Thursday, May 21, 2009

Airmata Duyong



Cerita ini hasil tulisan sdr Jawa Peranakan(J.P)
sah2 bukan nama sebenar beliau J.P nama glamer dia.


IPOH - Sanggupkah anda menjamah hidangan ikan keli yang membesar

dengan zat air kumbahan dari ladang babi?

Jika tidak, anda harus memastikan ikan keli yang dimakan selepas ini
bukan diternak di salah satu daripada 10 kolam ternakan itu yang
diusahakan bersebelahan sebuah ladang ternakan babi di negeri ini.

Bagi penduduk berhampiran, penternakan ikan keli oleh pengusaha
ladang tersebut tidak lebih sekadar untuk 'membersihkan' air sisa
kumbahan babi sebelum ia dilepaskan ke saliran utama berhampiran
beberapa kawasan perumahan di situ.

Wartawan dan jurugambar Kosmo! yang berjaya memasuki ladang
tersebut semalam, terkejut melihat air kolam-kolam ternakan itu
berwarna hijau lumut dan keadaannya jauh berbeza dengan air kolam
ternakan ikan keli di tempat lain.

Menurut seorang lelaki yang mendakwa pemilik ladang babi tersebut,
ikan-ikan keli yang diternak di kawasan seluas empat hektar itu bukan
untuk pasaran tempatan sebaliknya untuk dijual di luar Perak.

"Kita tidak jual sini, semua luar Perak. Sini susah, orang dekat sini sudah

bising pasal ladang (babi)," katanya yang enggan dikenali.
Dia enggan menjelaskan di mana ikan keli terbabit dipasarkan tetapi
mengakui benih-benih ikan itu diperoleh daripada seorang pemborong di sini.
"Kenapa banyak tanya, saya kata kita tidak jual kepada orang sini (tempatan),
awak kalau mahu, beli di tempat lainlah,'' katanya sebelum meminta kami beredar.


KELI BABI..BABI KELI


Keli Babi..Babi Keli..Yang babi bukan keli..
Yang babi ialah peladang babi yang langsung tidak hormat
kepada orang Islam di negara yang dikatakan Islam ini..
Yang babi ialah pegawai pihak berkuasa tempatan yang
tidak tahu atau tidak ambil tahu atau tahu tapi pura-pura tidak
tahu dan tidak mengerti..

Yang babi ialah pegawai Jabatan Agama yang tenang apabila
keli-keli dari kolam ini masuk ke pasaran dengan label halal dan suci..

Yang babi ialah pemimpin-pemimpin di Perak yang lebih
mementingkan kerusi berbanding babi-babi..
Yang babi ialah pemimpin-pemimpin yang mendabik dada di persada

antarabangsa mengatakan bahawa Malaysia adalah hub halal seantero
dunia sedangkan keli untuk rakyatnya menghadamkan najis babi..

Yang babi ialah pemimpin-pemimpin yang kata bahawa Malaysia
adalah negara Islam contoh tetapi tenang apabila babi-babi
berkeliaran demi menjaga hati pemakan-pemakan babi..

Yang babi ialah mereka yang hairan mengapa selsema babi boleh
sampai ke sini..
Yang babi ialah mereka yang telah membaca entry ini namun
terus makan keli tanpa sebarang rasa geli..
Dan yang babi ialah babi itu sendiri..

Artikel ini adalah dalam bentuk asal sebagamana yg. di email
kepada saya.Satu lagi artikel beliau ada di blog Ben

11 comments:

Anonymous said...

Cuma 20% perusahaan industri makanan halal di usahakan oleh orang Islam. 80% perusahaan industri makanan halal diushakan oleh BUKAN Islam !!!!!

shuk

Purple Crayon said...

emmm wa terbayangkan keli goreng dalam pinggan wa thgri tadi....moga keli keli bukan keli `khinzir'....

usain bolt said...

shuk
itu benar
dan apa usaha kita org islam untuk kuasai pasaran makanan negara?

selagi org bukan islam yang kontrol makanan kita, janganlah berharap makanan kita 100% halal

INTAN RH said...

Klu nak mkn keli "bersih", meh dtg kampung koi, ada kolam ikan keli kat cni.

ps: tengah tunggu kot2 JP nak emelkan entri baru untuk disiarkan di blog koi..hehe :P

benludin said...

aku tak makan keli dari dulu lagi...sbb geli!

haha

jawa peranakan said...

sebagai peminat ikan keli tegar,aku merasa terjejas dengan situasi ini..

intan..
gua malu dilamar lu.. *_* haha

Water Lily said...

Saya pun peminat ikan keli. Lepas baca entri sudah cuak nak makan. sudahlah ayam pun saya geli.

Haih! hub halal la konon.

ummzaid said...

memang menarik..
jp kena bukak blog sendiri ni..

kalau akak pinang malu gak ke?
akak tgh kering idea ni(ayat cover line) ... :)

ubi said...

ha..ha..ha..liliair,wa pun la ni sedang cuba sedaya upaya tak nak makan ayam...ikan keli memang saya tak makan..ingat jadi vegeterian lagi bagus kut..makan gulai ubi je..ha..ha

Purple Crayon said...

ubi keledek masak lemak putih dan daun asin2 or org utara panggei cekuq manis hehehe....sedap ooo

jawa peranakan said...

nasib baik org jawa macam gua ni ada alternatif lain untuk dapatkan protein iaitu TEMPE..

selain menjadi sumber protein alternatif kepada daging, ayam dan juga ikan, TEMPE juga mampu menjadikan kulit lebih cerah,muda dan hensem..tak percaya? buktinya ada pada wajah penghulu kami iaitu abg khir poyo..