di dada
kanvas buat melayan rasa racau aku.
PURNAMA MENGAMBANG NAMUN OZON
TETAP BOCOR..aku lahirkan di dada kanvas.
Aku semakin rabak dan blues

Thursday, May 21, 2009

Airmata Duyong



Cerita ini hasil tulisan sdr Jawa Peranakan(J.P)
sah2 bukan nama sebenar beliau J.P nama glamer dia.


IPOH - Sanggupkah anda menjamah hidangan ikan keli yang membesar

dengan zat air kumbahan dari ladang babi?

Jika tidak, anda harus memastikan ikan keli yang dimakan selepas ini
bukan diternak di salah satu daripada 10 kolam ternakan itu yang
diusahakan bersebelahan sebuah ladang ternakan babi di negeri ini.

Bagi penduduk berhampiran, penternakan ikan keli oleh pengusaha
ladang tersebut tidak lebih sekadar untuk 'membersihkan' air sisa
kumbahan babi sebelum ia dilepaskan ke saliran utama berhampiran
beberapa kawasan perumahan di situ.

Wartawan dan jurugambar Kosmo! yang berjaya memasuki ladang
tersebut semalam, terkejut melihat air kolam-kolam ternakan itu
berwarna hijau lumut dan keadaannya jauh berbeza dengan air kolam
ternakan ikan keli di tempat lain.

Menurut seorang lelaki yang mendakwa pemilik ladang babi tersebut,
ikan-ikan keli yang diternak di kawasan seluas empat hektar itu bukan
untuk pasaran tempatan sebaliknya untuk dijual di luar Perak.

"Kita tidak jual sini, semua luar Perak. Sini susah, orang dekat sini sudah

bising pasal ladang (babi)," katanya yang enggan dikenali.
Dia enggan menjelaskan di mana ikan keli terbabit dipasarkan tetapi
mengakui benih-benih ikan itu diperoleh daripada seorang pemborong di sini.
"Kenapa banyak tanya, saya kata kita tidak jual kepada orang sini (tempatan),
awak kalau mahu, beli di tempat lainlah,'' katanya sebelum meminta kami beredar.


KELI BABI..BABI KELI


Keli Babi..Babi Keli..Yang babi bukan keli..
Yang babi ialah peladang babi yang langsung tidak hormat
kepada orang Islam di negara yang dikatakan Islam ini..
Yang babi ialah pegawai pihak berkuasa tempatan yang
tidak tahu atau tidak ambil tahu atau tahu tapi pura-pura tidak
tahu dan tidak mengerti..

Yang babi ialah pegawai Jabatan Agama yang tenang apabila
keli-keli dari kolam ini masuk ke pasaran dengan label halal dan suci..

Yang babi ialah pemimpin-pemimpin di Perak yang lebih
mementingkan kerusi berbanding babi-babi..
Yang babi ialah pemimpin-pemimpin yang mendabik dada di persada

antarabangsa mengatakan bahawa Malaysia adalah hub halal seantero
dunia sedangkan keli untuk rakyatnya menghadamkan najis babi..

Yang babi ialah pemimpin-pemimpin yang kata bahawa Malaysia
adalah negara Islam contoh tetapi tenang apabila babi-babi
berkeliaran demi menjaga hati pemakan-pemakan babi..

Yang babi ialah mereka yang hairan mengapa selsema babi boleh
sampai ke sini..
Yang babi ialah mereka yang telah membaca entry ini namun
terus makan keli tanpa sebarang rasa geli..
Dan yang babi ialah babi itu sendiri..

Artikel ini adalah dalam bentuk asal sebagamana yg. di email
kepada saya.Satu lagi artikel beliau ada di blog Ben

Monday, May 11, 2009

Cast Away


".......90 hari sudah berganti.....Boria Pulau Pangkor mengundur diri...eh waahhh!"
(Boria ni tak jadi balik ke Pulau Pangkor,sebab orang2 Persekutuan amat gemar dengan persembahan mereka.)

Dalam keadaan cuaca dan suasana panas-panas ni...mari kita
sejukkan kepala dengan sebuah jenaka orang lepih.
Saya sering di tanya oleh rakan dari luar Pahang apa makna
"KEH NAK KEH SEBET". Sebenarnya di sebalik ungkapan itu
ada satu cerita jenaka sebenarnya.Kisah berlaku di dalam
sekitar tahun 70an.Zaman itu Kuala Lipis masih lagi sebuah
pekan koboi yang tepinggir.Zaman ni susah nak jumpa kedai
kopi milik orang melayu.Tak macam sekarang.Zaman tu orang2
melayu makan minum di kedai kopi cina tak menjadi hal.
Pada sauatu hari seorang pak cik dari kampung pendalaman
telah memasuki sebuah kedai kopi cina dengan hajat hendak
melepaskan dahaga.

Setelah beliau duduk,tauke cina itu terus bertanya.

Taukey: Lu mau minum apa

Pak cik masih bengong tentang apa yang hendak di minum.

Pak cik: eeemmmm Bior la dulu...Keh nak keh sebet!

Tauke itu menghilang seketika,kemudian membawa sebotol
Carlsberg untuk pakcik itu.Taukeh itu ingatkan pakcik itu
nak minum Beer Carlsberg.

Pakcik: Ptuiihhhhh,uweeeekkk..apa punya air ni pait.
keh tak akan masuk dah kedai ni,jual air pait...

Seranah Pak cik tersebut lalu meninggalkan kedai itu.
Nasib dia tak minum habis......

*Keh Nak Keh Sebet bermaksud Saya Nak Saya Sebut.

Wednesday, May 6, 2009

Hell Raider

Gambar:Keratan akhbar the Star


Needless Death:

Jamilah Selamat was only 31 and two month pregnat when she died at the hand of snacth thief.
the Star 6 May 2009

Duhai anak2 manis bermata jernih
Pucuk usia mu masih di tunas muda,naugan kasih,teduhan sayang
kamu telah di ragut musibah.Si peragut durjana menyempurnakan
kejahatan rakus nya lantas mengorbankan nyawa ibu mu yang
sedang sarat mengandung.BANJINGAN!!!!!

Termampu saya lahirkan cuma Al-Fatihah buat arwah dan doa
mulus untuk kamu manis,semoga Allah melindungi kamu dengan
rahmat kasih sayangnya.

Tidak saya ragukan tentuan takdir,apa yang di musykilkan
ialah kepada ketua2 negara yang lagi asyik melolongkan
slogan onemalaya,sedangkan kemanusian di bumi malaya
ini semakin melayang hilang.

Kamu bapak2 polisi,dalam kamu lena bedengkur di bantal
rasuah,tidakkah pernah kamu di usik mimpi?
Mimpi ngeri yang musibah ini juga bisa tertimpa ke atas
anak isteri kamu.

Alangkah tidak berakalnya ucapan penghulu kamu tadi malam

"Orang ramai tidak boleh mengharapkan pihak polis sahaja... pihak kami tidak mampu untuk berada di setiap tempat bagi menjaga keselamatan orang ramai setiap masa....."

Sebenarnya kamu memang sudah tidak berapa boleh di harap.
Badi aminah binti abdullah telah melekat di badan kamu.
Kamu2 semakin lemah dan punah.Kamu cuma nampak sedikit
wira bila kamu beraksi menyembur pemedih mata kepada
sasterawan negara.Ha..ha..ha wira kah kamu?

Kepada penonton pilem ini kalau anda bersetuju dengan saya ayuh rapatkan saf,sila gengam jemari tangan kiri anda kemas2 julur keluarkan jari hantu.Kita angkat tangan itu hala kan ke muka mereka...itu lah tabik hurmat yang paling layak kita hulurkan...

Kredit ucapan terimakasih kepada:
1.Usupselam Production,kerana menyediakan mat2 rempit dan bohsia2.
2.Majalah Mempelam kerana turut mempromosikan pilem ini,terutama menyiarkan gambar2 artis bertelanjang bertujuan mengambil hati pembesar negeri.Kalau tak ada dana kerajaan pilem ini tak bole bikin loooo...

3.Juga kepada rancangan terjah melodi kerana menyiarkan berita dalam kain artis2 kami.

end.

Sunday, May 3, 2009

Dr.Dolittle

Org tue2 lepih kalau menyebut Cameron Highland bunyinya sedemikian:
"Kemeren Helland".

La ni rasanya sebutan itu hampir2 tepat...dari segi Merennya dan Hell nya.
Tanah tinggi itu dah meren di kerjakan manusia rakus lalu ianya dah
jadi Hell Land...kah..kah..kah.

Zaman Tuan2 Doktor yang ramai berpenyakit.Penyakit Hati.Mamposss!!!